Rabu, 18 Disember 2019

Resepi Gulai Perut dan Betik Dari Masakan Jawa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ada yang minat atau makan perut lembu tak? Kalau ada, kita geng. Hehehe... Tapi nak kena pandai juga masak bagi hilangkan bau hanyir perut tu kan. LeYa pun seriously tak tahu membersihkannya. LeYa pun belajar dari Air Tangan Ibu LeYa yang sememangnya pandai memasak. 

Jadi, menu makan tengah hari kali nie, LeYa ingin kongsikan lauk Masakan Jawa iaitu Gulai Perut dan Betik. Jom LeYa kongsikan resepinya di bawah.


Bahan-bahan

Bahan kisar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Cili Api

Betik muda
Perut lembu
Sedikit santan
Air asam jawa
Serai

Cara Masak:-
1. Rebus dahulu perut lembu untuk hilangkan bau hanyir.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan sedikit perahan santan dan air asam jawa.
4. Kacau sehingga sebati.
5. Kemudian, masukkan perut lembu yang telah direbus.
6. Masukkan pula betik-betik muda yang telah dipotong. (Ibu LeYa nak sagat betik tu jadi halus untuk memudahkan makan)
7. Campakkan beberapa batang serai sebagai memberi bau wangi makanan tersebut. (Kalau takde, okay je, tapi rasa lari sikit laa)
8. Perasakan garam dan gula mengikut citarasa korang.
9. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba dan Menjamu Selera


9 ulasan:

  1. waalaikumussalam. wah baru tahu pasal resepi ni. tapi saya tak makan perut lembu. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Sedap wak kalau betul cara masak die.. Xde bau pun

      Padam
  2. Kak ana selalu perut lembu tu makan dengan kuew teow sup. Memang sedap. Tp bila tgk menu leya ni, nampak lagi ngancam.

    BalasPadam
  3. Suka juga makan perut tapi tak pernah lagi makan gulai perut yang dicampurkan betik.. Menarik nie.. Cuma Sha tak pandai nak siang perut tu.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Samalah LeYa.. Yang tolong siangkan tu Ibu LeYa..

      Padam
  4. You make so many great points here that I read your article a couple of times. Your views are in accordance with my own for the most part. This is great content for your readers. Eminem is an American songwriter, rapper, record producer and an actor. Hе hаѕ also bееn dеѕсrіbеd аѕ оnе оf thе grеаtеѕt hір-hор аrtіѕtѕ оf аll tіmе, оnе оf thе grеаtеѕt rарреrѕ оf аll tіmе аnd was lіѕtеd іn Rоllіng Ѕtоnе lіѕt оf 100 grеаtеѕt аrtіѕtѕ оf аll tіmе аt number 83. Here are a few more interesting facts and Eminem net worth you might not have known.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com