Saturday, 17 April 2021

Gaya Hidup Islami, Elak Penyakit Diabetes Dengan Kaedah Fitonutrisi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Diabetes atau penyakit kencing manis merupakan salah satu penyakit kronik yang seringkali berlaku dalam masyarakat kita. Islam juga mengajar kita tentang prinsip-prinsip hidup sihat untuk kita mencegah pelbagai penyakit. Jadi, adakah korang tahu bagaimana cara untuk mencegah atau mengawal diabetes? Ikuti sedikit perkongsian menarik mengenai cara bagaimana mencegah penyakit kencing manis dari Blog LeYa.

Pn Zaharah, surirumah dan berusia 57 tahun menampung kehidupan keluarga dengan aktif berniaga. Setiap hari, beliau akan sibuk ke sana sini menguruskan perihal mencari rezeki tanpa menghiraukan keadaan kesihatan diri demi membesarkan anak-anak yang masih kecil. Akibat kekerapan berjalan terlalu lama menyebabkan kaki Pn Zaharah mudah melepuh dan akhirnya merebak menjadi luka yang tidak sembuh.

Sikap tidak ambil kisah serta gemar meminum minum manis terutamanya air berkarbonat menyebabkan bacaan gula darah Pn Zaharah pernah mencecah bacaan yang sangat tinggi iaitu 29mmol/l. Hal itu menyebabkan Pn Zaharah terpaksa cucuk insulin setiap hari dan sudah hampir 30 tahun Pn Zaharah disahkan oleh doctor menghidap kencing manis iaitu ketika berumur 27 tahun.

Lebih mengerikan lagi, doktor menyarankan agar kaki kiri dipotong kerana telah mengakibatkan luka dari dalam yang tidak kelihatan. Sekiranya dibiarkan, ia akan merebak ke bahagian anggota badan yang lain sehingga boleh menyebabkan kematian. Setiap hari beliau perlu buat dressing untuk mencuci luka. Anaklah yang membantu menguruskan Pn Zaharah untuk ke klinik kesihatan kerana beliau sudah tidak mampu menguruskan dirinya sendiri.

Menerusi menantunya, Pn Zaharah diperkenalkan dengan satu suplemen kesihatan Eskayvie Phytax yang mana sebelum ini beliau tidak percaya dengan mana-mana suplemen dalam penjagaan kesihatan. Dek keadaan yang semakin kritikal, Pn Zaharah tidak ada pilihan lain dan tekad untuk menyelamatkan kakinya dari dipotong.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w juga : "Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua (mati)”.

Mengubati penyakit adalah menjadi kewajipan sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Satu penyakit  bukan hanya mempunyai satu ubat tetapi berkemungkinan mempunyai puluhan ubat. Kajian  demi kajian dari masa ke semasa telah membongkar rahsia fitonutrisi dari alam tumbuhan yang  memiliki kuasa penyembuhan yang amat bermanfaat. 

Bayangkan fitonutrisi buah anggur bukan daripada buahnya tapi turut diperolehi daripada kulit dan bijinya. Manakala buah manggis mengandungi antioksidan yang berkuasa tinggi iaitu xanthone yang diperolehi daripada  kulitnya dan bukan isinya. Namun siapa yang makan biji anggur? Siapa yang makan kulit manggis? Di sini lah peranan saintis yang memudahkan manusia mendapat khasiat dari fitonutriens tersebut dalam bentuk yang lebih mudah dan mudah diamalkan.

Fitonutrisi atau khasiat dari tumbuhan sangat bermanfaat bagi memulihkan kerosakan dalaman, kaya dengan antioksidan dan kesan anti-radang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik serta pelbagai lagi masalah tubuh badan. Satu rahsia alam yang tak diterokai sepenuhnya, iaitu lebih 100,000 jeins fitonutrisi serata dunia yang mempunyai peranan dan fungsi unik tersendiri yang sangat memberi manfaat kepada kesihatan manusia. 

Eskayvie Phytax, sejuta rahsia fitonutrisi. Ia merupakan campuran sinergi 12 ekstrak bahan fitonutrisi daripada Biji Anggur, The Hijau, Kulit Pokok Pain, Buah Delima, Durian Belanda, Kranberi, Beri Biru, Roselle, Tomato, Acai Beri, Algae Hijau dan Manggis. Revolusi terkini bagi sumber anti-oksidan daripada alam semula jadi dengan teknologi nano mampu memudahkan penyerapan dalaman.

 

Langkah pencegahan tersebut memberi sinar baru dalam hidup Pn Zaharah kerana dengan pengambilan suplemen tersebut telah berjaya menyelamatkan kaki beliau dari dipotong. Menurutnya lagi, dengan keinginan yang sangat kuat untuk sembuh segera sebelum tarikh kaki dipotong, Pn Zaharah telah menyapu jus Eskayvie Phytax ke bahagian luka. Melalui ikhtiar terakhir ini, beliau sanggup berbuat apa sahaja asalkan tidak kehilangan kakinya. 

Mengejutkan doktor yang merawat Pn Zaharah apabila melihat perubahan ketara pada dirinya. Kaki yang kehitaman telah menjadi putih bersih dan luka pula semakin kering. Lebih menggembirakan lagi apabila keadaan mata Pn Zaharah juga tidak lagi kabur dan sudah boleh memandu tanpa memakai kaca mata. Malahan, beliau cukup bertenaga dan aktif melakukan kerja rumah. Oleh yang demikian, dengan mematuhi nasihat doctor, setiap malam sebelum tidur, Pn Zaharah akan memeriksa kaki beliau demi memastikan tiada luka-luka kecil yang boleh mendatangkan masalah yang tidak dijangka.

Harapan Pn Zaharah sangat tinggi iaitu agar bacaan gula darah beliau sentiasa terkawal dan berada di bawah 6mmol/l. Doktor turut memberitahu bahawa dos insulin beliau sudah boleh dikurangkan kerana keadaan kesihatan yang membanggakan. Alhamdulillah syukur kerana kaki Pn Zaharah tidak jadi dipotong dan beliau dapat menikmati kehidupan yang lebih bermakna bersama keluarga.

Awas! Jangan buat main jika korang ada masalah luka lambat sembuh, mata yang mulai kabur dan masalah kebas kaki serta tangan yang berpanjangan. Atasi masalah ini sebelum ia menjadi semakin parah. Jika korang mengganggap cara mencegah diabetes amat sukar dilakukan, ketahuilah bahawa menguruskan keadaan diabetes adalah lebih sukar.

 

Dapatkan kebaikan gabungan semulajadi daripada buah-buahan dan tumbuhan yang ada pada Eskayvie Phytax untuk kawalan gula darah korang. Kuasa fitonutrisi yang terdapat di dalam Eskayvie Phytax boleh membantu mengembalikan sel-sel yang rosak untuk kembali sihat.

Hilangkan kebas, sembuh luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax. Layari www.phytax.com.my dan dapatkan juga konsultansi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis.

Facebook | Instagram

4 comments:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com