Khamis, 21 Mei 2015

Creative Showcase 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pantasnya waktu beredar dan kini kita sudah pun menemui penghujung Mei 2015. Semoga pada Jun kali ini LeYa akan lebih berusaha lagi dalam merealisasikan impian LeYa selama ini.


Semalam, berlangsungnya satu Majlis di tempat LeYa bekerja. Majlis Creative Showcase anjuran Jabatan Teknologi Maklumat, jabatan LeYa bekerja. LeYa telah turut serta memeriahkan majlis itu dengan menjadi peserta koir.

Bertemakan "STARS-Hitting New High" dipilih untuk menzahirkan harapan dan perasaan optimistik kita terhadap bintang-bintang yang telah berjaya. 

Majlis ini disaksikan oleh CEO dan pengarah-pengarah dari Jabatan, Unit dan Cawangan lain. Juga turut menyaksikan peserta sukan yang menerima anugerah kerana kehebatan mereka dalam bidang masing-masing.

Para hadirin juga telah disajikan dengan persembahan-persembahan mantap dan memukau dari JTM serta dua cawangan lain yang dijemput. Majlis yang meriah itu diakhiri dengan acara penutupan oleh CEO dan bergambar meriah bersama.


0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com