Monday, 22 July 2019

Tonton Online Drama Opsss...Terpikat Cik Sombong (Full Episode)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama LeYa tak kongsi dengan para pembaca semua koleksi drama yang menarik untuk ditonton kan. Kali ni LeYa nak kongsi satu drama yang telah pun disiarkan di Unifi TV: HyppSensasi saluran 116. Drama ini merupakan adaptasi novel Opsss Terpikat Cik Sombong karya Cici Aida yang menampilkan gandingan Shukri Yahaya dan Dayang Areeda dalam drama 30 episod arahan Khalid Nadzri. 


Sinopsis Opsss... Terpikat Cik Sombong

Ira Harisya merupakan gadis cantik, manis dan penuh bergaya dengan mempunyai aura memikat. Namun begitu, Ira Harisya sangat benci kepada lelaki yang suka mengambil kesempatan pada perempuan cantik sepertinya. Lebih-lebih lagi lelaki itu Zeid Farhans.

Bengang! Benci! Meluat! Tiga rasa bersatu dalam hati Ira Harisya bila Farhans bekerja sebagai pemandu peribadi Tan Sri Rashid. Ingat dia hairan sekalipun depan mata dia tu cucu lanun. Silap besarlah. Berani cuba nak dekat-dekat dengan dia memang merasa lah punching bag dia.

Berkahwin, bukanlah pilihan terakhir Farhans. Tapi sebagai lelaki yang bertanggungjawab, dia memilih untuk menjaga Ira Harisya. Berbeza dengan Ira Harisya, hanya kesakitan yang dibawa sehingga ke gerbang perkahwinan.

Bila keputusan sudah dibuat Tan Sri Rashid, tiada siapa yang mampu membantah termasuk Ira Harisya. Benci hatinya tidak mampu diungkapkan. Makin terluka bila Farhans menjadi suaminya. Suami yang tidak dirancang. Namun bagi Farhans, itulah permatanya. Itulah berlian yang berkilauan sangat mahal. Dia suka Ira Harisya. Selamanya akan suka! Opsss... Dia sudah terpikat pada Cik Sombong. Tetapi tidak pada Ira Harisya. Bila dia kata tak suka, bermakna selamanya dia tak akan suka! Apakah kesudahan cerita mereka? Jom saksikan!

Watak Pelakon 

Shukri Yahaya sebagai Hans
Dayang Areeda sebagai Ira Harisya
Nafiez Zaidi sebagai Tengku Reez
Ariff Aziz sebagai Imran
Liza Abdullah sebagai Puan Sri Marlia

Tonton Drama Opsss... Terpikat Cik Sombong Di Sini

Reaksi kOrang:

16 comments:

  1. wah shukri yahya hero dia. kak ana suka tgk dia berlakon. nak layan lah citer ni nanti.

    ReplyDelete
  2. Terimakasih infonya, thanks for sharing..

    ReplyDelete
  3. mcm best, pelakon pon mcm best, mcm kena tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila tengok sekarang.. Ade dah bg video kat atas tu

      Delete
  4. akak mmg minat lakonan Syukri Yahya nii...cukup mendalamni watak kan hehee

    ReplyDelete
  5. Tak layan pun cerita ji.. sbb dab lama tak tgk tv..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..leya pun tertengok hari tu kat hypp sensasi

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com