Jumaat, 22 Ogos 2014

Tips Hasilkan Blog Yang Bagus oleh HasrulHassan.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Suka benar LeYa baca entri2 yang terhasil oleh blogger hebat HasrulHassan. Pelbagai tips dan info yang baik dapat dikongsikan bersama buat para blogger untuk lebih maju ke hadapan. Tidak kurang juga, blogger Ben Ashaari, BroFramestone, DenaiHati dan ramai lagi lah blogger yang sudah pun berjaya dalam penulisan blognya. Kagum LeYa sebab dengan hanya menulis di hadapan komputer / laptop / dengan hanya menggunakan smartphone / tabs, mereka ini mampu menjana pendapatan yang lumayan sehingga jumlahnya lebih lagi dari orang-orang yang bekerja makan gaji di pejabat. 

So, untuk itu, LeYa nak kongsikan sedikit maklumat dari HH di mana di blog beliau ada diberikan tips untuk hasilkan blog yang bagus. Actually, terlalu banyak tips tentang blog ni di dalam enjin carian seperti Google. Namun terdetik di hati LeYa untuk kongsikan tips dari HH ini. Mungkin ia sangat menarik dan sebab itu LeYa nak sangat berkongsi dengan anda semua. 

Ada 4 perkara asas untuk hasilkan blog yang bagus menurut HH. Antaranya ialah:

Jenamakan Blog Anda

Walaupun blog anda merupakan sebuah blog peribadi, anda masih lagi dan perlu memikirkan satu jenama untuk blog anda. Jenama ini akan membantu anda untuk menghasilkan entri yang baik, dan menjadikan anda sebagai salah seorang blogger yang dikenali - berdasarkan jenama tadi. Penjenamaan ini bukan setakat pada nama blog, tetapi juga pada reka bentuk blog anda - seperti susun atur dan juga header blog anda. Warna juga memainkan peranan agar blog anda mudah dikenali.

Bukan itu sahaja, cara anda menulis, dari A sampai Z mesti konsisten dengan jenama blog anda tersebut. Jika anda membahasakan diri seperti Mama Z, maka gunakan Mama Z itu sebagai salah satu perincian jenama dalam blog anda. Contoh lain, adalah apa yang anda akan selalu paparkan dalam blog, pastikan elemen2 tersebut yang menjadi keutamaan dan jadikan ia konsisten.

Entri Berkualiti Untuk Semua

Berkualiti tak semestinya panjang, dan juga tak seharusnya terlalu pendek. Ia perlu padat tetapi memenuhi syarat untuk terjemahkan tajuk entri anda. Entri berkualiti ini bermakna entri yang bermaklumat, yang selalunya ditulis dalam bentuk poin atau penyenaraian, contohnya: 5 Langkah Untuk Perbaharuhi Cukai Jalan Dari Rumah atau mungkin 5 Faktor Yang Menjadikan Anak Lelaki Sering Nakal.... dan seterusnya.

Blog Mesti Ada Fokus Tertentu

Jangan terlalu ghairah nak mengejar trafik, pastikan entri-entri di dalam blog anda punyai saling kait walaupun tajuk entri mungkin agak berbeza. Contohnya, blog www.hasrulhassan.com memaparkan kisah, isu dan panduan berkaitan dunia blog Malaysia ... ada tips dan panduan SEO, ada isu berkaitan blogger Malaysia, ada pula petua untuk buat duit .... dan ada pula penyenaraian blog-blog selebriti ... yang semuanya masih lagi relevan dan tercakup dalam satu fokus - iaitu dunia blog Malaysia.

Berasa Seronok Apabila BerblogTension - jangan tulis entri. Nak tulis entri baru mesti dalam keadaan anda gembira dan ceria. Jika anda sedang marah, legakan dan redakan kemarahan anda sebelum anda buat entri mengenai kemarahan anda. Kita mahu menulis sesuatu yang dibaca oleh ramai orang - yang kebanyakkan akan menilai kita dari apa yang kita tulis.


Untuk berasa seronok dalam dunia blog, anda perlu aktif memberi komen dan menjadi amalan melawat blog rakan blogger lain untuk kuatkan komuniti blog anda sendiri. InsyaAllah, bukan setakat anda menambah rakan blogger tetapi ia juga akan bantu anda untuk menemui idea bermutu untuk menghasilkan entri yang berkualiti dan terbaikk....

CC: Terima kasih abang HasrulHassan dalam perkongsian yang bermanfaat ini. Diharapkan rakan-rakan blogger yang masih baru dapat menimbanya dengan hati yang terbuka. 

Khamis, 21 Ogos 2014

Alkisah di Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Sekejap sahaja masa berlalu kan... Pejam celik pejam celik dah nak habis bulan Syawal pada kali ini. Di kesempatan ini, LeYa memohon seribu kemaafan andai ada terkasar bahasa dan tersilap perbuatan di atas rakan-rakan yang sering membaca entri LeYa. 

Pasti anda semua seronok apabila menjelang Raya di mana dapat berjumpa ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai yang jauh terpisah. Berjalan raya bersama beramai-ramai yang setiap tahun ahli keluarga sebelah ibu LeYa akan laksanakan. Kami akan konvoi raya beramai-ramai dari rumah ke rumah sehingga lah lewat malam. Penat tuh memang lah penat.. Tapi bila dah berkumpul ramai-ramai ni dan terasa bahang kemeriahannya, rasa penat itu pun hilang. 

Owh ye!!! lupa LeYa nak beritahu... Pada tahun ini juga LeYa buat pertama kalinya beraya bersama suami kerana pada tahun ini LeYa sudah pun mendirikan rumah tangga pada Mei yang lalu. Perasaan LeYa ketika itu berbaur sedih dan gembira. Kenapa ada sedih? Dan apa yang buat LeYa gembira itu? Sedih kerana tidak dapat beraya di hari raya pertama bersama ibu dan ayah. Gembira kerana sudah bersama suami. Sudah memiliki tanggungjawab sebagai seorang isteri. tanggungjawab yang besar perlu dipikul untuk memberi kebahagiaan dalam rumahtangga selain dari suami.

Aha! cukup-cukup lah LeYa berceloteh panjang untuk kali ini. Di bawah ni ada LeYa selitkan gambar kenangan di hari raya pertama sehingga raya ketiga.

Ahli Keluarga sebelah ibu (masih ramai lagi yang tidak menghadirkan diri ketika ini)

 Cucu-cucu Tok Anjang Ghani 

Bergambar bersuka ria di rumah Tok Chik di Seremban

Adik-beradik nenek bergambar di rumah Tok Lang di Brisu, Melaka

Rumahku di serbu oleh sanak-saudara

Di rumah PakNgah (aku sudah tiada ketika ini...hehe..)

Ibu & Ayah bersama ibu saudaranya di rumah Wan Ibu Aro di Sepang

Hari Raya Pertama bersama sebelah suami di Merlimau, Melaka
Ahli Keluarga Suami

Di rumah Tok Busu dan anak-anaknya serta saudara lain

Pak Itam dan keluarga


Tok Busu bersama anaknya PakNgah & Pak Itam

Selesai sudah kisahku di Hari Raya untuk kali ini. Apa-apa pun LeYa mohon ampun dan maaf sekali lagi jika ada terkasar bahasa dan terguris hati.

Rabu, 20 Ogos 2014

30 Tips Hebat Untuk Hidup Yang Indah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Ambil 10-30 minit berjalan setiap hari & semasa berjalan hendaklah SENYUM.
2. Duduk dalam diam (bertafakur) untuk sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.
3. Apabila anda bangun pada waktu pagi, berdoalah supaya Allah memberi
bimbinganNya untuk anda menjalani hari dengan baik.

4. Makan lebih banyak makanan yang tumbuh di pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan.
5. Minum air dengan banyak.
6. Cuba untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum setiap hari.
7. Jangan buang tenaga yang berharga anda pada gosip, fitnah, kisah-kisah lama dan isu-isu yang negatif atau perkara yang diluar kawalan anda. Sebaliknya laburkanlah tenaga anda pada perkara-perkara yang positif.
8. Bersarapan seperti raja, makan tengah hari seperti seorang putera dan makan malam seperti kanak-kanak.
9. Hidup ini adakalanya tidak adil, tetapi ia masih baik. Jadi fikirkan yang baik-baik.
10. Hidup ini terlalu singkat bagi membuang masa untuk membenci sesiapa. Maafkan segala-galanya!
11. Jangan terlalu serius pada diri sendiri. Relaks.
12. Anda tidak perlu menang bagi setiap hujah. Bersetuju untuk tidak bersetuju.
13. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak akan merosakkan masa depan anda.
14. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain.
15. Tiada siapa yang bertanggungjawab untuk kebahagiaan anda kecuali diri anda sendiri.
16. Jangan mengulangi kesilapan masa lampau.
17. Bantu golongan yang memerlukan. Murah hati. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Be a ‘Giver’ not a ‘Taker’.
18. Apa yang orang lain fikir tentang anda, itu bukan masalah anda. Biarkan!
19. Masa yang akan menentukan segalanya. Berusahalah tanpa jemu.
20. Walau baik atau buruk suatu keadaan itu, ia pasti akan berubah.
21. Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Keluarga yang akan menjaga jadi sentiasalah berhubung dan berkomunikasi.
22. Hasad dengki adalah satu pembaziran masa. Jauhinya!
23. Setiap malam sebelum tidur, berdoalah kepada Allah dan bersyukurlah untuk apa yang anda telah capai pada hari tersebut!
24. Ingatlah bahawa hidup anda sangat diberkati.
25. Memaafkan diri sendiri & orang lain dan tidur dengan hati yang bersih.
26. Fikirkan yang baik-baik tentang orang lain bukan fikirkan yang buruk atau berprasangka.
27. Bersyukur untuk semua perkara-perkara yang kecil supaya anda boleh menghargai perkara-perkara besar.
28. Sentiasa gembira dan beri tumpuan kepada perkara yang positif.
29. Sentiasa memperbaiki kelemahan diri.
30. Kongsikan tips ini kepada rakan-rakan yang berada dalam senarai anda.
Hidup Itu Indah

Selasa, 22 Julai 2014

Jom Sihat dengan Mineral Coffee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mineral Coffee adalah minuman kopi segera keluaran Hai-O Marketing. Diformulasikan dengan adunan biji kopi Robusta dan Garam Buluh untuk menghasilkan minuman kopi yang enak dan kaya dengan garam mineral yang diperlukan tubuh.

Mineral Coffee dipaket kecil agar mudah dibawa kemana-mana. Setiap kotak berharga RM26.50 (Semenanjung) atau RM27.50 (Sabah/Sarawak) mengandungi 20 paket minuman.

Mineral Coffee semakin dikenali dan diminati di seluruh Malaysia serta luar negara seperti Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia termasuklah negara Eropah dan Timur Tengah. Ia bukan sahaja memberi anda kepuasan kopi sebenar malah manfaat kesihatan yang tidak ternilai.

Ramai rakyat Malaysia telah mencuba dan terus meminum Mineral Coffee kerana ia membantu mengurangkan masalah kesihatan yang dihidapi seperti masalah penghadaman, senggugut, gastrik dan sebagainya.


Mineral Coffee mengandungi nutrien yang baik untuk kesihatan

Kebaikan Meminum Mineral Coffee
  • memberi tenaga dan kecergasan sepanjang hari
  • menghilangkan rasa keletihan badan dan sengal sendi
  • mengurangkan masalah sebu ulu hati akibat masalah gastrik
  • membantu mengurangkan masalah sakit kepala akibat migrain
  • membantu mengurangkan sakit senggugut
  • membantu melegakan masalah kulit seperti jerawat badan dan ekzema
  • mengurangkan alahan seperti resdung dan alahan kulit
  • membantu mengurangkan masalah sukar tidur
  • membantu anda tidur lena diwaktu malam
  • mengurangkan masalah buasir dan sembelit
  • khasiat garam buluh untuk membantu merawat penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dsb

Peluang Perniagaan Mineral Coffee
Mineral Coffee sememangnya bagus untuk kesihatan. Pasaran untuk minuman kopi sangat besar dan anda juga boleh mengambil peluang ini sebagai usahawan Mineral Coffee. Selain untung runcit yang tinggi, anda juga diberi komisen jualan dan berpeluang melancong ke luar negara secara percuma.

Latihan serta bantuan untuk memasarkan produk Mineral Coffee ini disediakan sepenuhnya. Hubungi saya untuk tempahan atau maklumat lanjut mengenai peluang perniagaan ini:

Mineral Coffee

Isnin, 21 Julai 2014

Iftar Bersama Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ini kisah semalam yang berlaku di rumah bapa saudara LeYa di Seremban...
Sempena kepulangan anak dan menantunya serta cucu barunya dari Mesir, kami meraikan dengan mengadakan majlis iftar beramai-ramai dengan sanak-saudara berkumpul di situ..

So, apa lagi....kami makan dengan meriah sekali... Juadah makanan banyak dihidangkan...
Selesai berbuka puasa, kami solat berjemaah beramai-ramai.

Sebelum pulang, membantu tuan rumah kemas2 ape yang patut dan meminta diri untuk pulang ke rumah masing-masing...

Persiapan sebelum majlis Iftar

Sempat bergambar dengan cucu baru

Suasana sibuk dan meriah dengan gelak tawa kaum keluarga

Majlis Iftar berjalan lancar

Rabu, 16 Julai 2014

Sudah Lama Tak Menulis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah sekian lama tak menulis di blog ini. Sudah dekat sebulan juga lah tak menulis. Mesti dah bersarang punye blog ni... hehehe...

Sudah 18 Ramadan kita umat Islam menunaikan kewajipan. Raya pula sudah menghampiri. Sekejap sahaja masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari. 

Menjelang Aidilfitri ni, pasti ramai sibuk menyiapkan persiapan raya dengan mengemas rumah, membeli pakaian baru, membuat kuih raya dan macam-macam lagi. Kalau nak diceritakan di sini, pasti rakan2 akan bosan nanti bace panjang2... hahaha...

Owh...ye... Raya kali ni LeYa sudah berdua. Bersama suami tersayang menyambut lebaran yang penuh keberkatan ini. Emmm.... alhamdulillah, sepanjang LeYa menjadi isteri kepada suami LeYa ni, LeYa masih menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaiknya... ecececehhh...

Ok lah kawan2, LeYa malas nak tulis panjang2. Di sini LeYa nak ambil kesempatan seawal mungkin nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI". Maaf zahir & batin kepada rakan2 blogger yang tertunggu-tunggu entri dari blog ini.