Ahad, 5 Mei 2024

10 Tempat Sarapan Terbaik di Sekitar Selangor Tahun 2024

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hampir sebulan juga LeYa tak update blog, hari ni baru rasa nak buka laptop dan update dan kongsikan satu cerita dengan korang. Mana taknya, sibuk sangat berhari raya, so agak kemalasan lah sikit nak menulis. Hehehe...

By the way, sama ada korang mengidamkan hidangan tradisional Malaysia seperti Nasi Lemak dan Roti Canai, masakan antarabangsa seperti Full English Breakfast atau pun kafe yang menyajikan kreasi mengikut trend dan Instagrammable; Selangor mempunyai tempat-tempat untuk memuaskan peminat-peminat sarapan pagi dan komuniti yang suka bangun awal pagi. Jom ikuti pilihan LeYa di seluruh Selangor yang pasti dapat memuaskan selera korang. 


ROTI CANAI KARI KAMBING, SUNGAI BESAR

Roti Canai Kari Kambing di Sungai Besar adalah tarikan utama kepada penduduk tempatan dan pelawat yang datang ke Sabak Bernam. Ramai penduduk tempatan mengatakan hidangan utama ini salah satu sarapan terbaik di sekitar Sungai Besar. Roti Canainya rangup di luar dan lembut di dalam, manakala Kari Kambing mereka turut mempunyai rasa yang unik dan sukar untuk ditemui di tempat lain. Apabila dimakan bersama, LeYa pasti korang akan ingin menambah sepinggan lagi. 

Selain itu, restoran ini juga menyajikan sarapan tradisional Melayu lain yang boleh dipilih sendiri yang disediakan seperti Pulut Sambal, Nasi Lemak, Kuih Muih dan lain-lain. Korang juga turut berpeluang nikmati sarapan pagi berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi yang menakjubkan.

ROTI CANAI PELANGI, KUALA SELANGOR 

Mulakan hari korang dengan makanan yang berwarna-warni dan lazat. Roti Canai Pelangi menyajikan Roti Canai berwarna-warni dengan pelbagai perisa yang unik untuk setiap warna - merah berperisa strawberi, kuning berperisa jagung, oren berperisa durian, biru berperisa ubi keledek dan hijau berperisa epal. Walau bagaimanapun, perisanya tidak terlalu kuat, jadi ia tidak akan mengganggu rasa asal Roti Canai. Roti Canai itu juga lembut dan gebu serta disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan seperti Kari Daging Kambing, Kari Daging Lembu dan Kari Kaki Ayam untuk korang nikmati. Restoran ini beroperasi dalam sistem layanan diri di mana para pelanggan akan mengambil makanan yang dipilih sendiri dan membayar di kaunter. Jika korang ingin mencuba hidangan lain, terdapat pelbagai pilihan seperti Nasi Ambeng, Pecal, Laksa, Lontong dan banyak lagi. Dengan meja makan yang mencukupi dan makanan segar yang disajikan, korang akan berada dalam suasana hati yang baik sepanjang hari.

 

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut: 

https://www.facebook.com/roticanaipelangi 

https://www.instagram.com/roticanaipelangiofficial/ 


FINO COFFEE, KLANG



Adakah sarapan hidangan kegemaran korang sepanjang hari? Fino Coffee di Klang menyajikan sarapan sepanjang hari. Kafe ini mempunyai suasana yang tenang di mana korang boleh berehat dan menikmati hidangan dengan sepenuhnya tanpa gangguan di sekeliling korang. Beberapa hidangan sarapan yang mereka sediakan adalah Fino's Big Breakfast, roti bakar ayam goreng percik dan roti bakar manis dengan buahan berries. Mereka juga turut menyajikan pilihan makanan vegetarian. Selain itu, mereka juga menyajikan minuman unik untuk peminat matcha dan houjicha cuba, seperti kacang merah matcha dan coklat houjicha. Fino Coffee menggunakan bahan segar untuk memastikan pelanggan mereka mendapat makanan berkualiti terbaik.


 

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut: 

https://www.instagram.com/coffee.fino/ 


TINGKAP CAFE OLDTOWN, PETALING JAYA



Korang yang datang ke sini pasti akan merasa seperti berada di zaman 50-an ketika menikmati sarapan di Tingkap Cafe di Old Town Petaling Jaya. Tempat sarapan ini mempunyai estetika Kopitiam lama yang tradisional dengan makanan yang murah dan lazat untuk peminat sarapan mencuba. Beberapa makanan yang disajikan adalah Roti Jala, Lontong, Mee Rebus, Lempeng Kelapa dengan Sambal Ikan Bilis, Curry Laksa dan banyak lagi. Mereka juga terkenal dengan Sate yang aromatik dan segar yang dimasak di depan gerai dan juga dengan pelbagai kuih tradisional mereka. Harga makanan dan minuman yang ditawarkan adalah berpatutan dan memuaskan untuk dimakan. Suasana lama yang tradisional dan pelbagai hidangan sarapan Kopitiam tradisional pasti akan menceriakan hari korang.


Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:


RESTORAN UBI KAYU, SUBANG JAYA


Sebuah restoran sarapan tradisional Melayu yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelawat di kawasan tersebut kerana pelbagai hidangan Melayu tradisional seperti Roti Jala dengan Kari Ayam, Asam Laksa, Mi Rojak, Soto, Lontong, Nasi Lemak Pandan, Mi Kari dan pelbagai jenis kuih Melayu tradisional dengan kos minimun hanya 50 sen. Rerstoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan yang sentiasa berharap untuk mencuba makanan berkualiti, harga berpatutan dan pelbagai pilihan hidangan sarapan di menu mereka.



BREAKFAST ROOM, BUKIT JELUTONG 


 

Jika korang mencari kafe yang menyajikan salah satu sarapan dengan suasana yang instagrammable, jom sarapan di Breakfast Room yang terletak di Bukit Jelutong. Pilihan menu sarapan yang bertemakan barat klasik adalah sebab utama ramai pengunjung tempatan dan pelancong datang ke sini terutamanya kerana keunikan dan keenakannya. Beberapa menu sarapan mereka seperti english muffin, sandwich, telur dan roti bakar serta kopi dan teh. Suasana kafe yang selesa membuatkan korang dapat menjamu selera dengan atmosfera yang tenang. 


Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut: 

https://www.instagram.com/breakfast_room/ 


CHAR KUEY TEOW AUNTY GEMUK, KELANA JAYA



Char kuey teow Aunty Gemuk merupakan salah satu hidangan terbaik di Lembah Klang. Dengan harga yang sangat berpatutan, iaitu hanya sebanyak RM4.50 setiap pinggan, ramai pelanggan akan datang dan memilih gerai ini sebagai tempat sarapan kegemaran mereka. Mi kuey teow mereka juga mempunyai rasa pedas kemanisan yang membezakan mereka daripada gerai char kuey teow lain. Selain itu, mereka juga menyajikan laksa kari yang lazat dan berlemak. Korang juga boleh merasai keunikan dan kesedapan dalam setiap suapan makanan yang disajikan. 


KAMPUNG HILLS EATERY, KUALA LANGAT 


Tempat sarapan ini mempunyai aura kampung dengan hidangan western yang bertemakan Barat. Ramai penduduk tempatan dan pelawat akan datang ke restoran ini untuk mencuba pelbagai perisa unik Barat dan tempatan, seperti Eggs in Purgatory, Kachang Pool, Nasi Lemak, Kuey Teow Goreng, Mee Udang Goreng, Ayam Goreng Crispy dengan Nasi Goreng, dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, hidangan sarapan utama mereka adalah pelbagai pilihan Nasi Lemak, sandwic bakar, dan sandwic Crossaint yang lazat. 

 

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut: 

https://www.instagram.com/kampunghills/ 


MAK O MAK CAFE, TAMAN MALAWATI



Di antara Hulu Langat dan Gombak, Mak O Mak Cafe adalah sebuah kafe restoran autentik yang menyajikan masakan tempatan dan hidangan Barat dan dibuka seawal 8 pagi. Kafe ini sesuai terutamanya untuk peminat kopi dan penggemar roti bakar kerana kafe ini menawarkan pelbagai sarapan seperti roti bakar telur goyang dan sandwic croissant. Selain itu, Mak O Mak Cafe juga menyajikan pelbagai pilihan kopi untuk pelanggan cuba. Selain itu, dengan harga yang berpatutan dan hidangan yang besar, pelanggan akan meninggalkan kafe dengan kepuasan.


Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

https://www.instagram.com/makomakcafe/ 

https://www.facebook.com/makomakcafe/ 


ROTI LELEH BATU ARANG, SELAYANG

Sarapan yang ringkas tetapi unik dan lazat. Restoran Roti Leleh Batu Arang adalah kegemaran tempatan di kawasan itu dan destinasi utama di kalangan penunggang basikal yang singgah untuk berehat dan menikmati hidangan sarapan ini. Roti lembut dibakar di atas arang, kemudian dimakan dengan tiga telur separuh masak, kicap manis, dan kacang merah yang lazat. Ramai penduduk tempatan dan pelawat akan singgah hanya untuk merasai hidangan ini, dan jarang sekali ia meninggalkan pelanggan tidak puas hati. Walau bagaimanapun, terdapat juga hidangan lain yang disajikan, seperti mi kari, lontong, dan soto, serta lemang dan rendang daging. Sarapan yang ringkas untuk memulakan dan menceriakan hari korang. 

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Sama ada korang makan makanan sarapan tradisional atau masakan santapan Instagramable, makanan yang sedap sentiasa dapat menyatukan orang dan membawa senyuman kepada wajah kita. Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan di Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Saluran Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan YouTube Pelancongan Selangor. #PusingSelangorDulu


Khamis, 21 Mac 2024

Vietjet Memperkukuhkan Lagi Hubungan Vietnam-Australia Menerusi Laluan Hanoi-Sydney

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Vietjet kini sedang mengembangkan lagi rangkaian penerbangannya dari ibu kota Vietnam iaitu Hanoi ke laluan baharu di Lapangan Terbang Sydney. Pada awal bulan ini, pengumuman laluan Hanoi ke Melbourne dan Hanoi ke Sydney adalah ditetapkan memulakan operasi pada bulan Jun. Ia turut menawarkan masa penerbangan sekitar 10 jam dengan jadual penerbangan berterusan serta turut menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan mampu milik.

Laluan Hanoi - Sydney akan mula beroperasi pada 8 Jun 2024 dengan penerbangan dua kali seminggu. Jadi, pengembara-pengembara boleh merancang untuk pelepasan dengan lebih mudah dari Hanoi pada hari Rabu dan Sabtu serta tiba di Sydney pada hari berikutnya. Manakala, penerbangan balik dari Sydney akan berpeluang merasai dan meneroka pengalaman landskap hijau Vietnam Utara.

Laluan Hanoi - Melbourne pula akan mula beroperasi beberapa hari lebih awal iaitu pada 3 Jun 2024 dan beroperasi dua kali seminggu pada hari Isnin dan Jumaat dari Hanoi serta ketibaan di Melbourne pada hari yang sama. Penerbangan pergi balik dari Melbourne ke Hanoi akan beroperasi pada hari Selasa dan Sabtu.

Bagi meraikan pelancaran laluan baharu, Vietjet menawarkan promosi tambang murah bermula dari RM0 (tidak termasuk cukai dan yuran) mulai sekarang hingga 25 Mac di www.vietjetair.com dan juga aplikasi mudah alih Vietjet Air. Tiket promosi ini sah untuk perjalanan bermula sekarang hingga 31 Oktober 2024.

Selain itu, para penumpang yang terbang dalam penerbangan sulung Hanoi-Sydney dan Hanoi-Melbourne akan menerima sehingga 500 Skypoint sebagai hadiah istimewa. Temui juga dengan lebih banyak lagi tawaran dan faedah di aplikasi SkyJoy atau https://skyjoy.vietjetair.com/. LeYa pasti korang akan rambang mata melihat tarikan dan faedah yang ditawarkan dari Vietjet. Terdapat juga lebih 250 jenama masakan, beli-belah dan pelancongan terkenal di Vietnam dan seluruh dunia.

Dalam masa satu tahun berkhidmat di pasaran Australia, Vietjet telah menunjukkan komitmennya untuk menyediakan pilihan perjalanan yang mudah menerusi laluan yang menghubungkan kedua-dua Bandar Ho Chi Minh dan Hanoi ke bandar-bandar utama Australia. Vietjet menawarkan perjalanan yang lancar ke seluruh benua untuk perniagaan, masa lapang atau tujuan penerokaan. 

Pada masa ini, syarikat penerbangan Vietjet telah mengendalikan penerbangan dari Ho Chi Minh City ke Melbourne, Sydney, Brisbane, Perth dan Adelaide. Tahun 2023 sahaja menyaksikan Vietjet mengembangkan rangkaian penerbangannya dengan menambah 33 laluan penerbangan antarabangsa dan domestik baharu termasuk lima laluan baharu yang menghubungkan Australia (Adelaide, Brisbane, Melbourne, Perth, dan Sydney) ke Vietnam.

Dengan penambahan perjalanan jarak jauh merentasi benua, Vietjet terus melonjak tinggi. Penumpang boleh menikmati penerbangan dengan pesawat baharu, dengan tambang yang berpatutan, dan menikmati keseronokan Masakan Vietnam dan antarabangsa di atas kapal.

Selasa, 6 Februari 2024

Pertunjukan Fesyen Fazura dan Koleksi Fazbulous Raya 2024

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Tahniah buat Fazura, selebriti dan usahawan yang telah meluncurkan koleksi Fazbulous Raya 2024 sempena pertunjukan fesyen khas FAZURA yang dianjurkan di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA. 

Acara tersebut telah dimeriahkan lagi bersempena kehadiran Ramadhan dan Syawal tahun ini yang dihadiri oleh suami, Fattah Amin, ahli keluarga Faz dan Fattah, rakan artis, para pempengaruh media sosial tempatan, agen FAZURA dan rakan media yang berkumpul untuk menyaksikan koleksi Fazbulous Raya 2024.

Baru-baru ini, Tudung FAZURA Black Label telah menawarkan koleksi ALhambra, shawl bersulam dari fabrik premium chiffon yang mengambil inspirasi keindahan seni bina Islam di Sepanyol abad ke-13, sebagai koleksi sulung tahun 2024.




Menurut Fazura atau mesra dikenali dengan Faz, beliau rasa sangat bersyukur kerana diberikan rezeki pada tahun 2024 untuk melanjutkan semula pertunjukan fesyen Fazbulous Raya yang sentiasa dinantikan peminat jenama FAZURA. Ia juga adalah ruang dan peluang kepada Faz dan Fattah untuk terus mendekati para peminat produk FAZURA dan perjalanan kerjaya professional mereka.

Koleksi Fazbulous Raya 2024 kali ini antara lainnya mengetengahkan tiga koleksi Tudung FAZURA iaitu Citra Zahraa dan Kesuma Warna yang berinspirasikan bunga-bungaan manakala Rona Peterana pula dengan corak abstrak dan geometri moden. Kesemua 30 corak menarik ini bakal menemui peminat Tudung FAZURA berserta dengan barisan baju Kurung Kedah, Kurung Moden dan Kebaya dan Ready-to-Wear yang mana sesuai untuk suri teladan yang anggun menawan.

"Alhamdulillah Faz dan Fattah masih belum sempat merancang sepenuhnya kerana kami sekeluarga termasuk Fatima sangat sibuk dengan penggambaran drama terbaharu yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan yang kian hampir. Tahun 2024 adalah tahun yang istimewa kerana Faz dan Fattah tampil bersama dalam filem Pendekar Awang, kemudian kami juga dianugerahkan projek oleh satu stesen televisyen tempatan untuk menerbitkan drama yang buat julung kalinya dibintangi oleh kami berdua dan Fatima. Faz sangat terkejut melihat Fatima sangat selesa berlakon dan kehadiran Fatima di set penggambaran sangat menghiburkan semua kru kerana keletahnya yang pandai melayan dan tidak kurang disiplin sebagai pelakon baharu di usia muda."

Koleksi Fazbulous Raya 2024 boleh didapati di 

Website

Aplikasi Fazura

ShopeeMall 'fazuraofficialstore'

atau dari Besties dan agen FAZURA dalam bulan Mac 2024

Rabu, 31 Januari 2024

Bahaya Asap Rokok dan Langkah Mengurangkan Risiko

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Secara jujurnya apakah yang terlintas di fikiran korang bila sebut tentang 'nicotine'? LeYa pasti semua akan membayangkan rokok, bukan? Kita tahu merokok sangat merbahaya sama ada pada diri sendiri mahupun pada orang lain lebih-lebih lagi pada kanak-kanak.

Balik sahaja dari kerja, anak berlari datang ke arah kita untuk memeluk cium. Namun, apa yang terjadi si anak terus menolak untuk tidak terus memeluk dan mencium kerana katanya, "Ayah, merokok lagi ke? Busuk lah bau rokok ayah ni..."

Saat si ayah menyedut sebatang rokok, ketahuilah yang sebenarnya korang telah membahayakan nyawa anak sendiri. Ya! Memang mereka tidak menghisapnya tetapi asap rokok yang disedut itu sebenarnya lebih berbahaya dan menjadikan mereka adalah perokok pasif. Hal ini kerana, mereka menyedut asap rokok basi yang disebarkan oleh perokok.

Bila berbicara tentang rokok, pastinya korang akan terus mengaitkan dengan pelbagai jenis penyakit kronik yang datang dan berpunca daripada penggunaannya. Sebenarnya, rokok dikategorikan sebagai produk memudaratkan kerana ia mengeluarkan asap rokok yang berbahaya. Asap rokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk megalami pelbagai masalah kesihatan. Menurut Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bentley, asap rokok mengandungi lebih daripada 6,000 bahan kimia dan sekurang-kurangnya 100 daripadanya boleh menyebabkan penyakit kanser seperti kanser paru-paru.

Secara semulajadi, Nikotin ditemui dalam tumbuhan khususnya dari keluarga 'Solanaceae' yang juga dikenali sebagai Nightshades. 

Nikotin ini boleh menyebabkan ketagihan dan ia bukan bebas risiko. Walau bagaimanapun, ia bukanlah punca utama penyakit berkaitan merokok. Apabila Nikotin berada dalam sistem badan kita, ia mencetuskan otak untuk mengeluarkan hormon Dopamine, serta mencetuskan kesan jangka pendek seperti peningkatan dalam kadar jantung dan tekanan darah. Terdapat banyak salah faham oleh orang ramai tentang Nikotin di mana 10% dewasa memahami bahawa sebahagian besar kemudaratan kepada kesihatan daripada merokok bukan disebabkan oleh Nikotin. 

Walau pelbagai cara atau kaedah telah dijalankan mengenai bahaya asap rokok, namun masih ramai perokok tegar yang menyalakan api dan menghembuskan asap rokok sesuka hati dan ia mampu mendatangkan kesan buruk pada alam sekitar dan juga orang di sekeliling. 

Proses pembakaran membabitkan penggunaan oksigen dan tembakau itu menyebabkan asap rokok yang mengandungi bahan toksik dibebaskan. 


Justeru, jika ada produk alternatif merokok yang tidak melibatkan proses pembakaran, maka risiko penyakit disebabkan asap rokok dapat dikurangkan. 

"Jika seseorang ingin berhenti merokok, mereka boleh menukar rokok dengan produk lain yang mengandungi tembakau atau nikotin. Sesetengah produk ini boleh menjadi alternatif selamat untuk merokok. Walau bagaimanapun, ia mungkin turut mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah kesihatan." Sumber Medical News Today.

Memang tidak dapat dinafikan agak sukar untuk membuang ketagihan merokok, apatah lagi untuk berhenti terus tabiat itu.

Kajian menunjukkan alternatif bebas asap rokok seperti vape dan produk tembakau yang dipanaskan dikategorikan kurang berbahaya berbanding rokok dan merupakan salah satu kaedah pengurangan kemudaratan tembakau.

  • Produk bebas asap rokok turut memberikan nikotin, yang bersifat ketagihan dan tidak bebas risiko, tetapi tanpa pembakaran dan asap. Dengan tidak membakar tembakau, produk ini mengurangkan risiko kemudaratan secara keseluruhan, menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk orang dewasa daripada rokok konvensional.
  • Produk tembakau yang dipanaskan memberikan rasa dan deria yang serupa pengalaman. Ia menyediakan nikotin yang ketagihan dan tidak bebas risiko tetapi ia tidak mengeluarkan sebarang asap iaitu punca utama penyakit berkaitan Tembakau.
  • Produk Tembakau Dipanaskan (HTP) adalah salah satu daripada banyak yang tersedia produk alternatif bebas asap rokok yang terdapat di pasaran seperti vape, e-cigarette dan lain.lain.
  • Daripada membakar tembakau, HTP memanaskannya dan oleh itu tidak mengeluarkan sebarang bentuk asap. Apa yang dilepaskan sebaliknya adalah aerosol.
  • Pilihan terbaik untuk perokok dewasa ialah berhenti merokok dan nikotin sama sekali walau bagaimanapun, kebanyakan orang dewasa tidak akan berhenti yang mana itulah sebabnya, produk bebas asap rokok adalah alternatif yang lebih baik kepada mereka berbanding dengan merokok berterusan.

Udara yang bersih, sihat dan bebas dari asap rokok merupakan hak asasi bagi setiap orang. Oleh yang demikian, kita patut sedar dan membiasakan pola hidup sihat agar diri kita dan masyarakat hidup dalam keadaan sihat dan bersih.