Isnin, 4 Jun 2012

Majlis Perkahwinan Iera + Mazlan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Pada hari Ahad semalam, LeYa bersama rakan2 meraikan majlis perkahwinan rakan sekelas kami di Port Dickson. Pasangan yang diijabkabulkan itu ialah Nor Hamirah bt Osman (Iera) dengan pasangannya Mazlan. Terasa pantas mase berlalu. Baru semalam kami bersama mengharungi detik-detik zaman persekolahan... Kini, ramai yang sudah mendirikan rumah tangga. Tak terucap oleh sanubariku betapa gembiranya hati ini melihat rakan2 seperjuangan sudah berjaya dan sudah melangkah ke alam rumah tangga. 

Ramai tetamu yang hadir. Turut serta rakan2 lain yang sudah 8 tahun tidak bertemu. Semuanya sudah berbeza dari dahulu. Ye la...dulu budak2 lagi...Sekarang semua dah dewasa... Dah 25 tahun pun... Sebab tuh ade yang dah berkahwin.. Dan tidak ketinggalan juga yang sudah mempunyai anak. Wah! bahagianya mereka kan. LeYa doakan semoga rakan2 LeYa berbahagia di samping insan tersayang hingga akhir hayat dan mendapat redha Ilahi. LeYa juga berdoa untuk diri LeYa agar memperoleh apa yang dimiliki rakan-rakan ku itu. 

Cover album Majlis Perkahwinan Iera + Mazlan

Rakan-rakan sekelas yang turut hadir memeriahkan majlis

Kedua mempelai yang sama cocok dan padan

Related Posts:

  • Guest Book made by LeYa Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Sempena majlis perkahwinan LeYa yang akan kunjung tiba, LeYa sibuk dengan menyiapkan kerja-kerja untuk majlis itu. Semua ahli keluarga LeYa dan Mr. F sibuk menghantar kad2 jemputan s… Read More
  • Bila Laptop Kembali Kepangkuanku... Apabila laptop telah kembali ke tanganku... Seronok bukan kepalang... Bolehlah update entri hari2 semula... Baru seminggu je kena tinggal dah pun bersawang blog ni.. Haish....Cepatnya berhabuk.. Mana datang lah kan habuk2 ni… Read More
  • Selamat Hari Guru 2014 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Tanggal 16 Mei adalah hari bersejarah yang diraikan pada setiap tahun kepada guru-guru di Malaysia. Tidak ketinggalan juga kepada LeYa. LeYa ingin mengucapkan berbanyak terima kasih … Read More
  • Iftar Bersama Keluarga Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Ini kisah semalam yang berlaku di rumah bapa saudara LeYa di Seremban... Sempena kepulangan anak dan menantunya serta cucu barunya dari Mesir, kami meraikan dengan mengadakan majlis … Read More
  • Baiti Jannati: LeYa & ZoL Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Baru dapat tengok semula blog kesayangan setelah beberapa bulan yang lalu sibuk dengan majlis perkahwinan LeYa sendiri. Kini, alhamdulillah LeYa telah selamat diijabkabulkan dengan p… Read More

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com