Sabtu, 24 Mac 2012

Perjalananku...

Perjalanan yang dilalui makin hari begitu mencabar. Ada sahaja dugaan yang datang. Namun, tetap ku tempuhi dengan penuh cabaran. Kehidupan yang dilalui kini semakin bahagia bersama insan tersayang. Dia yang kusayang terlalu mengambil berat akan diriku sehingga segala kerja-kerja yang dulu kubuat sendirian telah dibantu oleh nya. Aku terasa diri dihargai. Keintiman kami berdua mula diketahui ramai. Ramai memerhatikan keakraban kami. Ada juga mulut sumbang yang berkata macam-macam. Namun, bukan itu menjadi penghalangnya. aku tetap meneruskan sisa kehidupan dengan mencari pekerjaan yang sesuai demi masa depanku dengan dibantu olehnya. Saat dia tidak bekerja, dia akan sama mencari kerja untukku. Begitu banyak pengorbanan yang dilakukannya sehingga aku terharu membuatkan linangan air mata jatuh pabila ramai kawannya yang tidak bertegur sapa dengannya. Apakah kesalahan yang dilakukan olehnya? Selama ini dia sering membantu rakannya dalam kesusahan. Namun, bila semuanya senang tinggalkan begitu sahaja. Aku jadi marah kerna orang yang disayangi dipijak macam tiada maruah. Aku bangkit dari kemarahan itu dan buktikan yang suatu hari nanti kami akan berjaya dan tidak perlukan bantuan dari mereka semua. 

Saat hati kami bersatu, muncul lagi satu dugaan yang agak berat. Pertanyaan demi pertanyaan tentang bilakah kami akan diijabkabulkan muncul kembali. Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Jika tahun depan adalah tarikh aku diijabkabulkan aku terima. Bukan untuk membantah ketentuanNya. Terima seadanya adalah lebih baik dari menolaknya. Ya! Itulah yang kupegang selama ini.

Dan kini, aku sudah bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dan sedang menunggu tawaran bekerja di mana-mana agensi pekerjaan yang terpilih. Menanti dengan penuh sabar adalah lumrah seorang pelajar yang baru tamat pelajarannya... Hehe... 

Akhir kata dari ku, sambutlah salam sayangku buat para blogger yang tidak putus-putus memberi perangsang dan kata semangat untuk ku teruskan perjuangan di dunia ini...

Tiada mengena dengan ini penceritaan...Hehehe....

Related Posts:

  • Confused????Ape yang di confused kan tuh???? huhuhu..... Ntah... Tak tau laa.... tetibe rase confused jer.... Ngan sorang mamat FB aku nih.... tetibe send mesej ckp nka jumpe kat mane??? Aik!!! Tapi aku pk dy salah send mesej... M… Read More
  • Perjalananku...Perjalanan yang dilalui makin hari begitu mencabar. Ada sahaja dugaan yang datang. Namun, tetap ku tempuhi dengan penuh cabaran. Kehidupan yang dilalui kini semakin bahagia bersama insan tersayang. Dia yang kusayang terlalu m… Read More
  • Software Engineer kah aku???Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sudah lama saya tidak update blog kesayangan saya ni.Hari Isnin lepas saya ditawarkan satu jawatan sebagai Software Engineer dan bermulalah episod saya melaksanakan satu web browser untuk… Read More
  • MURFEST 2017 | Malaysia Urban Retreat Festival Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... MURFEST 2017 merupakan satu inisiatif antara Kementerian Belia & Sukan bersama Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia yang berimpak tinggi untuk melaksanakan Majlis Pe… Read More
  • Hanya DikauAssalamualaikum dan Salam Sejahtera... Telah sekian lama aku menyepi tatkala manusia di muka bumi ini sibuk menjalani tugas harian masing2... Aku juga menyibukkan diri dengan menjalani aktiviti harianku tanpa memikirkan masa… Read More

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com