Khamis, 4 Jun 2015

Mega Gathering Melaka State Group

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Melaka State

Dengan ini LeYa mengumumkan "MEGA GATHERING MELAKA STATE GROUP" akan dilaksanakan pada 07 June 2015 bersamaan hari Ahad. 

Pada tarikh 07/06/2015, bermula dari jam 10.30 pagi sehingga 1.30 petang dan bertempat di Restoran Subaidah MITC, Ayer Keroh, Melaka. Setelah sekian lama bertapak di Whatsapp Group dan berbual mesra tanpa mengenali satu sama lain, kali ini pihak Admin Melaka State yang seramai 22 orang telah bersepakat untuk membuat aktiviti perjumpaan yang pertama bersama dengan ahli-ahli kumpulan Melaka State yang lain.

Melaka State

Aktiviti yang dijalankan ini terbuka kepada semua warga Melaka yang dekat mahupun jauh. Jika berkelapangan, LeYa mengalu-alukan kedatangan anda bersama bagi memeriahkan lagi aktiviti ini. Antara akitiviti yang akan dilaksanakan pada hari ahad itu nanti adalah berbual mesra bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, bergambar kenangan dan juga makan-makan bersama di dalam suasana yang harmoni dan mendamaikan. 

Sekian dari LeYa.

Related Posts:

  • Melakar Panorama Indah di Merlimau Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Setelah lama merancang untuk review kawasan di Merlimau, akhirnya dapat jua dilaksanakan bersama Encik Suami a.k.a. Otomen Taro. Merlimau yang terletak di antara pertengahan p… Read More
  • Teroka Kegemilangan Kepulauan Riau Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Beberapa minggu juga merancang untuk ke Tanjung Balai Karimun, Indonesia, akhirnya pada 28 Februari 2016, LeYa dan Otomen berjaya menjejakkan kaki ke sana bersama keluarga untuk mene… Read More
  • Aidilfitri 2016 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Selamat Hari Raya semua... Macam mana dengan raya korang semua tahun ni ?? LeYa ucapkan sekali lagi SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Lama sudah LeYa tidak membuka blog kesayangan LeYa i… Read More
  • Jalan-Jalan Putrajaya & Cyberjaya Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...   Lama sudah LeYa tak update kisah di blog ini. Pada 23 Julai lalu, rumah LeYa dikunjungi sanak saudara dari sebelah suami. Riuh-rendah dari Hari Jumaat malam membuatkan LeYa tid… Read More
  • Mandi Manda Air Terjun Sagil, Gunung Ledang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Musim panas El Nino ini ramai mencari tempat mandi yang boleh menyejukkan badan. Jom, LeYa tunjukkan anda satu tempat ke Air Terjun Gunung Ledang yang terletak di Daerah Tangkak, Joh… Read More

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com