Isnin, 8 Februari 2021

Kulit Wajah Kekal Cantik dan Bersih dengan Cosmoderm Perfect Balanced

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Haiii... Sekiranya anda sedang tercari-cari atau memilih produk skincare terbaik, inilah tempat yang betul untuk anda kenali. Teruskan membaca sehingga selesai.

Kenapa Guna Produk Kecantikan?

Hampir kesemua wanita mengimpikan kulit wajah yang cantik, mulus dan cerah. Tetapi tidak tahu dan tidak pasti dengan lambakan produk kecantikan manakah yang sesuai dengan wajah.

Sebenarnya, nak diikutkan memang banyak je produk kecantikan yang selamat dan berkesan boleh didapati. Salah satunya yang akan LeYa terangkan adalah Cosmoderm Perfect Balanced dari Cosmoderm Skin Lab.

Sebelum melangkah lebih jauh lagi, eloklah kiranya anda tahu serba sedikit Apa itu Cosmoderm Perfect Balanced ni? Cosmoderm Perfect Balanced ni merupakan produk penjagaan kulit wajah dan berfungsi untuk cantik dan sihatkan kulit wajah kita. Cosmoderm Perfect Balanced memiliki 4 set yang di antaranya adalah Perfect Balanced Foaming Cleanser, Perfect Balanced Toning Lotion, Perfect Balanced Soothing WOW Cream dan Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA++. Ia juga mengandungi Prebiotic dan Calamine.

Apa itu Prebiotic dan Calamine?

Prebiotic dapat membantu mencerahkan kulit dan mengimbangkan ekosistem mikrobioma kulit dengan memberi perlindungan kepada kulit lebih konsisten. Calamine pula bertindak meredakan kerengsaan kulit seperti kegatalan dan kemerahan serta dapat mengurangkan masalah kulit berminyak.

Cosmoderm Perfect Balanced bebas daripada Paraben, fragrance, SLS/SLES dan pewarna tiruan. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensetif. 

4 Set Cosmoderm Perfect Balanced

1) Perfect Balanced Foaming Cleanser


Langkah pertama dalam penjagaan kulit wajah adalah pencuci muka. Fungsi Perfect Balanced Foaming Cleanser adalah membersihkan kulit wajah, mengurangkan lebihan minyak dan kemerahan seterusnya menyerap nutrien kepada kulit.

Langkah 1 : Tekan sedikit Perfect Balanced Foaming Cleanser ke tapak tangan dan sapukan perlahan-lahan ke kulit wajah. Kemudian, bilas dengan air bersih.

2) Perfect Balanced Toning Lotion

Setelah mencuci wajah dengan bersih, ratakan kulit wajah dengan Perfect Balanced Toning Lotion. Ia diformulasikan dengan Calamine dan 20,000ppm prebiotik yang berfungsi meredakan kemerahan, meningkatkan kelembapan, merangsang keupayaan penyerapan kulit dan sebagai ketahanan semulajadi dengan mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit.

Langkah 2 : Tuang sedikit Perfect Balanced Toning Lotion ke tapak tangan. Ratakan perlahan-lahan ke kulit wajah. Pastikan sebelum guna digoncang dahulu.

3) Perfect Balanced Soothing WOW Cream

Ini pula merupakan pelembap kepada kulit wajah anda. Perfect Balanced Soothing WOW Cream diformulasikan juga dengan calamine dan 30,000ppm yang berfungsi menyegarkan dan melegakan kulit seterusnya memperbaiki daya ketahanan kulit kita.

Langkah 3 : Sapukan krim secara rata ke kulit wajah dan leher. Ia sesuai digunakan pada waktu siang dan malam.

4) Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA++

Set yang terakhir merangkap langkah terakhir yang perlu anda lakukan. Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA++ berfungsi melindungi kulit kita daripada bahaya sinaran UVA dan UVB.

Selain itu, ia mampu meningkatkan perlindungan permukaan kulit daripada sinaran cahaya matahari dan mengatasi masalah kulit kering.

Langkah 4 : Sapukan rata ke seluruh kulit wajah.


Setelah seminggu LeYa consume menggunakan Cosmoderm Perfect Balanced ni, dapat LeYa rasakan kulit wajah kelihatan lebih anjal dan bersih. Jadi, ia memang betul-betul serasi dengan kulit LeYa yang agak cliche dengan produk-produk kecantikan yang berada di luar. 

So, pada anda yang betul-betul berminat untuk dapatkan Cosmoderm Perfect Balanced ni, boleh dapatkannya di semua rangkaian farmasi termasuk Watson dan Guardian. Selain itu anda juga boleh dapatkannya di platform online Cosmoderm Official Website seperti

Website | Facebook | Instagram | Shopee

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com