Sabtu, 28 September 2013

Episod 8: Manisnya Cinta

          Aku mencoret sebaris ayat di atas kertas kosong di hadapanku. Sambil termenung menongkat dagu, aku ulang menyebutnya berkali-kali di dalam hati. Cuba mentafsir, mencari makna daripada sebaris ayat itu mengikut situasi yang aku alami kini.

"Hidup tidak selalu indah, hati tidak selalu gelisah".

"Angah!"

Suara ibu itu menghanyutkan lamunanku. Aku menyahut panggilan ibu dan bergegas lari anak ke arah ibu.

"Tolong ibu jap angkat pasu bunga ni" kata ibu setelah aku sampai di situ.

Lantas aku mengalihkan posisi pasu bunga yang disuruh ibu itu. Aku hanya menurut segala perintah ibu. Tidak sukar untuk menjadi anak solehah jika kemahuan ibu ayah semua dituruti.

Aku kembali ke ruang kamar untuk berimaginasi. Aku memberi sepenuh perhatian kepada lakaran yang dibuatku sebentar tadi. Sesekali aku teringat akannya. Teringat ketika dia membawaku berjalan ke mana sahaja aku ingin tuju. Ramai yang menyangka dia adik aku kerana faktor saiz badannya yang kecil. Hubungan cinta kami yang terjalin indah sekali. Aku terpandang lagi sebuah potret gambar yang terletak di atas meja komputer jelas terpamer wajah ceria kami berdua. "Ah! Indahnya waktu itu..."

Apabila dikenang-kenangkan, seribu kisah percintaan kami, terasa meninggalkan momen indah buatku. Aku bertambah sayang akannya dengan sikap yang romantis dan selalu mengambil hati dan perasaanku. Tiba-tiba aku teringat yang majlis pernikahan kami hanya tinggal lagi 7 bulan. Memang kalau orang luar cakap lama lagi namun bagiku ia tidaklah lama mengenangkan banyak lagi persiapan yang belum dibuat. Majlis Perkahwinan yang pertama dan terakhir untuk kami itu hendaklah menjadi memori terindah buat kami. Namun, aku percaya pada ketentuan Ilahi. Jika Dia berkehendakan seperti biasa aku hanya menuruti. AKu adalah insan kerdil yang tidak mampu melawan kekuasaanNya.

Ibu sudah mula sibuk mengumpul barang-barang yang boleh digunapakai semasa majlis perkahwinanku itu nanti. Aku hanya memerhati dan tersenyum apabila ibu lah orang pertama yang sibuk melakukan itu ini. Sama juga seperti abangku dahulu. 

Berseri-seri wajah ibu ingin menerima bakal menantu kedua. Segala nasihat dan tunjuk ajar ibu kepadaku dituruti kerana aku adalah satu-satunya anak perempuannya. 

"Menjadi seorang isteri ini tidaklah mudah. Kamu kena tahu tu. Semua kelengkapan suami mesti dituruti. Masak disediakan. Pakaian dibasuh, disiapkan. Kemas rumah dan banyak lagi" pesan ibu kepadaku.

Wahhhh.....banyak betul pesanan ibu kepada anak tunggal perempuannya ini...

Aku hanya akur ketika ibu memberi nasihat. Ketika itu telefonku berdering menandakan ada panggilan masuk. Lantas aku mencapai dan mengangkatnya. Ternyata nama dia yang tertera di skrin. Hatiku berbungan bahagia dan menjawab salam dengan penuh gembira di hati.

Kami berbual mesra di corong telefon agak lama. Dia yang terkenal sering melakukan lawak ringkas kepadaku membuatku selalu ceria apabila bersamanya. 

"Manje..." Merdu benar suara dia bercakap ketika itu. Aku senyum sahaja menahan malu apabila diperlakukan begitu seperti anak kecil keriangan.

Kadang-kadang bergenang juga air jernih di kolam mata tanda kegembiraan di hati. Hati seorang wanita tatkala disentuh dengan baik akan senantiasa diingat hingga akhirnya kerana hati wanita sangat halus dan mudah tersentuh. Aku meminta izin untuk menamatkan perbualan kerana hari sudah makin tengah hari. Aku ingin membantu ibu memasak di dapur. Dia akur dan mengucapkan salam sayang kepadaku. Ah! Indahnya saat itu.

Aku berdoa semoga ikatan ini membawa kami ke jinjang pelamin yang indah tidak lama lagi. Sesungguhnya Allah akan sentiasa mengurniakan pahala pada apa juga kebaikan yang dilakukan oleh setiap hamba-NYA. 

Perbualan kami terputus ketika itu kerana ingin menjalankan aktiviti harian masing-masing sebelum melakukan bersama nanti. Aku bangun dan keluar dari ruang kamarku pergi ke arah dapur untuk membantu ibu. Hati berbunga riang saat itu setelah dapat meluangkan sedikit masa berbual dengannya tadi. Walau tidak berjumpa di hadapan mata, aku tidak kisah kerana itu lebih baik dari menimbulkan syak orang ramai terhadap kami berdua. Kami sentiasa menjaga batas-batas pergaulan kami hingga mendirikan rumah tangga dalam masa 7 bulan sahaja lagi.

>> Bersambung....

2 ulasan:

  1. ingatkan ni novel manisnya cinta - anis ayuni.. bila baca lain plak jalan crita..hihi..hasil karya awak eh?very nice! niesa follow awk.. :D

    BalasPadam
  2. wah dear...tulis novel sendiri ye....
    menarik nie sayang....

    klik iklan adik...makseh sudi jentik nuffnang cik akak tu...salam sayang dari cik akak

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com