Isnin, 29 September 2014

Hargailah Kerjaya Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Kasihankan lah kami yang bergelar blogger ini. Bukan senang tau nak cari makan walaupun nampak diluaran kami seperti macam tiada tempat kerja. Namun, blogger2 seperti kami lah yang banyak membantu dalam menyebarkan maklumat yang bermanfaat. Tidak mudah untuk seseorang blogger ingin mencurahkan idea dalam setiap penulisannya. 

Hargailah Kerjaya Blogger

Cuba bayangkan seorang part time blogger macam LeYa. Di siang hari akan bekerja di pejabat, manakala di malam hari akan mencurahkan idea untuk menulis di blog. Mencari pelbagai ilham untuk dikongsikan bersama bagi memenuhi kehendak para pembaca agar dapat berkongsi segala maklumat tidak kira di mana jua kita berada, tidak kira penat lelah di siang hari. Tidur lewat malam untuk menulis entry terbaru di blognya.

Kenapa perlu menipu blogger??? Blogger juga nak cari makan?? Nak besarkan anak2 seperti blogger2 fulltime; Ben Ashaari, Bro Framestone, HasrulHassan dan lain-lain lagi. Dengan keikhlasan dan kejujuran kami dalam menulis di blog ini lah, kami memperolehi rezeki. Jadi, tolonglah jangan mempersiakan kerjaya seorang blogger ini. Pada zaman serba canggih ini, blogger memainkan peranan sangat penting untuk kita mencari sedikit maklumat yang kurang difahami, berita2 terkini dan cerita2 sensasi. Tidak hairanlah kini ada di antara pihak penaja sudah mula memahami kerjaya blogger ini dengan mengambil sesetengah blogger sebagai duta sesuatu produk. Dan hasilnya, sangatlah berbaloi. Ya! Dah nampak kan betapa pentingnya kami ini dalam dunia perniagaan, permodelan, percetakan dan banyak lagi. Dari blog kami lah, sesuatu produk dapat disiarkan dan dicari oleh pelanggan untuk dimilikinya. 

Hargailah Kerjaya Blogger

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com