Jumaat, 17 Julai 2020

Kisah Cinta Tiga Segi Oktovia Manrose Dalam Drama Bila Cupid Jatuh Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila Cupid Jatuh Cinta yang dibawakan khas oleh Vaseline telah pun mula bersiaran di TV3 pada 4 Julai 2020, setiap hari Sabtu selama satu jam pada pukul 9.00 malam. Drama penuh romantis yang mempunyai 10 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Production dan diarahkan oleh Bahri Uma. Ia juga membariskan Aiman Hakim Redza dan Oktovia Manrose sebagai pelakon utama. Selain itu, turut menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Elfira Loy, Ikmal Amry, Sham Visa, Sharmaine Farouk, Sharifah Husna, Bella Dowana, Dynas Mokhtar, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi.


Sinopsis Bila Cupid Jatuh Cinta

Fira (Oktovia Manrose) menerima tugasan daripada bosnya, Puan Suraya (Sharmaine Farouk) untuk mencarikan jodoh untuk Dani, anak kepada rakan karibnya. Di saat bertemu Dani, Fira terjatuh hati pada Dani tetapi dia hanya menyimpan perasaannya untuk bersikap profesional sebagai ejen mencari jodoh.


Haris (Ikmal Amry), anak kepada Puan Suraya mula rasa bimbang kerana dia sebenarnya menyukai Fira dalam diam. Haris mula rasa tergugat dengan Dani. Kegagalan Fira untuk melawan perasaannya menyebabkan Fira tidak tentu arah. Malahan, Fira sanggup menemukan Dani dengan calon palsu agar dapat memberikannya lebih banyak masa untuk memenangi hati Dani.

Fira mula berubah untuk menepati ciri-ciri wanita idaman Dani. Calon yang dicarikan oleh Fira nampaknya padan dengan Dani apabila hubungan Dani dengan Sara (Sharifah Husna) bermula dengan baik. Fira rasa kecewa dan mula menerima hakikat cinta Dani tidak akan menjadi miliknya. Namun, Dani tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Sara.


Dani bersemuka dengan Fira dan mengatakan dia tahu akan rancangan Fira yang sengaja mencarikan calon yang tidak sesuai untuknya. Fira menidakkannya dan mempertahankan diri dengan mengatakan Sara ialah calon paling sesuai untuk Dani. Pada masa yang sama, Haris telah meluahkan isi hatinya dan berusaha untuk memikat hati Fira. Apakah kesudahan kisah cinta mereka?


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Bila Cupid Jatuh Cinta yang dibawakan khas oleh Vaseline pada setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 dan juga strim di laman portal www.tonton.com.my 

Ikuti juga tontonan secara online di link Youtube TV3 Malaysia di bawah

EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7
EPISOD 8
EPISOD 9
EPISOD 10

6 ulasan:

  1. Sekarang memang jarang dah tengok TV. Astro pun rasa nak unsubscribe je dah. Tunggu habis kontrak je.

    Masin ada web macam ni senang nak tengok cerita-cerita TV yang menarik dan terpilih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul. LeYa pun kadang tonton secara online je. Sebab kadang time dekat tv tu tak kena dengan time kita kan.

      Padam
  2. Elfira loy berlakon balik ke?? Nampak dagu dia meriah nya.. hahah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... LeYa pun tak perasan tentang dagunya..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com