Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Good Virtues Co., Jenama produk Halal Clean Beauty dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia telah memperkenalkan cara baharu untuk menikmati kelebihan Habbatus Sauda menerusi secawan kopi. Buat julung kalinya ia berkerjasama antara Richiamo Coffee dan Watsons Malaysia yang mana ia menggabungkan elemen kesihatan, kecantikan, minuman dan ruang beli-belah.

Kerjasama ini memperkenalkan siri minuman pertama di Malaysia yang kaya dengan Habbatus Sauda, dihasilkan bersama Richiamo Coffee dan juga diinspirasikan oleh bahan utama Good Virtues Co. Kolaborasi ini berkonsepkan 'Rejuvenate Your Skin, Awaken Your Senses', menyunting semangat meraikan kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalaman. Good Virtues Co. menawarkan rangkaian penuh produk penjagaan diri untuk wawjah, rambut dan badan. Produk Good Virtues Co. bukan sahaja membersih, malah menyihatkan badan. Good Virtues Co. menggalakkan kita untuk 'Celebrate Your Noor' yang bermaksud meraikan kecantikan dalaman & luaran dalam kalangan wanita muslim. Pada masa yang sama, minuman Habbatus Sauda dari Richiamo Coffee membantu menyegarkan dari dalam, sekaligus menyerlahkan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam.

Siri minuman Habbatus Sauda ini dicipta khas untuk memberi manfaat melalui cara yang lebih menyegarkan dan mudah dinikmati. Dengan pilihan kopi dan bukan kopi, setiap minuman memberi detik keselesaan dan berkhasiat sama ada dinikmati secara panas atau sejuk. Kini, siri minuman ini boleh didapati di semua cawangan Richiamo Coffee.


“Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Good Virtues Co.–sebuah jenama yang berkongsi semangat kami dalam mencipta sesuatu yang berteraskan nilai tempatan,”menurut Dato’ Muhamad Zamry, Pengarah Urusan Richiamo Coffee Sdn Bhd.“Sebagai jenama kopi pertama di Malaysia yang memperkenalkan minuman berasaskan Habbatus Sauda, kolaborasi ini merupakan satu penanda aras bagi kami–menampilkan bahan yang dikenali dengan penuh kebaikan dan manfaatnya, terutama dalam kalangan muslim. Dengan adanya kerjasama ini, kami berharap dapat menyampaikan rasa keselesaan dan keakraban dengan cara baharu–menggabungkan kecantikan, kesihatan dan rasa dalam setiap cawan untuk dinikmati setiap momen kehidupan seharian.”
Good Virtues Co. boleh didapati secara eksklusif di lebih 700 cawangan Watsons seluruh Malaysia sejak 10 tahun lalu, menjadikannya salah satu jenama pilihan Halal Clean Beauty dalam kalangan generasi muda wanita Muslim. Watsons Malaysia kini terus menjadi rakan kongsi jualan yang dipercayai dan penting buat Good Virtues Co., dengan kehadiran yang kukuh di pasaran dan menyediakan pelbagai pilihan produk kecantikan serta penjagaan diri yang mesra pengguna.

Good Virtues Co., Richiamo Coffee dan Watsons Malaysia bersatu dalam kolaborasi ini dengan matlamat bersama memperkenalkan Habbatus Sauda dengan cara dari dalaman dan luaran.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.goodvirtuesco.com dan ikuti juga laman media sosial di Instagram dan Tiktok @goodvirtuesco.