Isnin, 27 Februari 2023

Review Filem Sumpahan Syaitan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa berpeluang menyaksikan tayangan perdana filem Sumpahan Syaitan yang telah diadakan pada 23 Februari 2023 di DADI Cinema Pavilion Kuala Lumpur.

Filem Sumpahan Syaitan merupakan filem arahan Roy Krishna, terbitan D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production. Filem ini adalah sebuah filem seram komedi yang dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Dato' AC Mizal, Dato' Jalaludin Hassan, Farid Kamil dan ramai lagi termasuk kumpulan lawak Senario.

Filem
Sumpahan Syaitan

Pengarah
Roy Krishna

Genre
Seram Komedi

Pelakon
Farid Kamil, Dato' AC Mizal, Dato' Jalaudin Hassan, Nynaa Harizal, Saiful Apek, Azlee Senario, Pak Ya Sepahtu, Yassin Senario, Epy Kodiang, Syaiful Zero, Amai Kamaruddin, Arin Raja Lawak, Adam Shahz, Azlan Komeng, Kenji Sawahii & ramai lagi

Penerbit
D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production

Tarikh Tayangan (Malaysia, Singapura & Brunei)
02 Mac 2023

Sinopsis Filem Sumpahan Syaitan

Filem ini mengisahkan tentang Sam (Farid Kamil) yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM yang dikendalikan oleh Ray (Adam Shahz). Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco (Dato' Jalaludin Hassan).

Malik (Dato' AC Mizal) tidak bersetuju dengan cadangan itu. Namun, Sam tetap dengan pendiriannya untuk terus meminjam wang itu dan yakin yang bisnes dibuatnya berjaya memberi pulangan lumayan.

Setelah Sam menyedari beliau ditipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik untuk melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam & keluarganya pergi ke sebuah hotel lama yang baru dibelinya untuk menyembunyikan diri.

Sam, isterinya (Nynaa Harizal) dan anaknya, Angel (Lala) disambut baik oleh pekerja hotel ketika sampai di sana. Namun, selepas Sam memulakan operasi di hotel tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu.

Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya?

Adalah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya?

Di sebalik kisah seram, pasti ada juga kisah komedi yang perlu korang saksikan. Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam termasuk Brunei dan Singapura bermula 02.03.2023.

Review Filem Sumpahan Syaitan

First impression bila selesai tonton filem ni, memang banyak plot twist yang digambarkan. Lagi-lagi kita tahu ada lakonan hebat dari Dato' AC Mizal, Dato' Jalaludin Hassan, Farid Kamil dan barisan pelawak tanah air. 

Kali ni, Dato' AC Mizal menampilkan watak serius yang sememangnya berbeza dari watak sebelumnya yang lebih memainkan watak komedi. Lakonan Dato' Jalaludin Hassan juga amat berbeza dalam filem ini yang turut memainkan watak serius sebagai Branco.

Dari segi komedi, LeYa memang boleh bagi 4 bintang sebab LeYa jamin korang tidak kering gusi menonton filem ini. Namun, dari segi cerita seramnya pula, agak kurang menyerlah dan grafik CGI nya juga perlu diperbaiki lagi. Contohnya kemunculan hantu tu sepatutnya kalau boleh shoot lebih dekat lagi dan tambahkan jump scare untuk tampak hidup jalan cerita seramnya. Walau bagaimanapun, LeYa puji dengan make-up artist yang solek lakonan hantu-hantu dalam filem ni. Solekan dia tu nampak creepy lah jugak.

Overall bagi LeYa tak lah teruk sangat filem ni. Yang kurang tu boleh diperbaiki. Yang penting LeYa enjoy dan ketawa tonton filem ni. Cukup terhibur dengan lawak spontan yang ditampilkan pelawak-pelawak tanah air kita.

Contest Tonton & Menang

Berita baik untuk semua yang bakal menonton filem "Sumpahan Syaitan" di mana korang berpeluang untuk memenangi motorsikal.

Terdapat 5 buah motor untuk diberikan kepada penonton bertuah!!!

Mudahkan???

Tunggu apa lagi! Jom ramai-ramai saksikan filem "Sumpahan Syaitan" di pawagam berhampiran korang bermula 02.03.2023 ini!

Jangan risau, hadiah-hadiah ini semuanya tiada Sumpahan Syaitan ya...

Maklumat lanjut mengenai peraduan, korang boleh scan QR Code yang tertera atau layari laman web

www.sumpahansyaitan.com

Jangan lupa juga tauuu... Tiket wayang harus disertakan semasa mengisi borang peraduan.


Untuk maklumat lanjut, layari

Facebook

Instagram

Tiktok


SELAMAT MENONTON !!! 

Selasa, 14 Februari 2023

TERUS HIDUP Dinobat Juara Lagu AJL 37

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bahang kehangatan Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) masih hangat diperkatakan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Aina Abdul selaku komposer, penulis lirik dan penyanyi lagu "Terus Hidup" yang berjaya merangkul gelaran Juara Lagu di acara tahunan berprestij anjuran TV3, AJL 37 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi. Aina Abdul juga turut memenangi kategori Vokal Terbaik yang menerima RM12,000 dan sebuah trofi.


AJL 37 meraikan "Satu Malam Di Temasek" nyanyian Sona One & Joe Flizzow sebagai naib juara dengan hadiah wang tunai RM50,000 bersama trofi. Manakala tempat ketiga menjadi milik lagu "Anugerah Terindah" nyanyian oleh Alif Satar & The Locos dengan memenangi RM30,000 bersama trofi.

Bagi kategori Persembahan Terbaik yang juga membuka undian atas talian di www.tonton.com.my/ajl37 meraikan lagu "Irama" nyanyian Shiha Zikir sebagai pemenang dan beliau menerima RM12,000 dan trofi. Alha Alfa Cosmetics juga turut meraikan Penyanyi Pilihan Alha Alfa iaitu Khai Bahar yang membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

  

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) telah bersiaran secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil pada 12 Februari 2023 (Ahad), jam 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

"Dimensi Muzik" sebagai tema AJL 37 menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik. Masing-masing mempunyai warna dan emosi yang berlainan dalam penceritaan menerusi alunan muzik. Secara tidak langsung, ia turut mewujudkan persaingan secara sihat di medan pertempuran penentuan lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu.

AJL 37 menampilkan Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama, Dikuasai Oleh Samsung Galaxy S23 Series dan MYTV sebagai rakan penaja. AJL 37 turut menampilkan Tonton sebagai platform penstriman eksklusif AJL 37, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Oh Bulan, Seismik dan Xtra sebagai Rakan Digital. 

Malam anugerah menggandingkan dua figura yang terkenal dengan kepetahan berbicara dan gaya pengacaraan santai iaitu Sherry Alhadad dan Jihan Muse. Karpet Merah Tonton yang dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy dapat disaksikan eksklusif menerusi strim langsung secara HD di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Ia diteruskan dengan Backstage AJL 37 yang dihoskan oleh Nadia Hasnan dan Imran Aqil dimana mereka akan berinteraksi dengan finalis AJL 37. 

 

Sekali lagi LeYa ucapkan tahniah kepada semua pemenang Anugerah Juara Lagu 37. Dan terima kasih TV3 kerana terus memberi peluang dan penghargaan dari dulu hingga kini kepada LeYa untuk membuat liputan Anugerah Juara Lagu setiap tahun.


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial

Isnin, 13 Februari 2023

Bang Kandar - Nasi Kandar Melayu Utara Terbaik dan Awesome di Kuantan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Jika korang ke Kuantan dan mencari nasi kandar sedap di Kuantan, jom LeYa kongsikan dengan sebuah restoran nasi kandar terbaik di situ. 

Kebanyakan nasi kandar yang kita tahu hampir kesemuanya terdapat di restoran mamak. Tapi di restoran ni ianya adalah satu-satunya nasi kandar melayu di Kuantan. Tempat makan ni adalah tempat makan yang korang wajib cuba bagi kaki makan macam LeYa. Hehehe...


Bang Kandar - Nasi Kandar Melayu Utara

Restoran Bang Kandar mula ditubuhkan pada tahun 2021 dan terletak di Indera Mahkota 8 serta sangat terkenal dalam kalangan orang-orang Kuantan. Ia menjadi tumpuan ramai terutama di waktu makan tengah hari.

Apa yang menarik di Restoran Bang Kandar ia memfokuskan kualiti nasi kandar itu sendiri agar dimasak dengan sempurna mengikut citarasa peminat nasi kandar bersama pilihan lauk yang sering menjadi tumpuan seperti ayam goreng berempah, daging masak hitam, kari sotong, kari daging dan kari ikan. Ditambah pula kuah campur yang enak pasti menaikkan lagi selera korang.

Restoran Bang Kandar sangat berpegang teguh kepada kualiti dan identiti mereka iaitu nasi kandar sebagai signature mereka. Dengan sepinggan penuh nasi dan padanan hidangan kegemaran korang, ia sebenarnya mencipta hidangan yang lengkap dan sihat.

Selain itu, korang juga boleh mencuba pelbagai desserts yang disediakan di situ seperti kek-kek, biskut dan manisan-manisan lain.



Paling syok sekali sudah tentu harganya sangat berpatutan. Dapat pula ayam goreng besar, kuah banjir, pilihan lauk pun dalam portion banyak, memang puas hati. Dah lah sedap, banyak dan berbaloi-baloi!

Sama seperti nasi kandar lain, pastikan korang datang seawal 11.00 pagi untuk beratur dan mendapatkan makanan. Risau kalau korang lambat, lauk pun habis. Rugi tau kalau tak dapat rasa nasi kandar melayu terbaik dan sedap ni!

Alamat
No B-166, Ground Floor, Lorong IM 8/33,
Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi
11.00 Pagi - 7.00 Malam 
Buka setiap hari kecuali Selasa

Telefon
013 - 973 8156

Selamat menjamu selera semua!!!