Rabu, 18 Januari 2017

Drama Hantu Punya Bos Tonton Online Full Episod

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

 http://www.irezeki.com/index.php?ref=anagurlz87

Okay...LeYa rasa tentu ramai yang tak tengok drama berjudul "Hantu Punya Bos!" ni. Sebab siarannya berlangsung pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Emmm... mesti ada yang masih belum dari tempat kerja lagi kan. Maklumlah jammed sebelum nak sampai ke rumah. Tapi jangan risau! LeYa cuba bantu anda untuk tonton drama ini secara online di sini.

SINOPSIS HANTU PUNYA BOS
Mengisahkan Abby (Intan Najuwa) yang mengambil keputusan secara mengejut untuk menggantikan tempat kerja sahabat baiknya, Diela kerana memerlukan wang untuk mengubati ibunya yang sedang sakit di kampung. Diela pula tidak sabar untuk berhenti bekerja dengan bos yang berperangai seperti hantu.

Arrayyan (Shukri Yahaya) terkejut apabila Diela dapat cari penggantinya dalam masa yang singkat. Namun, Arrayyan akur dan menerima Abby sebagai pembantu peribadinya. Yang Arrayyan tidak sangka, sikap Abby yang cepat melatah dan suka menjawab bakal mencabar dirinya sebagai seorang bos yang sering ditakuti oleh pekerjanya.

Pada hari pertama, Arrayyan menyuruh Abby memperkenalkan diri kepada semua staf. Abby cemas dan terus dimarah oleh Arrayyan, Abby menjawab secara spontan dan membuatkan semua orang terpaku dengan keberaniannya. Arrayyan memaafkannya sebab baru hari pertama Abby bekerja.

Arrayyan mula naik angin apabila Abby membalas tengkingannya. Itu merupakan kali pertama Arrayyan ditengking dalam seumur hidup. Pada mulanya, Arrayyan sukar untuk menerima telatah Abby yang suka melatah. Namun, dia akur apabila Abby segera meminta maaf.

Seluruh pejabat mentertawakan Arrayyan yang terkebil-kebil ditengking Abby. Oleh kerana terlalu bengang, Arrayyan hendak memotong gaji semua orang sebanyak 20%. Abby rasa bersalah dan meminta Arrayyan memotong gajinya.

Dato’ Zainuddin, ayah kepada Arrayyan membuat lawatan mengejut ke pejabat. Dia memerhatikan sikap garang Arrayyan pada Abby. Dato’ Zainuddin berpesan kepada Arrayyan untuk mengawal kemarahan. Dato’ Zainuddin turut memberi amaran supaya Abby ialah pembantu peribadinya yang terakhir.

Pada masa yang sama, Abby berusaha mengambil hati Arrayyan. Arrayyan mula tertarik dengan kepetahan Abby ketika berinteraksi dengan klien. Kerjaya Abby yang baru bermula di syarikat Arrayyan terjejas dengan tuduhan bekas majikannya, kononnya dia dipecat kerana menggoda bos. Arrayyan marah dan mahu memecat Abby.

Apakah jalan penyelesaian yang dilakukan oleh Arrayyan untuk mengetahui perkara sebenar tentang pembantu peribadinya itu? Adakah perbuatan Abby itu seburuk seperti diperkatakan? Sumber: http://www.myinfotaip.com/

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Arrayyan Zainuddin
Intan Najuwa sebagai Abby
Aizat Hassan sebagai Hisyam
Julia Marin sebagai Diela
Afiera Riana sebagai Suzanna
Fahmy Reza sebagai Azham
Iszander Nor sebagai Wandi
Tengku Fiella sebagai Lisa
Vicha Saywho sebagai Maira
Serina Redzuawan sebagai Rozie
Tash Yong sebagai Ain 

Tonton Online Drama "Hantu Punya Bos!"


Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

 http://www.irezeki.com/index.php?ref=anagurlz87

1 ulasan:

  1. Saya dah lama tak tengok drama.
    Dah tak tau yg mana yg best

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com