Khamis, 18 Februari 2016

Jana Pendapatan Dengan Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seringkali kita membaca emas adalah salah satu faktor yang digunakan untuk menjana pendapatan dengan mudah dan lumayan. Namun, adakah kita tahu cara terbaik untuk buat duit dengan emas.

Sembang-sembang di kedai kopi berkenaan emas. Terus tertarik untuk memilikinya. Tetapi tidak tahu caranya. Emas memang memberi pulangan yang baik untuk jangka masa panjang. Namun, tidak kurang juga yang mengambil kesempatan dengan menjalankan aktiviti SCAM dengan pelaburan emas.

LeYa Blog

Nak melabur emas???
Emas jenis apakah yang paling sesuai dan terbaik???
Sudah terlalu banyak pandangan yang kadangkala agak mengelirukan. Di sini, LeYa akan cuba berkongsi sedikit pemahaman secara umum mengenai pelaburan emas yang terbaik yang boleh anda jana pendapatan dengan emas.

LeYa mengharapkan perkongsian ini mampu memberi sedikit penjelasan tentang jana pendapatan dengan emas.

1. Emas fizikal atau bukan fizikal?

Sekiranya korang suka dengan emas fizikal dan tiada masalah untuk menyimpannya, LeYa sarankan untuk anda beli syiling emas dengan gold bar. Diingatkan, Jangan Beli barang kemas untuk pelaburan. Namun, jika berlaku masalah untuk menyimpan dan takut dirompak, LeYa sarankan pula simpanan dengan buka akaun gold saving. Kini, sangat banyak institusi bank yang menawarkan simpanan emas. 

Syiling emas dan gold bar pula korang boleh beli dengan Maybank, Kedai emas atau syarikat pelaburan emas seperti Zenith Gold. Kaedah nak beli pula. Korang perlu perhatikan perbezaan spread harga emas. Cari tempat yang tawarkan spread yang rendah supaya korang boleh maksimakan keuntungan. 

2. Takut nak simpan emas fizikal?

Rasa takut untuk simpan emas secara fizikal?
Kalau korang rasa takut, seperti yang LeYa sarankan tadi, buka akaun simpanan emas korang dengan Bank. Dah sangat banyak bank yang tawar akaun simpanan emas ini. Cuma, sebagai pengguna, cuba kita kaji sedikit isu halal haramnya sebab pelaburan emas yang virtual agak rumit untuk diperjelaskan.

LeYa Blog

Emas telah dianggap sebagai mata wang, komoditi dan pelaburan sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Sama ada dalam mengejar kecantikan serta nilai, harga terus melambung tinggi di pasaran.Terdapat spekulasi di kalangan pelabur mengenai berapa tinggi harga emas akan meningkat dalam pasaran? Walaupun tiada siapa yang tahu, terdapat pendapat yang kuat menyatakan harga emas akan melambung tinggi di pasaran. Bank pusat mengekalkan Wang Kertas dan Emas sebagai simpanan. Menurut Majlis Emas Dunia buat kali pertama dalam satu dekad, Bank Negara mula membeli lebih banyak emas daripada jumlah yang mereka jual. Apabila Bank Negara mula bergerak jauh daripada mata wang kertas dan mengumpul lebih banyak emas, ia telah meningkatkan permintaan untuk logam berharga di pasaran emas antarabangsa, menyebabkan harga emas yang lebih tinggi. Permintaan dunia untuk emas, barang kemas dan tujuan industri memberi kesan kepada harga logam berharga. Setiap tahun kira-kira 78% daripada yang baru dilombong atau dikitar semula barang kemas emas, manakala 12% daripada permintaan untuk kegunaan perubatan dan industri. Dengan pendapatan yang semakin meningkat, ia menarik lebih ramai orang untuk memiliki emas fizikal. Dunia telah melihat peningkatan yang ketara dalam permintaan dan kenaikan harga emas di pasaran.

LeYa Blog

PELUANG MELIBATKAN DIRI DALAM 

PROGRAM SIMPANAN EMAS ZENITH GOLD BERTARAF GLOBAL

ZENITH GOLD KONSEP ETA YANG PERTAMA DI SPOT GOLD INDEKS DUNIA INI PASIF INCOME, AKTIF INCOME NANTI KITA CITER LAIN !

MODAL SERENDAH RM380...
TAK PERLU MAINTAIN ! 
TAK PERLU MAINTAIN !
SISTEM COMPOUNDING 0.5%-2% DAILY
TIADA HAD LIMIT PAKEJ, NAK OPEN ACC 10JUTA USD PUN BOLEH

kalau serius nk ubah lifestyle ke 360 degress
zenith gold pilihan yg tepat

zenith gold is 100% Genuine business, tak perlu MAINTAIN !!
Only a person with +ve thinking will successful in watever they do in their life..
ZENITHGOLDS mengamalkan formula & menawarkan 
"DAILY COMPOUND INTEREST/DIVIDEN".

Formula atau sistem ini yang menyebabkan simpanan kita terpaksa berganda setiap hari.

 Zenith Gold Investment, LeYa Blog

Siapa nak jana income pasif??
Modal RM 380++
Tak payah susah2 cari orang
Tunggu hasil selama 400hari
Dapat keuntungan dari modal yang dikeluarkan
Dapat Duit & Emas
PM kite sembang2 pasal ZenithGold
WHATSAPP/TELEGRAM : 017-6923085

Jumaat, 12 Februari 2016

Promosi Set Couple DeXandra Perfumes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

LeYa Blog

Masih tercari-cari hadiah yang teristimewa buat insan tersayang?

Di sini LeYa ingin kongsikan satu promosi di mana anda boleh memiliki perfume jenama DeXandra sekali dua pad harga RM60 sebotol. 

WoW! Menarik kan. Macam best je... Kalau sebelum ni harga sebotol perfume DeXandra ni RM65. Tapi beli dua boleh dapat RM60. 

Dengan hanya RM120 anda kini sudah memiliki set couple haruman wangian kekal lama dari DeXandra Perfume.

LeYa Blog

LeYa Blog

LeYa Blog

LeYa Blog

LeYa Blog

LeYa Blog

LeYa Blog

LeYa Blog

LeYa Blog

LeYa Blog

LeYa Blog

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Facebook LeSaZa Boutique & Cafe atau anda boleh Whatsapp/Telegram/SMS ke 017-6321680

Khamis, 11 Februari 2016

Koleksi Elrose Dress di LeSaZa Boutique

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

WoW! Marvelous dan cantik-cantik sangat koleksi Elrose Dress ni. LeYa dah pun jatuh hati dengan rekaan Elrose Dress ni. Koleksi ini boleh didapati melalui LeSaZa Boutique & Cafe.
LeYa Blog
Apa yang LeYa suka mengenai Elrose Dress ini ialah konsep tutup aurat sambil boleh berfesyen mengikut peredaran masa kini. Kesemua koleksi yang ditawarkan sangat mudah dipakai dan selesa kerana jenis fabrik kainnya adalah Chiffon / Jasquard Spandex.

LeYa Blog

LeYa Blog

Elrose Dress juga menampilkan rekaan yang moden sesuai dengan peredaran zaman disamping masih mengekalkan syariat Islam sebagai Muslimah di dalam penggayaan fesyen seharian. Terdapat banyak lagi koleksi yang menarik yang boleh didapati melalui FacebookLeSaZaBoutique. Memang boleh berpinar mata untuk memilih koleksi yang menarik.

LeYa Blog

LeYa Blog

LeYa Blog

LeYa pasti kini anda semua mempunyai banyak pilihan koleksi muslimah untuk dibuat pilihan. Senang-senangkanlah diri untuk melihat apa yang dijual di LeSaZa Boutique & Cafe.

*********************************************************************************
Untuk maklumat lanjut, hubungi secara SMS, Whatsapp, Telegram ke 017-6321680
📲
Harga: RM 60 SM / RM 65 SS
Fabric : Chiffon / Jasquard Spandex
Measurement :
Length : 54"
Shoulder : 14.5"
Sleeve length : 23"
Bust : 38"
Waist : 35"
Hips : 38"
Borong RM 45 (untuk 6 helai ke atas)
Postage asing

Rabu, 20 Januari 2016

Wordless Wednesday #1: Kebahagiaan Suami Isteri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ini merupakan "Wordless Wednesday" yang pertama untuk Tahun 2016. Memandangkan pada tahun-tahun sebelumnya LeYa tidak mencatatkan bilangan atau jumlah entry mengenai Wordless Wednesday ini. hehe...

 

 

"Adapun wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang patuh (taat) & memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa:34)

"Keharmonian, kebahagiaan, ketenangan, sakinah, mawaddah & rahmah."

"Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Khamis, 14 Januari 2016

MovieReview: Bajrangi Bhaijaan (2015)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


MovieReview: Bajrangi Bhaijaan (2015) | Filem yang tengah hot di pasaran online yang sedang ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Ramai betul tercari-cari link untuk download filem ini. 

Tak kurang juga LeYa. Kisah yang banyak pedoman dan sedih ini memberi erti buat LeYa menontonnya. 

Sinopsis Bajrangi Bhaijaan
Sebuah filem Drama Bollywood yang mengisahkan tentang seorang gadis Pakistan yang berada di India dan tidak boleh melintasi sempadan untuk pulang ke rumahnya di Pakistan. Kemudian, muncul seorang jejaka India, Pavan yang pemurah dan baik hati untuk membantu beliau menghantarnya pulang ke Pakistan. Dalam masa yang sama, Pavan membantu menyatukan hubungan kekeluargaan gadis itu. Pastinya, banyak masalah yang akan terjadi dalam mengharungi segala onak dan duri sepanjang mereka tempuh liku-liku kehidupan ke sana. Saksikan filem drama bollywood ini secepat mungkin. Hehe...😁

Review Filem Bajrangi Bhaijaan (2015)
Sebuah filem Bollywood berGenre Drama, terbitan Kabir Khan dan dibintangi oleh Salman Khan dan Kareena Kapoor yang telah ditayang pada Aidilfitri tahun lalu.

Details Filem:
Genre : Drama
Terbitan : Kabir Khan
Production : Eros International & Salman Khan Film
Pelakon : Salman Khan, Kareena Kapoor, Nawazuddin Siddiqui
Negara : India
Duration : 154 minit (2jam 34minit)

Link untuk Download/Watch Online Movie Bajrangi Bhaijaan.
http://embedrip.com/?p=225 

Download subtitle juga di sini
http://subscene.com/subtitles/bajrangi-bhaijaan

Semoga anda terhibur dengan filem drama Bollywood ini. 😊😊

Rabu, 13 Januari 2016

Review: Restoran Volcano Shabu Shabu Shaftbury Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama sungguh LeYa menyepikan diri dari dunia blogging. Tidak terlambat untuk LeYa post entry di Tahun Baru 2016 ini memandangkan masih berada di bulan Januari. 

LeYa Blog

Kisahnya bermula pada Disember lepas di mana di pejabat LeYa akan mengadakan satu Majlis Perpisahan buat seorang rakan yang akan berpindah kerja ke tempat lain. Teruja bila mendengar pilihan tempat makan yang berada di Cyberjaya yang jarang-jarang sekali LeYa untuk pergi ke sana. Sorang my friend LeYa bagitahu yang kami akan makan steamboat di satu kedai yang terletak di Shaftbury Square, LeYa mula terasa gedik santai dan melonjak-lonjak untuk pergi. Ntah pape lah LeYa ni kan. Macam mana lah nak kurus kalau makannya sedap-sedap. 

Okay done cerita pasal kekurusan LeYa itu. Dan kami pun pergi menjamu selera di Restoran Volcano Shabu Shabu yang terletak di Shaftbury Square, Cyberjaya. Restoran ni berada di tingkat 3. Senang sangat lah nak jumpa. Naik saje kat tingkat 3, restoran ni berdekatan dengan escalator tengah. Tempat yang sangat kondusif dan selesa. Kalau tak silap LeYa, restoran ini juga terdapat di cawangan lain.


Di sini, anda akan disediakan dengan setiap seorang dapur dan periuk masing-masing. Tak perlu risau untuk berebut-rebut dengan kawan-kawan. Anda pilih, Anda sendiri yang masak dalam pot yang panas itu. Kemudian, keluarkan dan makan. Owh ye... sebelum terlupa, anda juga boleh membuat pilihan sup seperti tomyam, chicken or mushroom. Sambal atau sos cicah yang warna hitam itu adalah sambal yang paling sedap dan superb. Tapi, kalau agak rasa tak tahan pedas, silalah ambil pencicah yang lain ye. hehe... 


Kat atas ni adalah beberapa jenis sos pencicah yang boleh anda sendiri pilih. Rasanya juga boleh lah tahan sedap. Yang pedas-pedas sedap. Yang ala-ala thai pun sedap. Senang cerita memang semuanya sedaplah. 

Kemudian, kita order pula set makanan. Pilih sahaja set makanan beraneka jenis. Chicken, Beef, Vegetarian and Mix, Seafood and banyak lagi. Anda pilih sahaja ikut citarasa anda. Lepas tu lagi, setiap set dilengkapi pula dengan aneka noodle pilihan masing-masing (meehoon, yee mee, mee).

LeYa Blog

LeYa Blog

LeYa Blog

Sangat-sangat lah puas hati dengan layanan dan jenis makanan yang disediakan. LeYa memang suka makan steamboat di Volcano Shabu Shabu ni. Rasa nak datang lagi je bawa family pula... Bagi yang berminat dan berkesempatan untuk turut merasai steamboat yang sangat best ni, boleh la pergi ke

Tingkat 3, Restoran Volcano Shabu Shabu
Shaftbury Square, Cyberjaya

Facebook Volcano Shabu Shabu @ Shaftbury Square