Jumaat, 14 April 2023

Salam Hari Raya - Jelmaan Aura P.Ramlee Dalam Lagu Hari Raya Terbaru Nyanyian P.Radhi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Setelah popular dengan lagu 'cover' Tiara dan Suatu Masa, kini penyanyi yang dikatakan mirip suara seniman agung kita, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu P.RADHI muncul dengan lagu hari raya ciptaan baru berjudul SALAM HARI RAYA.

P.RADHI yang merupakan penyanyi eksklusif di bawah syarikat rakaman Luncai Emas sangat teruja mendapat lagu hari raya ciptaan baru itu. Sesuatu yang amat ditunggu olehnya kerana sebelum ini beliau sering menyanyikan lagu-lagu 'cover' sahaja.

Lagu "Salam Hari Raya" ciptaan oleh komposer dan pemuzik AR Wanz dan lirik ditulis oleh Keon, menampakkan P.RADHI semakin menghampiri kesamaan dengung suaranya dengan seniman agung tanahair ini.

Komposer AR Wanz atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Taib, idea lagu ini terhasil dari mimpi beliau kepada seniman agung P.Ramlee yang sedang mengalunkan sebuah irama sambil memetik gitar. Namun apabila AR Wanz tersedar, beliau tidak berapa dapat mengingatkan secara keseluruhan melodi di dalam mimpinya. Cuma beliau dipandu oleh sedikit saki baki ingatan dan terus melengkapkan melodi tersebut. Mungkin atas kebiasaannya memainkan lagu-lagu Allahyarham dalam banyak persembahan di luar membuatkannya bermimpi akan seniman agung kita ini. Wallahuallam.

Menurut Keon pula, gaya lirik Salam Hari Raya ini lebih kepada gaya penulisan dan sebutan cara lama manakala inti maksudnya mengagungkan kebesaran Yang Maha Esas dan kemenangan kita melawan nafsu diri. Itulah yang saya tekankan terhadap makna hari raya. Keon juga telah menghasilkan lagu-lagu bercorak sebegini seperti Pertama Ramadhan Ini (Fotograf), Menyantun Kasih (Siti Nordiana) dan Kejoraku Bersatu (Search).


Lirik Lagu Salam Hari Raya
P.Radhi

BERGEMA TAKBIR
DI HENING PAGI SYAWAL
SAYU MENYENTUH HATI
MENDENGARNYA

KU LIHAT LANGIT
SEMAKIN BERSINAR CAHAYA
KU RASA BERSYUKUR
DAPAT NIKMAT HARI RAYA

HARI MULIA
HARI MENANG KITA
TERTEWAS NAFSU DIRI
KITA RAI DI AIDILFITRI

SALAM HARI RAYA
SEGALA PUJI MAHA ESA
AMPUN DIPINTA
HARI MULIA

BERSIHKAN LAH DIRI
ZAHIR DAN BATIN TERPUJI
SEMOGA KITA DI DALAM
RESTU ILLAHI

Lagu SALAM HARI RAYA sudah boleh distrim mulai 14 April ini di semua peranti seperti Apple Music, Joox, Spotify dan Itunes Store manakala sebuah video juga akan dilancarkan juga pada 14 April ini di Youtube Luncai Emas.


1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com