Tuesday, 29 April 2014

Dapat hadiah lagi dari Mr Nuff..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dok buka tutup laptop tapi tak menulis lagi entri baru... Mencari idea untuk menulis mungkin... Tapi dalam kepala ni banyak je nak di curahkan... Entah kenapa la susah sangat nak memulakan ayat. Mesti kawan-kawan LeYa bosan kan dengan sikap LeYa sekarang ni... hehehe... Last sekali, LeYa saje la bukak Mr Nuff untuk lihat jumlah wang yang terkumpul.. Tapi yang lebih suprise LeYa telah diterima lagi satu iklan masuk ke blog kesayangan LeYa ni.. Huuu.... tak sangka makin banyak dan cepat LeYa terima sejak akhir-akhir ni...

Kalau dulu, masa baru-baru berjinak dengan dunia blog, susah sekali untuk LeYa menerima sebarang pengiklanan dari pihak Nuffnang. Alhamdulillah kini, semenjak LeYa mula menulis dan mengemaskini semula blog kesayangan ni, pihak yang bertanggungjawab memberi LeYa pendapatan sedaya upaya membantu LeYa dalam meneruskan aktiviti blogging. 

Jom cuba ubat gigi terbaru dari Darlie. rasa lebih segar dengan "Darlie Expert Fresh". Terima kasih Nuffnang! Terima kasih Darlie! Tq Semua! Alhamdulillah...semoga kita sama-sama terus dimurahkan rezeki tak kira dalam apa cara sekalipun dan semoga Allah S.W.T. permudahkan jua urusan kita. Amin... In shaa Allah.
CPUV dari Nuffnang

CPUV dari Nuffnang

CPUV dari Nuffnang
Reaksi kOrang:

2 comments: