Selasa, 20 September 2016

Road Tour #Core2BeFit Ke Segamat,Johor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Core2BeFit adalah sekumpulan anak muda yang menjalankan aktiviti sukan Freeletics yang semakin meluas di bumi Malaysia. Diasaskan oleh Mohd Firdaus bin Ishak yang mana seringkali memberi nasihat-nasihat positif kepada ahli didikannya agar sentiasa bersemangat kental dalam menangani apa sahaja tugas yang dilakukan. 


Pada 27 Ogos yang lalu bersamaan Hari Sabtu, LeYa dan suami, Mr. Otomen Taro diberi peluang untuk membuat sedikit liputan mengenai komuniti Core2BeFit tentang sukan Freeletics yang dilaksanakan mereka. Sempena penjelajahan mereka ke seluruh Malaysia, pada hari itu telah berlangsung di Dataran Segamat, Johor.

Dalam artikel lama LeYa, ada menerangkan sedikit pengenalan mengenai sukan Freeletics ini. Boleh rujuk Di Sini. Kini, artikel LeYa lebih memfokuskan mengenai komuniti Core2BeFit sebaai tanda semangat berkobar melihat kelincahan mereka melakukan setiap aktiviti yang dijalankan.

Pada hari itu, banyak aktiviti telah dijalankan. Peserta yang terlibat tidak melepaskan peluang yang ada untuk turut serta. Peserta kelihatan bersemangat untuk menjaga kesihatan diri bersama komuniti Core2BeFit. Coach yang hadir juga sangat peramah dan friendly bersama protege baru mereka.

Pelbagai aktiviti sukan bersama team komuniti Core2BeFit ada LeYa sertakan di gambar bawah. Peserta-peserta kelihatan bersemangat walaupun dalam keadaan letih.









Pengasas atau Founder bagi komuniti Core2BeFit, Mohd Firdaus bin Ishak sangat berkarisma dan berusaha keras dalam menjayakan komuniti beliau melalui persahabatan yang terjalin daripada aktiviti sukan freeletics yang dianjurkan di setiap negeri dalam Malaysia.

Tidak ketinggalan juga penaja-penaja hebat yang turut serta memeriahkan komuniti Core2BeFit di Dataran Segamat adalah Team DietLicious. Team Dietlicious merupakan pakar pemakanan yang terunggul di Malaysia berkenaan pemakanan gaya hidup sihat.

Antara jualan makanan sihat yang ada dibawa bersama ke Dataran Segamat boleh dilihat di gambar rajah di bawah. Harga yang berpatutan dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.


 
 

Alhamdulillah, rezeki LeYa dan Otomen sekali lagi, pabila salah seorang peserta freeletics di Dataran Segamat adalah pemilik sebuah cafe terkemuka di Segamat, Johor. Cafe & Dessert Ngeteh Port, yang dimiliki oleh salah seorang peserta tersebut. Beliau telah menaja kami sarapan pagi yang sangat enak. Disaji dengan durian segar dari kampung dan hidangan sarapan ala Italy, roti parata, LeYa rasa sangat kenyang dan bersyukur dengan rezeki yang diperolehi hari itu.




Bersama pemilik restoran

Sebelum berakhir aktiviti sukan freeletics bersama komuniti Core2BeFit, LeYa memohon semua yan hadir untuk turut serta dalam sesi fotografi sebagai tanda penghargaan yang tidak ternilai kerana telah memberi LeYa dan Otomen untuk membuat liputan mengenai sukan freeletics ini.


Barisan coach komuniti Core2BeFit yang gagah dan bersemangat waja

LeYa amat bertuah kerana diberi peluang yang tidak terhingga ini untuk membuat liputan kali kedua mengenai freeletics dan sekaligus memperkenalkan Team Komuniti Core2BeFit yang sangat hebat ini. Jom turut serta mengamalkan gaya hidup sihat mulai hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak di bawah:-

Related Posts:

  • Syukur Tiada Rambut Gugur Lagi Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Secara lazimnya, kita akan mengalami keguguran rambut dalam 50 - 100 helai setiap hari. Ini adalah normal dan jika ia berlaku secara berlebihan, perlu dirawat dengan segera. Ramb… Read More
  • Kurangkan Berat Badan Dengan Min Kaffe + Garlic Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Berat badan berlebihan pada tubuh? Kolesterol berlebihan dalam tubuh badan? Dah pernah periksa kadar kolesterol dalam badan anda? Risau dengan masalah kegemukan yang dialami? Ser… Read More
  • 23 Perkara Yang Membuatkan Anda Ghairah Dengan McD Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 1. You get a weekly craving for it that must be fulfilled no matter what 2. You think it's totally worth it to buy multiple Happy Meals at once to get all the different toys one-s… Read More
  • 11 November: Lazada Online Revolution 2016 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Hari ini 11 November 2016 bermula lah acara jualan "Lazada Online Revolution" selama sebulan sehingga 12 Disember 2016. Lazada Online Revolution ini adalah acara tahunan online store… Read More
  • Pencarian Protege November 2016 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Hai korang.... Terima kasih ye sebab sudi follow blog LeYa.. Mahu ubah EKONOMI anda?? Mahu jana pendapatan tambahan?? Tercari-cari bisnes online yang sesuai?? Apa kata...… Read More

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com