Memaparkan catatan dengan label Dekorasi Rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dekorasi Rumah. Papar semua catatan

Rabu, 22 Mei 2024

Aktiviti Harian Yang Penuh Dengan Mengemas Rumah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Aktiviti harian LeYa bila berada di rumah, of course lah akan mengemas rumah yang tak pernah habis tu... Rasa penat memang ada, tapi cukup puas bila tengok rumah kediaman kita bersih, kemas dan teratur. LeYa ni lah jenis tak suka tengok rumah bersepah dan susah nak berpuashati kalau orang lain yang buat. Sebab tu lah tak minat lagi nak ada pembantu rumah. Lebih lah elok buat sendiri sorang-sorang kan...


Setiap hujung minggu, LeYa akan buat spring cleaning... Semua barang-barang yang ada dalam almari, LeYa akan keluarkan dan kemudiannya lap bersih-bersih. Then, barulah susun semula elok-elok. Syukur juga ada anak dara dan Mr. H. Ringan jugalah kerja LeYa kan. 


Alhamdulillah... Siap juga aktiviti mengemas rumah LeYa dan keluarga kecil LeYa ni. Rumah LeYa ni simple dekorasi je. Sebab LeYa tak suka serabut-serabut sangat. Nanti pening. Yang penting balik dari tempat kerja, rumah bersih, tenang dan kemas. 

Ok lah... LeYa stop dulu dekat sini. Nanti esok lusa sambung lagi kalau ada masa ya. Tata titi tutu...

Ahad, 28 Mac 2021

Inspirasikan Pelbagai Cetusan Ilham Deko Rumah Anda Dengan Design Collection IDW Design & Build

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Inspirasikan Pelbagai Cetusan Ilham Deko Rumah Anda Dengan Design Collection IDW Design & Build | Sebagai pemilik rumah baru, antara impian yang ramai pemilik rumah inginkan adalah menukar kediaman sedia ada dari biasa-biasa kepada hiasan dalaman yang 'wow'. 

Dalam artikel kali ini, LeYa ingin berkongsi dengan korang semua tentang sebuah buku dekorasi yang boleh membantu korang dalam mentransformasikan kediaman korang tampak lebih elegan, moden dan mewah gitu. 

Kepakaran Deco yang ada dalam buku ini ia lengkap dengan drawing untuk setiap design. Memang LeYa dan suami a.k.a. Mr. Otomen Taro suka dengan rekaan dalaman dan terinspirasi dengan buku ni.

Cabaran Membina IDW

Dalam setiap pembinaan sesuatu rekaan, pasti ada cabaran dan halangannya. Jom kita tengok bagaimana pengasas mendepani cabaran dalam membina IDW.

Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007, ketika masing-masing berusia 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai EM1.7 juta. Pada usia 24 tahun, pasangan ini, Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.


Tragedi Kebakaran

Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api. 

Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi 'push factor' untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.

Fenomena Covid

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan 'total lock down' dan semua individu hanya duduk di rumah.

Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji semula kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik. Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan. 

Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan 'New Normal' mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.


Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenalpasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.


Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. 

Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.


Hasil deko dari IDW ni memang cukup memuaskan. LeYa memang teruja dan rasa keunikan yang ada setelah membelek naskhah buku ni. Memang menjadi sumber inspirasi dalam penataan setiap ruang yang ada di kediaman LeYa. 

Haa!! Kalau korang masih tercari-cari nak design rumah lebih-lebih lagi nak menjelang Raya ni, jom dapatkan promosi IDW sekarang!

DAPATKAN "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA
RAYA PROMO RM397 ( HARGA ASAL : RM2897)

Website

Instagram


#bestinteriordesigninmalaysia #houseinteriordesigninmalaysia #interiordesigninmalaysia #interiordesigninselangor #interiordesigninshahalam #idwdesign&build #interiordesignkualalumpur #interiordesignfirminmalaysia #topinteriordesigninmalaysia #topinteriordesigninselangor #topinteriordesigninshahalam #homeinteriordesign #minimalisthousedesign #modernhouseinterior #bohoroomdecor #bohemiandecor #contemporaryinteriordesign #houseinteriordesigninselangor #aestheticbedroom #livingroomdesign #bedroominteriordesign #freeinteriordesign #Interiordesignbumiputra #outdoordecor #famousinteriordesigners #famousinteriordesignersinmalaysia #artdecointeriordesign #3droomdesign #decorationdesign #interiordesigncompanyinmalaysia #interiordesigncompanyinselangor #interiordesigncompanyinshahalam #interiordesignnearme

Rabu, 8 April 2020

Jangan Lupa Bersihkan Penghawa Dingin Anda Untuk Udara Yang Lebih Segar dan Bersih Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tak ramai yang tahu cara bersihkan air cond, malah mungkin ramai yang gunakannya sampailah ia dah masuk habuk yang banyak.

Kalau korang nak tahu ruang bilik kita tu banyak habuk ke tidak, tengoklah pada air cond kita. Jika terdapat banyak habuk pada penapisnya bermakna banyaklah habuk dalam bilik kita tu.


Okay... Malaysia sudah pun melepasi minggu ketiga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 ekoran mengawal penularan pandemik Covid-19. Oleh itu, demi menjaga keselematan keluarga, setiap rakyat mesti mematuhi arahan #dudukdiamdiamdirumah dan hanya keluar sekiranya perlu untuk membeli barangan keperluan harian atau bekerja selain mengekalkan jarak sosial. Selain itu, pastikan juga tangan sentiasa dicuci bersih tidak kira sama ada di rumah atau di luar.


Pada masa yang sama, keadaan persekitaran juga perlu dijaga bersih, segar serta bebas daripada bakteria. Salah satu cara ialah dengan membersihkan penghawa dingin dan ia boleh dilakukan sendiri dengan mudah tanpa bantuan juruteknik iaitu menerusi produk 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner.

Ia adalah ejen pembersih berasaskan air yang mampu menanggalkan kesan kotoran, minyak, fungus, kulat dan pelbagai kotoran lain pada sirip penjeyuk dalam penghawa dingin. Ia juga berupaya membasmi 99.9% bakteria dan kuman bagi memastikan penghawa dingin anda berada dalam tahap maksima dan berfungsi dengan baik.


Bagaimana cara melakukannya? Hanya 5 langkah iaitu :

1)  Tutup suis penghawa dingin dan tanggalkan suis unit berkenaan

2) Keluarkan penapis dan cuci kotoran yang terkumpul

3) Semburkan 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner ke arah sirip penjeyuk dari kiri ke kanan bermula dari atas.

4) Biarkannya selama dua minit bagi bahan itu menembusi ruang sirip penyejuk

5) Pasang kembali penapis ke dalam penghawa dingin dan pasang semula suis untuk sekurang-kurangnya selama 15 minit untuk mengeluarkan semua habuk yang masih tertinggal, bersama dengan air kondesai dan malalui paip saliran.

 

Tugas anda pun selesai! Ia langsung tidak perlu dibilas. Anda akan menikmati udara yang lebih  segar dan bebas bakteria dari penyaman udara.

Jadi, ambil peluang masa yang ada untuk melakukan kerja pembersihan. Apa yang pasti, arahan #dudukdiamdiamdirumah bukanlah satu perkara yang membosankan dan membuang masa.

 
 

Dapatkan produk3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner di Lazada atau Shopee hari ini.  Jika anda memerlukan maklumat lanjut, tips dan bagaimana cara terbaik untuk menggunakan produk WD-40® dan cadangan produk untuk masalah tertentu, sila layari www.wd40.asia/my.

*Membunuh  99.99 peratus Staphylococcus aureus, Escherichia coli dan Candida albicans.

Ahad, 22 Mac 2020

Taraf Nusantara Tawar Rumah Idaman Untuk Dimiliki di BBSAP, Manjung, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Golongan berpendapatan rendah di Malaysia khususnya di Manjung, Perak berpeluang memiliki rumah idaman menerusi projek perumahan 'Rumah Mampu Milik' Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) oleh Taraf Nusantara Sdn Bhd. yang berharga RM250,000 ke bawah.


Miliki Rumah Idaman Di Bandar Baru Setia Awan Perdana

Sebelum melangkah lebih jauh lagi, apa kata LeYa perkenalkan dahulu sedikit latar belakang pemaju syarikat ini. Taraf Nusantara Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat pemaju di Perak yang mengkhususkan dalam pembinaan projek perumahan mampu milik, Bandar Baru Setia Awan Perdana dan LAGENDA Teluk Intan yang telah berjaya memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Jadi, apa yang korang inginkan untuk memiliki sesebuah kediaman?

Sudah pastinya kedudukan yang berdekatan dengan kemudahan asas menjadi pilihan penting kepada pembeli untuk selesa dan selamat. Menerusi perincian penerokaan LeYa bersama Taraf Nusantara, ia sangatlah sesuai dijadikan sebagai pelaburan pertama dalam memiliki rumah idaman pada masa akan datang. Dengan memiliki lokasi yang strategik yang hanya 4km jauhnya dari Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dan Bandar Setiawan/Manjung menjadikan ia sebuah lokasi yang memenuhi citarasa pembeli hari ini.



Pilihan Rumah Mampu Milik Buat Anda

Pembangunan Bandar Baru Setia Awan Perdana dijangka menjadi nadi baharu di daerah Manjung/Sitiawan yang mempunyai ciri-ciri pembangunan terancang yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan komersial. Kawasan BBSAP ini bereluasan kira-kira 1.012 ekar dan mengambil masa 90 minit ke Kuala Lumpur apabila Lebuhraya Pantai Barat (WCE) siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2022.


Ciri-ciri lain yang membuatkan ia adalah unik dan menjadi perhatian pembeli rumah ialah dari aspek kemudahan yang terdapat di sekeliling kawasan perumahan tersebut seperti:
  • Kolam renang bertaraf Olimpik
  • Lapangan Golf
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Dewan badminton
  • Gelanggang futsal
  • Padang bola
  • Sekolah
  • Masjid dan Surau
  • Laluan jogging dan basikal
  • Taman hijau


Apa yang buat LeYa tertarik dengan kawasan perumahan ini adalah ia merupakan laluan penghubung yang boleh diakses oleh pelancong dari luar negeri Perak ke kawasan pelancongan popular seperti Pulau Pangkor dan Teluk Batik. Memadailah dengan saranan dan hasrat kerajaan negeri untu membangunkan daerah Manjung sebagai pusat pelancongan dan maritim negeri Perak.



Sebagai satu kumpulan hartanah yang besar, Taraf Nusantara dapat menyampaikan platform hartanah dengan lebih holistik melalui perkembangan Fasa 1 hingga Fasa 5. 


YBhg. Datuk Misbun Sidek sebagai Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana

Bukan itu sahaja! Taraf Nusantara Sdn Bhd juga melantik lagenda badminton negara, YBhg. Datuk Misbun sidek sebagai Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana atas usaha dan sumbangan beliau dalam melonjakkan nama Malaysia di persada dunia. Malah YBhg. Datuk Misbun juga telah melahirkan seorang lagi jaguh dunia yang turut mengikuti jejak langkah beliau dalam sukan badminton iaitu YBhg. Datuk Lee Chong Wei yang berjaya merangkul pingat dalam Sukan Olimpik.

Menerusi Datuk Misbun juga, beliau berhasrat untuk menjadikan Manjung/Sitiawan sebagai pusat latihan badminton bagi golongan remaja di negeri Perak dalam usaha untuk mencari jaguh dunia baharu yang akan terus mengharumkan nama Malaysia.


Lebih menarik lagi, Datuk Misbun turut menyokong dengan memiliki sebuah rumah kediaman di BBSAP sebagai rumah persinggahan beliau jika ada latihan dan perlawanan badminton. Keluasan rumah Datuk Misbun merupakan Rumah Teres Fasa 1 yang mungkin boleh dijadikan rujukan kepada pembeli sebelum memiliki rumah idaman masing-masing. Di kesempatan ini, LeYa sempat berkongsi susunan atur dan dekorasi rumah milik Datuk Misbun. Memang sangat cantik dan moden style.

Ruang Tamu

Master Bedroom

Bilik Tidur 2

Bilik Tidur 3

Dining Room

Ruang Dapur

Memiliki 3 bilik tidur dan 2 bilik air bagi LeYa cukup selesa dan berpuashati untuk memilikinya. Selain itu, Datuk Misbun juga telah menyusun rancangan bagi tahun ini untuk penganjuran bengkel badminton dan perlawanan badminton kategori remaja bawah 21 tahun untuk mencungkil bakat baru anak tempatan dalam acara sukan ini.


Tawaran Menarik Menanti Pembeli

Terdapat kira-kira 10,500 unit rumah lot yang terdiri daripada model Semi-D dan Teres. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM135,000 untuk unit rumah teres manakala unit rumah Semi-D dijual pada harga bermula RM188,000.

Pembeli juga bakal memiliki rumah yang kompetitif dengan kualiti senibina rumah yang tinggi. Rata-rata juga pembeli rumah BBSAP terdiri daripada 70% bangsa Melayu, kakitangan awam dan pasangan yang baru berkahwin yang membeli rumah buat kali pertama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Mampu Milik di Bandar Baru Setia Awan Perdana, boleh layari

Facebook

atau hubungi wakil jualan

013 – 615 9722 | En. Muhammad Hafiz
019 – 646 3722 | En. Farid Omar
019 – 210 8722 | Mr. Darshan Gill


Nak dapatkan cerita mengenai rumah idaman lagi? Jom klik!
  1. Iringan Bayu - Bermain Pinwheels Dalam Suasana Yang Mendamaikan
  2. Tengah Merancang Nak Beli Rumah? Milikinya di Iringan Bayu, Seremban
  3. DK Impian Damansara West - Rumah Idaman dan Pelaburan Terbaik Untuk Dimiliki
  4. PKNS Tawar Rebat Sehingga RM1 Juta
  5. #DatumHomesforAll Kukuhkan Komuniti Orang Asli Dengan Lancarkan Datum Tap


Isnin, 20 Januari 2020

Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan Oleh Faridil Atras

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Rata-rata hari ini lambakan hotel, chalet dan homestay kian berleluasa. Namun, seperti yang sedia maklum, pengurusan homestay tidak akan memungkinkan kita untuk berada di sana sepanjang masa terutamanya bagi korang yang bekerja sepenuh masa dan homestay korang pula jauh dari tempat tinggal. Jadi, rasa-rasanya apa yang patut korang lakukan? Ikuti selanjutnya dalam artikel ini tentang Pengurusan Homestay yang betul jika nak berjaya dan jadi jutawan Homestay.


Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan

Menguruskan Homestay ini memang ada banyak cabarannya. Cabaran yang paling besar adalah untuk mendapatkan pelanggan dan memastikan homestay kita sentiasa penuh dan mendapat tempahan.

Pasti korang perasan kan ada sesetengah pengusaha homestay selalu sahaja tak menang tangan kerana berjaya mendapat tempahan penuh setiap minggu, bulan dan pada masa yang sama ada juga pengusaha yang sukar mendapatkan penyewa walaupun hanya untuk satu malam.

Jadi, apa kata jom luangkan sedikit masa untuk perkongsian dari Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan yang akan LeYa tulis ini.



Siapa Jutawan Homestay Ni?

Sebelum tu, meh LeYa perkenalkan serba ringkas penulis Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan ni. Penulis panduan ini adalah Tuan Faridil Atras yang merupakan pemilik kepada rangkaian homestay Fardain Place yang telah beliau mulakan sejak tahun 2014. 

Dalam masa 4 tahun, beliau menguruskan bisnes homestay, beliau telah berjaya mengembangkan rangkaian homestay yang bermula dari 1 buah kepada 8 buah homestay di seluruh Malaysia. Kebanyakan pelanggan yang menetap di homestay beliau bukanlah sekadar rakyat Malaysia, malah ada yang datang dari Perancis, Korea, Mesir, Jepun, China, US dan banyak lagi.

Nah!! Ni LeYa kongsikan beberapa keping gambar homestay beliau.
Jutawan Homestay - Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan!

Kepada korang yang ingin tahu lebih lanjut bagaimana Tuan Farid menguruskan homestaynya yang banyak dengan gaya seorang jutawan, bolehlah baca ebook pertama beliau ini yang secara keseluruhannya mengandungi 27 Bab dan jumlah mukasurat sebanyak 115 mukasurat.

Antara isi kandungan panduan ini adalah beliau pecahkan kepada 6 bahagian seperti:
1. Bahagian Pemilihan & Pemilikan Homestay
2. Bahagian Mempersiapkan Homestay
3. Bahagian Pemasaran Homestay
4. Bahagian Pelanggan Check-in
5. Bahagian Pelanggan Check-out
6. Bahagian Mengembangkan Bisnes Homestay

Dalam panduan ini, Tuan Farid akan menjawab segala persoalan, antaranya:

1. Macam mana boleh dapat pelanggan bertubi-tubi?
2. Macam mana nak buat iklan?
3. Sesuai ke rumah saya untuk buat homestay?
4. Macam mana nak hias homestay agar nampak cantik dan eksklusif?
5. Perlu ke sediakan tuala dan sabun di homestay?
6. Macam mana nak elak pelanggan curi atau rosakkan barang?

Nak tahu lagi mengenai isi kandungan panduan ini? Boleh terus ke Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan!

Dan, korang juga bakal menerima Bonus PERCUMA menerusi laman web tersebut.

Rabu, 31 Julai 2019

My Home - Jualan Perabot Murah & Berkualiti. Jom ke Sunway Pyramid Convention Centre!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Nak beli perabot murah? Jom ikuti selanjutnya di Blog LeYa. Boleh jimat kaw-kaw punya! 

Satu hari tu LeYa jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. LeYa pun terpandang dan terus singgah Home Fair di MITEC sebab LeYa dapat tahu ada tawaran menarik menanti jika berkunjung ke My Home. Memang sangat menarik dan unik. Kawan-kawan pun ada cakap sebab ada yang dah bawa pulang TV baru bernilai RM1,200 dengan hanya bayar RM700 sahaja. 


Wah!!! Tak boleh jadi kan. LeYa pun peliklah. Kenapa murah sangat? Jadi, bila ditanya, beliau pun kongsilah tentang My Home adalah satu-satunya pameran perabot dan barangan rumah yang menawarkan diskaun voucher kepada para pengunjung. Menurut beliau lagi, voucher yang disediakan ni merupakan cash voucher yang bernilai sehingga RM500. Wow!


Memang begitulah realitinya yang dikatakan kawan LeYa tu. Memang murah dan berbaloi! Lagi best dapat voucher sehingga RM500 pulak tu. Memang boleh jimat banyak sangat ni. Memang benarlah seperti yang dikhabarkan. Semuanya murah berkali-kali ganda. Perabot pun berkualiti. Cakap sahaja korang nak apa? Segala jenis perabot ada dijual di sini. Memang best dan terpesona betul!






Yeehaa! Memang murah giler! Tengok jelah perabot-perabot yang dijual dengan harga murah tu. Itupun boleh nego lagi. Sudahlah dapat diskaun voucher, boleh nego pulak lagi. Aduh! Memang rugi lah siapa yang tak datang ke My Home ni. 


Jadi korang, apa tunggu lagi? Jom Serbu My Home yang akan berlangsung selama tiga hari di Sunway Pyramid Convention Centre bermula 02 - 04 Ogos 2019 (Jumaat - Ahad). Yang pasti, korang jangan lupa datang awal untuk dapatkan voucher tunai bernilai RM200 dan RM500. Ingat! Untuk pengunjung yang terawal sahaja!

Nantikan juga LIVE Update dari LeYa, Otomen Taro dan Team Propa Rangers pada 02 Ogos 2019 jam 11.00 pagi di My Home.


Maklumat lanjut, boleh layari

Facebook
https://www.facebook.com/myhomeexhibition

Tarikh
02 - 04 Ogos 2019 (Jumaat - Ahad)

Lokasi
Sunway Pyramid Convention Centre