Wednesday, 29 April 2015

Penulisan dari Seorang Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap sahaja masa berlalu kan. Dah penghujung bulan April. Tak lama lagi dah nak menjelang bulan Ramadhan... Emmm... Sudahkah anda semua mempersiapkan diri untuk Ramadhan yang akan datang ini? Bagi wanita yang sudah mencapai akil baligh, sudahkah anda menggantikan puasa yang tertinggal? Tidak ketinggalan juga buat kaum lelaki yang mungkin ada di antara kalian yang meninggalkan puasa atas sebab2 tertentu. Anda diwajibkan untuk menggantikannya semula sebelum anak bulan Ramadhan pada tahun ini muncul. 

LeYa Blog

LeYa ternanti-nantikan Ramadhan kali ini membawa seribu keberkahan dalam hidup LeYa. Alhamdulillah, hampir setahun LeYa bergelar seorang isteri, rezeki LeYa bertambah sedikit demi sedikit. Bermula dengan episod LeYa mendapat jawatan di LHDN Cyberjaya dan kini LeYa mengaktifkan kembali blog LeYa ini, apabila diberi peluang untuk join Blogger Area Media Expert atau B.A.M.E. yang dipelopori oleh Tuan Blogger Area. B.A.M.E. ini bertujuan membantu golongan-golongan blogger baru atau bawahan seperti LeYa yang ingin mencari sedikit ilmu dalam bidang advertorial. Malah, di samping itu juga, dapat menambahbaik trafik blog yang mungkin selama ini tidak begitu memberangsangkan. LeYa sendiri akui kadang-kadang dalam menulis, mood LeYa lari jauh ke laut. Sebab itu terkadang blog LeYa akan sepi tanpa entri-entri atau kisah yang menarik dari LeYa.

LeYa bersyukur atas kurniaan dari Ilahi kerana diberi bakat dan kemahiran dalam penulisan. Sehingga kini LeYa masih menulis di blog buruk ini yang hampir mencecah 6 tahun di dunia maya. Jatuh bangun LeYa dalam dunia blogging sudah dirasai dan LeYa sedar betapa pentingnya trafik blog kepada seorang blogger. Mana mungkin seorang blogger sengaja menulis tanpa pedulikan trafik di blog mereka. Bilamana seseorang blogger itu hanya sekadar menulis untuk suka-suka, namun jauh di sudut hati mereka inginkan ada yang akan membaca coretan isi hati mereka itu. Tidakkah betapa pentingnya trafik blog terhadap mereka yang bergelar blogger. 

LeYa Blog

Bagaimana nak dapat trafik blog yang konsisten?

Ahahaha... soalan cepu emas buat LeYa. LeYa sendiri yang kadang-kadang ada masa tidak menulis dalam blog ini. Namun, soalan ini juga yang diutarakan. Tapi, dari penelitian LeYa, sesebuah blog yang inginkan trafik secara konsisten, perlulah mempunyai penulisan yang mantap, padat dan tahu tujuan asal dalam menulis. Kenalpasti niche blog anda. Apa yang anda ingin tulis di blog anda. Kemudian, rajin-rajin beri komen di setiap blog yang dilawati dan meninggalkan jejak untuk para blogger lain menjejaki blog kita semula. 

LeYa bukanlah seorang blogger yang terkenal. Namun, di sebalik LeYa Blog yang sudah bertapak 6 tahun ini, LeYa banyak belajar dalam pelbagai bidang. Antaranya, memantapkan lagi penulisan, bertemubual dengan rakan maya, melihat sendiri perkara baik buruk dalam menjalankan aktiviti di alam maya serta mengetahui sedikit demi sedikit ilmu perniagaan secara online. Tidak dinafikan lagi, LeYa belajar tentang ilmu perniagaan di dunia blogging ini. LeYa melihat bagaimana dan cara mereka boleh berjaya. Pembacaan yang teliti untuk dicontohi yang mana baik dan jauhi yang mana buruk. 

Penulisan yang kreatif mampu menjana pendapatan buat seorang blogger sehingga mencecah ribuan ringgit. Jadi, tidak hairan dunia serba moden ini, ada di kalangan kita, dengan hanya duduk di rumah boleh jana pendapatan beribu ringgit. Bila ditanya buat apa. Dengan menulis blog sahaja, mereka dapat memperolehi wang sebanyak itu. Kagum dengan mereka. LeYa sendiri tidak sampai ke tahap itu. LeYa masih lagi bekerja makan gaji dan menulis di blog ini di waktu lapang sahaja. 

LeYa Blog

Pelbagai cara dan kaedah untuk kita menjana pendapatan di zaman serba moden ini. Hanya kerajinan, keazaman dan ketekunan kita melakukan sesuatu kerja, barulah segala impian yang selama ini dipendam tercapai dengan jayanya. Syabas dan tahniah LeYa ucapkan buat para blogger di luar sana yang telah pun berjaya menjadikan medium blog sebagai kerjaya anda. LeYa salute dengan anda lebih-lebih lagi lelaki yang sanggup berhenti kerja dan duduk di rumah dengan menjalankan aktiviti blogging ini.

Kredit Gambar dari Mr. Google. Terima Kasih Mr. Google kerana memberi gambar2 yang menarik untuk LeYa paparkan di sini.
Reaksi kOrang:

2 comments:

  1. Salam singgah, rezeki tu kita tak tahu Tuah ayam di kaki, tuah manusia siapa tahu.. jom terjah>>
    http://studioous.blogspot.com/2015/04/jom-shopping-butik-muslimah-di-zalora.html

    ReplyDelete
  2. Suka Am dengan artikel ni.. blogger juga boleh dijadikan satu kerjaya yang profesional. Am tahu ramai blogger yang yang telah berjaya menjadikan blog sebagai kerjaya atau senang cerita sumber pendapatan yang tetap. Insya Allah leeya juga akan jadi seperti tu juga

    ReplyDelete