Rabu, 4 November 2015

Movie Review: Mirip

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ini LeYa nak review lah sikit filem yang akan ditayangkan pada keesokan hari. Filem muzikal/ngeri berjudul "Mirip" lakonan Fezrol Khan, Ezzaty Abdullah, Reen Rahim dan ramai lagi. 

Tidak pasti adakah LeYa turut berkesempatan untuk menonton filem ini diwayang esok. Namun LeYa hanya mampu memberi sedikit perkongsian dan idea untuk anda semua yang mungkin tiada aktiviti pada keesokan harinya dengan pergi menonton wayang bersama teman-teman atau yang tersayang.


MIRIP
Tarikh Tayangan : 5 November 2015
Genre : Muzikal / Ngeri
Pengarah : Jokin
Pelakon : Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah, Reen Rahim

SINOPSIS

NIK yang duduk di Melaka merupakan seorang penyanyi dan menyara hidupnya dengan pendapatan yang diterima daripada nyanyiannya. Nik telah kehilangan kedua ibu bapanya dan satu-satunya harta yang telah ditinggalkan oleh ibunya untuk dia adalah muzik. Ibunya merupakan seorang pemain alat muzik klasik wayang kulit. Buat masa ini, Aishah dan keluarganya merupakan segala-galanya untuk Nik. Aishah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap bakat Nik dan berazam untuk membawanya ke persada dunia.

Pada suatu hari Nik menyelamatkan hero Irwan yang juga merupakan seorang penyanyi sepertinya di Bandar. Irwan juga merupakan seorang yang kaya-raya dan mempunyai bilangan peminat yang besar. Pada satu hari Irwan mendapat tahu bakat Nik. Selepas itu Irwan mengajak Nik supaya mengikutnya dan berjanji akan menjadikkannya seorang yang popular. Disebabkan Nik tak dapat berpisah dengan Aishah dan kampungya, dia menolak ajakkan Irwan. Namun Aishah berjaya menghantarnya bersama Irwan. Nik pun ikut sekali dengan Irwan. Setelah sampai di bandar, Irwan meninggalkan Nik kepada seorang wanita, iaitu Wilma yang merupakan jurulatih muzik dan juru fesyen untuk mengubah personalitinya.

Wilma telah pun mengubah personaliti Nik dan memberi kata-kata semangat kepadanya. Nik mengambil semua kata-kata Wilma. Kemudian Irwan membawa Nik ke rumahnya.

Nik tiba-tiba teringin jadi orang kaya dan bisikan hatinya berkata impiannya boleh tercapai jika dia mengambil alih tempat Irwan. Adakah Nik akan mendengar bisikan hatinya? Apakah tindakan Nik untuk mencapai niatnya?


1 ulasan:

  1. dok penah dengar nama movie ni ngeh3..
    pestime ni.. nama retis2 tu pun dok kenai..

    heee..

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com