Rabu, 17 Jun 2015

Persediaan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah hari ini hari terakhir bulan Syaaban 1436H. Bermulanya esok 1 Ramadhan 1436H bersamaan 18 Jun 2015, seluruh umat Islam akan menunaikan Rukun Islam ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Di kesempatan ini LeYa ingin memohon seribu kemaafan kepada rakan-rakan taulan, keluarga dan sanak-saudara, para pembaca LeYa Blog yang memberi ruang untuk LeYa terus berkarya dan sesiapa sahaja yang mengenali LeYa. 

LeYa akui banyak kekhilafan dan kesilapan yang telah dilakukan sepanjang kita berkenalan. Moga Ramadhan kali ini memberi seribu erti buat kita dalam menunaikan ibdah wajib ini dengan sempurna dan penuh kekhusyukan. 

Alhamdulillah sekali lagi, Ramadhan kedua LeYa bersama suami, Mr. Otomen Taro. Pelbagai dugaan dan ujian diharungo bersama dalam tempoh setahun bergelat suami isteri. Doa dipohon agar Ramadhan ini lebih bermakna untuk LeYa dan suami mengharungi badai kehidupan kini.

Di bawah ini LeYa sertakan niat puasa bulan Ramadhan yang mana mungkin dikalangan kita sudah terlupa akannya. LeYa doakan semoga para pembaca Blog LeYa mendapat rahmat daripada bulan Ramadhan al-Mubarak ini.


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK



Related Posts:

  • Resepi Ikan Kembung Masak Taucu Pujaan Hati Mr. Otomen Taro Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Dah lama juga Blog LeYa ni tak berkongsi resepi dan pengalaman memasak di #DapurPanasLeYa. Actually bukan tak masak. Memang hari-hari masak. Dan gambar-gambar masakan LeYa hanya u… Read More
  • RESEPI IKAN BILIS KENTANG GORENG CILI PADI Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Hari ni LeYa nak kongsikan resipi yang LeYa masak dan cipta sendiri. Tapi, actually dah banyak pun resipi ni di media online seperti carian di Google dan lain-lain. Memandangkan hany… Read More
  • Resepi Roti Sangkaya Versi #DapurPanasLeYa Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Suatu ketika dahulu, siapa pernah menyangka menu yang nenek moyang kita nikmati ni menjadi makanan viral hari ini. Roti Sangkaya ala Boat Noodle ini menjadi kegemaran ramai dan … Read More
  • Resepi Sup Sayur Kobis Campur Lobak Merah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... Setiap petang lepas pulang dari kerja LeYa akan bergegas masuk ke #DapurPanasLeYa untuk masak makan malam bersama Encik Suamiku Otomen Taro.  Setiap hari kalau masak, Otomen le… Read More
  • Resepi Gulai Perut dan Betik Dari Masakan Jawa Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Ada yang minat atau makan perut lembu tak? Kalau ada, kita geng. Hehehe... Tapi nak kena pandai juga masak bagi hilangkan bau hanyir perut tu kan. LeYa pun seriously tak tahu me… Read More

3 ulasan:

  1. Balasan
    1. Selamat Berpuasa Farah Waheda. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca di sini..

      Padam
  2. selamat menjalani ibadah puasa kak :)

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com