Selasa, 8 Julai 2025

Smart Fitness Memperkenalkan Inovasi Gaya Hidup Sihat untuk Komuniti Moden Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, mencari masa untuk menjaga kesihatan dan kecergasan boleh menjadi satu cabaran. Kini, semakin ramai rakyat Malaysia menemui cara yang lebih bijak dan menjimatkan masa untuk kekal sihat melalui Smart Fitness, yang diperkenalkan menerusi kerjasama antara La Juicera dan Babel Fit.

Ini merupakan kali pertama Smart Fitness diperkenalkan kepada pengguna di Malaysia. Direka selari dengan keperluan gaya hidup moden, menggabungkan peralatan kesejahteraan inovatif, pemakanan praktikal dan panduan daripada pakar untuk mempromosikan pendekatan kesihatan menyeluruh yang sesuai dengan rutin harian. Antara keistimewaan utama Smart Fitness ialah keupayaannya memberikan manfaat setara 10,000 langkah hanya dalam 15 minit, menjadikannya alternatif yang cekap dan berkesan berbanding senaman biasa. Alat ini menawarkan solusi kesihatan menyeluruh tanpa memerlukan senaman intensif atau keahlian gim.

Intipati utama Smart Fitness ialah Latihan Getaran Tegak Seluruh Badan (Whole Body Vertical Vibration Training), juga dikenali sebagai senaman Lompat Tali yang Pasif (Passive Rope Skipping). Tidak seperti platform getaran biasa yang bergerak dari sisi ke sisi, Smart Fitness menggunakan getaran menegak yang menyerupai pergerakan semula jadi seperti melompat, namun dengan tekanan minimum pada sendi. Pergerakan ini membantu mengaktifkan otot yang lebih dalam, menyokong metabolisme lemak serta melancarkan peredaran darah. Ia juga mesra pada lutut dan dasar pelvis, menjadikannya pilihan sesuai bagi individu yang mengalami masalah sendi atau pergerakan yang terhad. 

Smart Fitness turut diinspirasikan daripada amalan tradisional seperti QiGong. Getaran konsisten yang dihasilkan merangsang proses detoksifikasi semula jadi badan, walaupun pengguna kekal dalam keadaan statik. Kaedah ini disokong oleh sains Terapi Getaran Tegak Seluruh Badan (Whole Body Vertical Vibration Therapy), yang memanfaatkan graviti untuk mengaktifkan otot, tulang dan sistem dalaman dengan tekanan yang minimum. Setiap sesi membantu meningkatkan tahap tenaga, menyokong metabolisme, dan menyumbang kepada kesejahteraan menyeluruh, hanya dalam 30 minit, tanpa membebankan tubuh. 

Direka untuk memenuhi keperluan kehidupan moden, Smart Fitness merupakan solusi kesejahteraan yang selamat dan berkesan untuk semua peringkat umur. Sama ada anda bekerja sepenuh masa, menjaga keluarga, atau mencari kaedah yang tidak membebankan badan, Smart Fitness memudahkan anda untuk kekal aktif dan sihat.

Pada majlis pelancaran, pakar kesejahteraan daripada La Juiceria, Babel Fit dan The Backroom Chiro telah berkongsi panduan praktikal berkaitan pergerakan, pemakanan dan pemulihan tubuh. Melalui langkah kecil yang konsisten seperti penggunaan alat berasaskan getaran, mengamalkan pemakanan yang lebih baik atau meneroka kaedah seperti refleksologi, setiap individu berpeluang mencapai kesejahteraan yang lebih baik. 

Produk Smart Fitness kini boleh didapati melalui laman web rasmi Cosway Malaysia dan di semua cawangan Cosway di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cosway.com.my atau dapatkan malkumat di lembaran fakta produk ini. 

Bagi memperkenalkan Smart Fitness kepada lebih ramai rakyat Malaysia, orang ramai dijemput untuk mencuba sendiri pengalaman ‘passive rope skipping’ di cawangan terpilih Cosway Malaysia mulai 21 Julai hingga pertengahan September 2025. Pengunjung berpeluang mencuba sendiri mesin Smart Fitness, mendapatkan panduan ringkas daripada pakar yang bertauliah, serta menikmati promosi pelancaran eksklusif yang merangkumi tawaran istemewa untuk masa terhad dan pakej menarik.

Rabu, 2 Julai 2025

Hotel Review: Meginap di Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park, Bukit Belimbing, Kuala Selangor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sudah tiba masanya untuk LeYa kongsikan cerita pengalaman menginap di Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park, Bukit Belimbing di Kuala Selangor. Percutian kali ini membawa LeYa sekeluarga menginap selama 2 hari dan 1 malam.

Untuk trip kali ini, dirancang oleh LeYa dan suami. Kebiasaannya hari Sabtu kami akan bekerja separuh hari sehingga jam 2.00 petang. Jadinya, seusai habis waktu bekerja, kami pun yang sudah siap berkemas di malam hari sebelumnya bertolak terus ke Kuala Selangor melalui jalan Highway Rawang. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke homestay. Pemandangan sawah padi dan suasana kampung halaman di setiap perjalanan membuatkan perasaan tenang dan fresh setelah seminggu bekerja.

Sebenarnya ada banyak tempat menarik di Kuala Selangor ni. Kuala Selangor ni memang best kerana terkenal dengan tarikan pelancong seperti Firefly, Sky Mirror dan suasana kampung yang menenangkan. Kedudukannya pun tak jauh dari bandar. Korang nak bercamping boleh, nak berpicnic pun boleh. Kebanyakan yang datang bercuti ke Kuala Selangor ni adalah untuk melarikan seketika dari kesibukan kota. Udara yang segar dengan suasana kampung ditambah kesegaran air sungai mahupun laut mengalir tenang.

MENGINAP DI IRFAN AHZA WATER CHALET & FIREFLY PARK, BUKIT BELIMBING, KUALA SELANGOR

 

Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park sangat selesa. Parking pun luas. Bagi korang yang mencari tempat untuk bersantai bersama keluarga mahupun kawan-kawan, bolehlah menginap di sini. Hanya terletak di Bukit Belimbing, Kuala Selangor, kira-kira 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.


Proses check-in sangatlah smooth dan LeYa sekeluarga pun memilih untuk menginap di bilik penginapan untuk 3 orang. Sementara menunggu untuk melawat kawasan sekitar dan mandi kolam, kami berehat-rehat dahulu di dalam bilik.

 

Bila tiba petang, kami pun mandi-manda di kolam renangnya yang luas. Usai dari itu, Encik Suami mengajak pula untuk naik ATV pusing satu kampung. Apa tunggu lagi? Bagai orang ngantuk disorong bantal, LeYa terus setujulah memandangkan agak lama juga tak buat aktiviti ni. 

Kalau korang berminat juga untuk pusing-pusing satu kampung dengan ATV, boleh terus order di kaunter bahagian depan homestay. Kat situ memang semua aktiviti tersedia untuk korang merasainya. LeYa sempatlah naik ATV dan memanah keesokannya. Dari segi harga, untuk seorang hanya RM50 manakala untuk naik berdua berharga RM75.

LeYa dan keluarga dibawa pusing sekeliling kampung oleh seorang guide dan berhenti di atas jambatan betul-betul waktu matahari terbenam. Pergghhh... memang cantik sangat pemandangan ciptaan Tuhan ketika itu. Release sekejap otak yang penat melihat lukisan Allah yang sangat cantik di waktu Maghrib.



 

Hari Kedua dekat Kuala Selangor sebelum check-out, sempatlah kami buat aktiviti memanah di situ. Memanah ni bukanlah LeYa power sangat pun. Boleh lah ikut apa yang ditunjuk ajar oleh Guide.



Sumpah pengalaman menginap di Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park ni memang sangat best! So... Masa untuk kembali pulang bekerja. Apa-apa pun, Alhamdulillah. Perjalanan dan penginapan kami di sini selesai walaupun tidak jauh! Jarak bukan alasan untuk bercuti. Sekali-sekala apa salahnya bertukar angin dan bermalam di homestay begini kan! 


Terima kasih korang yang sudi baca pengalaman LeYa menginap di Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park. Nantikan episod travel LeYa ke lokasi penginapan lain di entri selanjutnya.