Selasa, 27 Januari 2026

Rahsia Kulit Sihat & Segar dengan Rawatan Skin Booster Micro Stem Cell DNA Salmon

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera... 

Hai korang... Kali ni LeYa nak kongsi dengan korang semua satu rawatan estetik moden iaitu Skin Booster Micro Stem Cell DNA Salmon yang kini mendapat perhatian ramai sebagai salah satu rawatan premium yang fokus kepada skin repair, anti-aging dan skin rejuvenation secara semulajadi. 

Seperti kita tahu, rawatan ini sangat popular dalam kalangan mereka yang nak kulit sihat, glowing dan awet muda tanpa kelihatan berlebihan. Jom LeYa tunjukkan proses rawatan LeYa dengan Skin Booster Micro Stem Cell DNA Salmon ni beberapa minggu yang lalu. 

Rahsia Kulit Sihat & Segar dengan Rawatan Skin Booster Micro Stem Cell DNA Salmon

Kulit yang sihat bukan sekadar bergantung pada skincare luaran semata-mata. Kadang-kadang, kulit perlukan rawatan dari dalam untuk bantu proses pemulihan dan regenerasi secara semula jadi. Salah satu rawatan yang popular yang LeYa dah jalani ialah Skin Booster Micro Stem Cell DNA Salmon. 

Rawatan ini menggunakan DNA salmon yang diproses dalam bentuk micro stem cell untuk membantu meningkatkan kelembapan kulit, memperbaiki tekstur dan menyokong penghasilan kolagen. Hasilnya, kulit kita akan nampak lebih anjal, licin dan berseri secara natural, bukan sekadar kesan sementara. 





Apa yang menarik dan LeYa suka tentang skin booster ini ialah kesannya yang lembut dan tidak keterlaluan. Ia amatlah sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kukit kusam, kering, pori kelihatan besar atau kulit yang kelihatan penat akibat stress dan faktor persekitaran. 

Selain daripada itu juga, ia membantu menjadikan kulit lebih lembap. Rawatan ini juga sering dikaitkan dengan kesan glow yang sihat dari dalam. Kulit bukan sahaja nampak lebih cantik, malah terasa lebih segar dan kenyal apabila disentuh. 


Kelebihan & Manfaat Rawatan DNA Salmon

Antara manfaat untuk rawatan ini termasuklah:
  • Meningkatkan kelembapan dan hidrasi kulit
  • Membantu pembaikan skin barrier
  • Merangsang penghasilan kolagen dan elastin
  • Mengurangkan garis halus dan tanda penuaan
  • Memperbaiki tekstur kulit dan penampilan pori
  • Membantu pemulihan kulit rosak akibat jerawat atai faktor persekitaran






LeYa boleh katakan yang kesimpulan dari aktiviti rawatan yang LeYa lakukan tempoh hari adalah Skin Booster Micro Stem Cell DNA Salmon boleh menjadi pilihan untuk mereka yang ingin memperbaiki kualiti kulit secara berperingkat dan semula jadi. Seperti rawatan lain, LeYa sarankan untuk korang lakukan di klinik yang bertauliah dan dapatkan juga nasihat profesional sebelum melakukan rawatan. 

Owner The Beauty Expert & Aesthetics Academy


The Beauty Expert Aesthetics & Academy Cheras

1st Floor, No 14B, Jalan Suadamai 1/2, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

Waktu Operasi :

Isnin (9.30am - 6.30pm) 

Sabtu & Ahad (9.00am - 6,00pm)