Thursday, 19 August 2021

Bermain Game - Apa Kebaikannya Yang Perlu Anda Tahu?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kita sedia maklum yang permainan video ada baik dan buruknya. Permainan video berasaskan online hari ini telah menjadi salah satu aktiviti masa lapang. Daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa, semuanya pasti akan bermain permainan video untuk bersosial atau melepaskan tekanan.


Terkadang kita merasakan yang bermain game tu satu perkara sia-sia seperti membuang masa. Namun, di sebalik ada yang beranggapan buruk itu, sebenarnya secara tak langsung ia mempunyai banyak manfaat yang kita dapat meluangkan masa ketika permainan video ini. Ini mungkin 4 sebab kenapa bermain game menjadi hobi ramai terutama gamers.


1) Boleh Tambah Kenalan Baru

Kita tahu sekarang wabak pandemik Covid-19 memilih kita untuk berada di rumah. Kenapa kita tidak mengambil peluang ini untuk terus berinteraksi dengan rakan-rakan melalui permainan video game. Lambakan online game di Internet hari ini membolehkan korang pilih sahaja niche game korang dan boleh memulakan permainan dan berinteraksi dengan rakan-rakan.

Tidak dinafikan lagi, salah satu kebaikan bermain game adalah menambah kenalan baru. Korang juga akan dapat berkenalan dengan kenalan maya dengan minat yang sama dengan korang dan boleh bertukar pendapat. Dan seterusnya, boleh menjadi rakan yang baik dan rapat. Mereka bukan sahaja berkongsi maklumat dan pendapat di Whatsapp, malah pasti ada yang membuat gathering bagi mengeratkan silaturrahim. Kan seronok macam tu? Islam kan mengajak kita untuk bersilaturrahim. Tak gitu? Aucchhh...

2) Meningkatkan Kemahiran Kreatif dan Inovatif Ketika Bermain Game Secara Kompetitif

Cuba korang bayangkan, jika sebelum ini korang adalah seorang yang pasif dan tidak yakin. Berbekalkan platform online game yang korang bermain dengan rakan-rakan, korang secara tidak langsung boleh menjadi lebih baik dalam permainan dan memperbaiki kekurangan diri korang. Ini membuatkan korang lebih bertoleransi, memahami setiap watak kawan-kawan dan banyak lagi. 

Selain itu, kemahiran berinteraksi yang selama ini korang rasakan sukar juga dapat diatasi apabila bersama mereka. Bahkan, korang akan menjadi lebih kreatif untuk menyelesaikan satu permasalahan. Best kan!


3) Bermain Game Boleh Meningkatkan Kemahiran Bersosial

Ramai berfikiran yang bermain game membuatkan seseorang tidak bergaul atau senang cakap anti-sosial. Ini kerana kita dapat lihat, kebanyakan gamers lebih suka duduk di rumah berbanding keluar bergaul dengan orang luar. 

Namun, korang tahu tak yang sebenarnya bermain online game boleh membuatkan pemain lebih mudah untuk bersosial dengan orang ramai. Dari yang pasif untuk bergaul, mereka menjadi seorang individu yang peramah dan mampu berinteraksi dengan baik.

4) Bermain Game Boleh Mengurangkan Tekanan Perasaan

Walaupun ramai mengganggap ketagihan bermain video game sebagai satu penyakit mental, tetapi sebenarnya ia boleh dijadikan satu penawar stress yang jauh lebih efektif berbanding sesi kaunseling biasa.

Menurut kaji penyelidik di New Zealand pada tahun 2012, kajian telah melibatkan 168 remaja kira-kira berusia 15 tahun di mana separuh diasingkan untuk menerima sesi kaunseling manakala separuh lagi diberi bermain game fantasi SPARX. Rata-rata yang bermain game membolehkan mereka kreatif dan merekabentuk avatar tersendiri serta mampu membuang pemikiran negatif dari diri mereka sendiri.

Actually, setiap tahap dalam permainan game mengajar kita tentang fakta asas mengenai kemurungan, strategi untuk menangani tekanan dan teknik untuk mencari ketenangan. Dapatan dari hasil kajian SPARK mendapati 44% yang bermain game sembuh dari kemurungan berbanding hanya 26% yang sembuh dari sesi kaunseling.


HAA!!! Jadi untuk korang yang suka bermain game, jom LeYa nak tunjukkan kat korang satu platform online game terbaik untuk korang mahupun anak-anak yang mungkin dah bosan duduk di rumah dan tak tahu nak buat apa. Jom guna laman web Plays.org untuk meraikan hari-hari ceria bersama keluarga!

Apa itu platform Plays.org?

Ia adalah sebuah laman web yang menawarkan aplikasi permainan dalam talian secara percuma dan menyeronokkan dan dapat dimainkan dengan cepat melalui browser yang ada. Ia juga memberikan korang pengalaman kegembiraan bersama keluarga ketika berada di rumah.

Ingat tak sewaktu ketika dahulu, kita gemar bermain permainan game di konsol pada zaman Nintendo, jadi, laman web ini memberi ruang dan mengimbas kembali ke era itu untuk korang rasa seronok bermain game bersama rakan-rakan mahupun keluarga di rumah.

Plays.org bertujuan menjadikan platform online game percuma daripada jenis aliran tersebut
  • Tiada simbol status atau peningkatan berbayar
  • Permainan super sederhana yang memberi peluang untuk santai-santai tetapi tidak mengubah identiti korang serta mewujudkan ketagihan
  • Permainan kasual yang membolehkan korang masuk dan keluar dengan cepat
  • Tidak perlu memuat turun aplikasi untuk dimainkan
  • Tidak perlu mendaftar atau menyediakan akaun pengguna

Sejak dilancarkan pada awal tahun ini, Plays.org terus meningkatkan ratusan permainan di laman web ini dengan menerbitkan sekurang-kurangnya beberapa permainan tambahan setiap hari. Jadi, jika korang menekan menu "free games" di atas dengan pautan di http://plays.org/games, korang akan dapat lihat pelbagai game baru setiap hari.🙂


Well... LeYa pun dah terjebak bermain game di platform ni. Memang menyeronokkan. Time first main tu memang LeYa tak tahu apa-apa sebab LeYa bukanlah kaki game. Tapi bila dah main dalam platform ni, ia sebenarnya merupakan platform online game yang mudah untuk belajar dan berseronok. Tak sangka dapat juga memberi rasa kurang stress ketika bermain. Apa orang cakap tu, kita kasi chill and relax dulu dengan game... Hehehe... 

Memang macam nampak platform permainan ni lebih menjurus untuk anak-anak, tetapi tak salah kan! kan! untuk turut serta bermain. Sebab? Dalam pada tu korang bolehlah pantau aktiviti harian anak-anak korang di hadapan Internet. Completely, LeYa memang tak tahu apa-apa pun tentang build, enemy, dan cara untuk memenangi dalam satu permainan. Namun, bila dah bermain online game kat sini, LeYa lebih rasa yakin dan terbawa-bawa untuk memajukan diri di dunia realiti. Yakin dan terus berusaha untuk menempuh dugaan dan badai yang mendatang. Auuuchhh... Tak gitcheww!!!

So... tu la sedikit pengalaman LeYa bermain online game di platform Plays.org.

 

Walaupun seronok dan boleh bermain sehingga berjam-jam, tetapi harus diingat, jangan pernah ketepikan tanggungjawab korang tau. Game ni hanya sekadar hiburan untuk menghilangkan tekanan dan bukanlah sehingga mengabaikan komitmen lain yang lebih penting. Bermain itu sebenarnya boleh mengajar dan membahagikan masa dengan betul. Selain itu, ia turut mendidik untuk kita lebih berdisiplin dan bersemangat untuk mengejar cita-cita yang lebih tinggi. Jadi, tak salah bermain game, tapi berpada-padalah. 

Maklumat lanjut, boleh layari http://plays.org untuk berseronok bersama keluarga di rumah musim-musim pandemik ni. Terus kekal duduk di rumah dan jom bermain permainan game yang menyeronokkan dan memberi bermanfaat bagi mengeratkan lagi silaturrahim bersama keluarga.


5 comments:

  1. Wahh menarik. Nak try main gak la.. seronok juga isi waktu lapang ni

    ReplyDelete
  2. Game yg pernah layan sekarang ni may talking tom je yg lain tak dan layan huhuhui

    ReplyDelete
  3. free games dan banyak pilihan tu. Tak sempat boring macam ni.

    ReplyDelete
  4. saya selalu juga main game, lepastu buat video dan upload dekat social media, seronok! boleh tukar idea dengan pemain lain

    ReplyDelete
  5. dulu pandai main game ular ja. sekarang pilih mana nak main. Cida mampu Bricks Ball Crusher ja. haha

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com