Isnin, 17 November 2025

Peminat Nak Tampar, Cili Trisha Ooi Geram Watak Bella: “Cuba Tengok Dia Dengan Empati”

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Berkat lakonan watak antagonisnya sebagai Bella yang dibawa dengan cukup berkesan dalam drama Jika Cinta Itu Buta, Trisha Ooi kini menerima ancaman dalam kalangan peminat yang membenci karakter tersebut.

Bella merupakan karakter seorang wanita yang bukan hanya jahat malah banyak tindakan yang dilakukan di luar logik dan kawalan.

Oleh yang demikian, Bella menjadi watak paling dibenci dalam drama yang sedang hangat ditayangkan dirinya punya pengikut slot Tiara di saluran Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang.

Pelakon berusia 26 tahun tersebut bukan sahaja diugut tampar tetapi mahu dicili oleh peminat kerana tidak berpuas hati dengan sikap biadap Bella.

Menurut Trisha, setiap penghinaan dan kebencian yang dilempiaskan peminat kepadanya ibarat satu pujian buat keberkesanan watak Bella.

"Jujur, saya anggap itu satu pujian. Bila orang betul-betul marah dengan watak itu (Bella), makanya mereka percaya dengan lakonan saya."

"Saya baca komen-komen (tampar, nak cili) dengan hati terbuka, sebab itu tanda watak Bella meninggalkan kesan. Tapi dalam masa sama, saya harap penonton dapat membezakan antara Bella dan Trisha."

"Dan harap jangan cili betul-betul lah ya," katanya sambil tersenyum.

Malah Trisha juga meminta agar peminat jangan terbawa perasaan negatif membenci Bella sebaliknya menyelami isi hatinya.

"Saya faham kenapa ramai benci Bella. Tapi cuba tengok dia dengan sedikit empati. Kadang orang yang paling menyakitkan kita, sebenarnya paling banyak terluka."

"Jadi tengok dia bukan sebagai musuh, tapi sebagai cermin dan mungkin ada sesuatu yang kita boleh belajar dari watak Bella," katanya.

Menyambung bicara, Trisha juga berasa puas dengan pengalaman membawa watak Bella dan berlakon bersama barisan pelakon hebat seperti Uqasha Senrose, Keith Foo dan Shah Jaszle. 


“Sebenarnya setiap kali ke set, saya bukan berlakon tapi menyelami cara Bella berfikir kerana ia bukan hanya sekadar jahat tapi di luar jangkaan. Saya perlu faham keputusan-keputusan yang orang luar nampak “salah”, tapi bagi Bella itu cara untuk bertahan.


“Bella punya sisi dramatik, penuh emosi dan itu mencabar tapi seronok sebab dia beri ruang untuk saya bereksperimen,” katanya lagi.


Jika Cinta Itu Buta merupakan terbitan  Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd di bawah arahan Uchee Fuckada dan Ain Shariff.



SINOPSIS

Perkahwinan Farid dan Maryam atas dasar cinta diuji dengan masalah buta Maryam dan berlanjutan pada pembongkaran skandal Farid dengan Samantha dan Farid dengan Bella. Dalam Maryam memperjuangkan haknya, dia dibantu rapat oleh Adam menjadikan hubungan Adam dan Bella pula semakin memburuk dan akhirnya Bella ambil kesempatan untuk rampas Farid dari Maryam terus.  Namun sejak cerai dgn Farid, satu demi satu penderitaan Maryam dibalas dengan kehadiran orang-orang yang baik dalam hidupnya.