Memaparkan catatan dengan label Food Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Food Review. Papar semua catatan

Rabu, 14 Mei 2025

Kolaborasi antara Good Virtues Co. bersama Richiamo Coffee & Watsons Malaysia Memperkenalkan Habbatus Sauda dalam Minuman

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Good Virtues Co., Jenama produk Halal Clean Beauty dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia telah memperkenalkan cara baharu untuk menikmati kelebihan Habbatus Sauda menerusi secawan kopi. Buat julung kalinya ia berkerjasama antara Richiamo Coffee dan Watsons Malaysia yang mana ia menggabungkan elemen kesihatan, kecantikan, minuman dan ruang beli-belah.

Kerjasama ini memperkenalkan siri minuman pertama di Malaysia yang kaya dengan Habbatus Sauda, dihasilkan bersama Richiamo Coffee dan juga diinspirasikan oleh bahan utama Good Virtues Co. Kolaborasi ini berkonsepkan 'Rejuvenate Your Skin, Awaken Your Senses', menyunting semangat meraikan kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalaman. Good Virtues Co. menawarkan rangkaian penuh produk penjagaan diri untuk wawjah, rambut dan badan. Produk Good Virtues Co. bukan sahaja membersih, malah menyihatkan badan. Good Virtues Co. menggalakkan kita untuk 'Celebrate Your Noor' yang bermaksud meraikan kecantikan dalaman & luaran dalam kalangan wanita muslim. Pada masa yang sama, minuman Habbatus Sauda dari Richiamo Coffee membantu menyegarkan dari dalam, sekaligus menyerlahkan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam.

Siri minuman Habbatus Sauda ini dicipta khas untuk memberi manfaat melalui cara yang lebih menyegarkan dan mudah dinikmati. Dengan pilihan kopi dan bukan kopi, setiap minuman memberi detik keselesaan dan berkhasiat sama ada dinikmati secara panas atau sejuk. Kini, siri minuman ini boleh didapati di semua cawangan Richiamo Coffee.

 

“Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Good Virtues Co.–sebuah jenama yang berkongsi semangat kami dalam mencipta sesuatu yang berteraskan nilai tempatan,”menurut Dato’ Muhamad Zamry, Pengarah Urusan Richiamo Coffee Sdn Bhd.“Sebagai jenama kopi pertama di Malaysia yang memperkenalkan minuman berasaskan Habbatus Sauda, kolaborasi ini merupakan satu penanda aras bagi kami–menampilkan bahan yang dikenali dengan penuh kebaikan dan manfaatnya, terutama dalam kalangan muslim. Dengan adanya kerjasama ini, kami berharap dapat menyampaikan rasa keselesaan dan keakraban dengan cara baharu–menggabungkan kecantikan, kesihatan dan rasa dalam setiap cawan untuk dinikmati setiap momen kehidupan seharian.”

Good Virtues Co. boleh didapati secara eksklusif di lebih 700 cawangan Watsons seluruh Malaysia sejak 10 tahun lalu, menjadikannya salah satu jenama pilihan Halal Clean Beauty dalam kalangan generasi muda wanita Muslim. Watsons Malaysia kini terus menjadi rakan kongsi jualan yang dipercayai dan penting buat Good Virtues Co., dengan kehadiran yang kukuh di pasaran dan menyediakan pelbagai pilihan produk kecantikan serta penjagaan diri yang mesra pengguna.

Good Virtues Co., Richiamo Coffee dan Watsons Malaysia bersatu dalam kolaborasi ini dengan matlamat bersama memperkenalkan Habbatus Sauda dengan cara dari dalaman dan luaran. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.goodvirtuesco.com dan ikuti juga laman media sosial di Instagram dan Tiktok @goodvirtuesco

#GoodVirtuesCoXRichiamoCoffee #AComboThatClicks #Watsonsmy

Jumaat, 31 Januari 2025

Syurga Makanan Laut Segar dan Sedap di Wira Seafood Ikan Bakar, Selangor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Alhamdulillah... Akhirnya mood nak mengarang di blog ni dah kembali lagi. Kali ni LeYa nak kongsi lagi tempat makan menarik sekitar Selangor. Ke mana LeYa terjah? Port seafood ikan bakar terbaik yang korang boleh cuba ada di Wira Seafood Ikan Bakar, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor

Menariknya kat sini korang memang akan dikelilingi dengan makanan laut yang cukup segar dan paling penting saiznya pun besar-besar. Baru puas hati weyyyhhh!!! Memang sangat-sangatlah teruja tengok ikan, udang, sotong, ketam dia yang besar-besar tu. Suasana restoran dia pun cukup selesa, kemas dan lengkap segala kelengkapan seperti surau, tempat parking kereta yang luas. Pendek kata, memang tak rugi lah singgah makan kat sini.

Lokasi yang cukup strategik, tetapi agak tersorok sedikit ke dalam. Hanya dengan menggunakan aplikasi Google Maps atau Waze, korang dah boleh je jumpa restoran ni.


Dengar cerita sebenarnya, Wira Seafood Ikan Bakar ni dah pun menjadi bualan ramai di media sosial dan sangat viral. Cuma LeYa je yang baru berkesempatan jumpa restoran ni. Ternyata bila sampai sahaja di restoran ni LeYa terkesima tengok hidangan seafood dia yang segar-segar dan banyak. 

So... apa tunggu lagi? Teruslah buat pesanan dengan masakan yang enak-enak untuk dinikmati. Lagipula waktu tu LeYa sedang berpuasa. Sedang elok lah tu dapat menikmati juadah berbuka puasa yang sedap dan segar. 

Okay... Jom tengok menu apa yang LeYa order untuk juadah berbuka puasa LeYa ketika itu. 

 

Kali ni LeYa memilih Ikan Jenahak masak stim. Ternyata ikan yang dihidangkan tu sedap, manis dan segar. Incik suami pula menambah lauk Udang Masak Salted Egg manakala anak dara LeYa memilih menu favourite nya iaitu Tomyam Ayam. Menu tambahan lain Sayur Kailan Ikan Masin dan Kerang Rebus. Dilawan pula dengan Jus Apple, perrggghhhh memang terangkat brooo... Sedap!!!

Peminat tomyam macam anak dara Leya pun cakap kuah tomyam dia sangat sedap dan pekat. Memang perfecto! Selain seafood dan tomyam, menu masakan panas lain juga boleh korang dapati di sini. Jadi, korang boleh lah buat pilihan menu juga. 


Selain itu, di Wira Seafood Ikan Bakar ini juga korang akan disajikan dengan ruangan untuk menyambut pelbagai majlis seperti majlis hari lahir, majlis perjumpaan, hari keluarga, majlis perpisahan dan sebagainya. Jadi, korang bolehlah membuat tempahan awal dahulu untuk mendapatkan tempat dan tidak perlu nak tunggu lama.

Yang paling best, korang mesti tak percaya dengan harga yang ditawarkan sangatlah murah dan berbaloi. Dengan suasana restoran yang cantik, kemas, teratur dan makanan laut yang sedap dan segar, korang patut singgah dan rasai keenakan di sini. 


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi yang tertera :

Alamat
No 18 & 19, Jalan SG 1/10, Taman Sri Gombak Batu Caves, Selangor

No Telefon
+6012 411 1304

Facebook
Wira Seafood Ikan Bakar

Instagram
@WiraSeafood

Khamis, 30 Januari 2025

Buffet Ramadan 2025 : From Kampung Street to Jalan Ampang di Cornerstone IPC

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Ramadan 2025 kembali lagi! Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak berpuasa semula. Korang dah habis ganti puasa ke belum tu? Kalau belum baik cepat-cepat ganti ya. Hehehe... 

Ok lah... back to story... Kali ni LeYa dengan berbesar hatinya nak kongsi dengan korang semua tentang salah satu port berbuka puasa menarik yang terdapat di ibu negeri kita iaitu Kuala Lumpur. Lokasinya berada di Cornerstone IPC, Jalan Ampang.

BUFFET RAMADAN 2025: FROM KAMPUNG STREET TO JALAN AMPANG

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, sudah tentu seluruh umat Islam akan berkumpul seisi keluarga mahupun rakan-rakan untuk berbuka puasa. Selain dari melaksanakan ibadah puasa, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama keluarga. Jadi, ayuh kita sama-sama raikannya!

Suri Catering & Event Services dan Merindu Savior Events & Management yang telah bekerjasama hampir 10 tahun dalam perniagaan acara dan majlis telah mencetuskan Buffet Ramadan 2025 dengan temanya From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0. Ini seterusnya menjadikan lokasi wajib yang korang patut cuba jika berada di Kuala Lumpur.

Duo gabungan Zaza Sabran, Pengasas Merindu Savior Events & Management dan Ahmad Anas B. Mustafa Kameel, Ketua Pegawai Eksekutif Suri Catering & Event Services menjadikan pengalaman pengunjung untuk berbuka puasa dengan ledakan gastronomi menerusi seleksi menu dalam suasana eksklusif.

Okay... Pasti ramai tertanya-tanya apakah menu menarik yang mereka tampilkan di Cornerstone IPC? Bertepatan dengan tema, konsep, menu dan dekorasi From Kampung Street to Jalan Ampang, terdapat lebih 150 jenis hidangan tradisional Melayu dari seluruh negeri. Antara menu yang ditawarkan kepada pengunjung dan merupakan sajian signature adalah Gulai Kawah, Lauk Pauk Ala Kampung seperti Itik Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Pekasam, Tempoyak Daun Kayu, Menu Warisan seperti Lempeng, Ubi Kayu Rebus dan banyak lagi.



Menu kampung yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ini dihasilkan oleh barisan chef berpengalaman dan mempunyai air tangan yang mempu menyempurnakan buka puasa korang.

Tidak ketinggalan juga bagi peminat pemanis mulut pasti akan dapat mengakhiri sajian korang dengan Aneka Dessert, Kuih Muih, Bubur dan semangkuk ABC yang enak. Paling istimewa minuman panas dia iaitu Teh Tarik. Memang terbaik dan sedap!



Lokasi yang strategik untuk pengalaman berbuka puasa yang unik di Cornerstone IPC, Jalan Ampang menjadi pilihan kerana lokasinya yang berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ia pasti dapat memberikan peluang kepada warga kota yang merindukan makanan asal usul mereka dengan menikmati hidangan tradisional di sini.






HARGA BUFFET RAMADAN 2025: CORNERSTONE IPC JALAN AMPANG

Buffet Ramadan 2025 - From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0 menawarkan tawaran sebanyak 

  • KANAK-KANAK : RM49.90 (berusia 6 tahun - 12 tahun)
  • WARGA EMAS : RM69.00
  • DEWASA RM129.90
Selain itu, Merindu Savior dan Suri Catering telah melancarkan harga promosi menarik sebanyak RM103.90 kepada pengunjung yang membuat tempahan awal sebelum 28 Februari 2025.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan gabungan tradisi, rasa dan kreativiti yang sempurna di Buffet Ramadan 2025 - From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0.

 

Untuk pertanyaan lanjut mengenai tempahan Ramadan, boleh hubungi :

ABDUL MUTALIB B. ABDUL SHUKOR | +6018-2255 465

 

Ahad, 5 Mei 2024

10 Tempat Sarapan Terbaik di Sekitar Selangor Tahun 2024

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hampir sebulan juga LeYa tak update blog, hari ni baru rasa nak buka laptop dan update dan kongsikan satu cerita dengan korang. Mana taknya, sibuk sangat berhari raya, so agak kemalasan lah sikit nak menulis. Hehehe...

By the way, sama ada korang mengidamkan hidangan tradisional Malaysia seperti Nasi Lemak dan Roti Canai, masakan antarabangsa seperti Full English Breakfast atau pun kafe yang menyajikan kreasi mengikut trend dan Instagrammable; Selangor mempunyai tempat-tempat untuk memuaskan peminat-peminat sarapan pagi dan komuniti yang suka bangun awal pagi. Jom ikuti pilihan LeYa di seluruh Selangor yang pasti dapat memuaskan selera korang. 


ROTI CANAI KARI KAMBING, SUNGAI BESAR

Roti Canai Kari Kambing di Sungai Besar adalah tarikan utama kepada penduduk tempatan dan pelawat yang datang ke Sabak Bernam. Ramai penduduk tempatan mengatakan hidangan utama ini salah satu sarapan terbaik di sekitar Sungai Besar. Roti Canainya rangup di luar dan lembut di dalam, manakala Kari Kambing mereka turut mempunyai rasa yang unik dan sukar untuk ditemui di tempat lain. Apabila dimakan bersama, LeYa pasti korang akan ingin menambah sepinggan lagi. 

Selain itu, restoran ini juga menyajikan sarapan tradisional Melayu lain yang boleh dipilih sendiri yang disediakan seperti Pulut Sambal, Nasi Lemak, Kuih Muih dan lain-lain. Korang juga turut berpeluang nikmati sarapan pagi berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi yang menakjubkan.

ROTI CANAI PELANGI, KUALA SELANGOR 

Mulakan hari korang dengan makanan yang berwarna-warni dan lazat. Roti Canai Pelangi menyajikan Roti Canai berwarna-warni dengan pelbagai perisa yang unik untuk setiap warna - merah berperisa strawberi, kuning berperisa jagung, oren berperisa durian, biru berperisa ubi keledek dan hijau berperisa epal. Walau bagaimanapun, perisanya tidak terlalu kuat, jadi ia tidak akan mengganggu rasa asal Roti Canai. Roti Canai itu juga lembut dan gebu serta disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan seperti Kari Daging Kambing, Kari Daging Lembu dan Kari Kaki Ayam untuk korang nikmati. Restoran ini beroperasi dalam sistem layanan diri di mana para pelanggan akan mengambil makanan yang dipilih sendiri dan membayar di kaunter. Jika korang ingin mencuba hidangan lain, terdapat pelbagai pilihan seperti Nasi Ambeng, Pecal, Laksa, Lontong dan banyak lagi. Dengan meja makan yang mencukupi dan makanan segar yang disajikan, korang akan berada dalam suasana hati yang baik sepanjang hari.

 

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut: 

https://www.facebook.com/roticanaipelangi 

https://www.instagram.com/roticanaipelangiofficial/ 


FINO COFFEE, KLANG



Adakah sarapan hidangan kegemaran korang sepanjang hari? Fino Coffee di Klang menyajikan sarapan sepanjang hari. Kafe ini mempunyai suasana yang tenang di mana korang boleh berehat dan menikmati hidangan dengan sepenuhnya tanpa gangguan di sekeliling korang. Beberapa hidangan sarapan yang mereka sediakan adalah Fino's Big Breakfast, roti bakar ayam goreng percik dan roti bakar manis dengan buahan berries. Mereka juga turut menyajikan pilihan makanan vegetarian. Selain itu, mereka juga menyajikan minuman unik untuk peminat matcha dan houjicha cuba, seperti kacang merah matcha dan coklat houjicha. Fino Coffee menggunakan bahan segar untuk memastikan pelanggan mereka mendapat makanan berkualiti terbaik.


 

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut: 

https://www.instagram.com/coffee.fino/ 


TINGKAP CAFE OLDTOWN, PETALING JAYA



Korang yang datang ke sini pasti akan merasa seperti berada di zaman 50-an ketika menikmati sarapan di Tingkap Cafe di Old Town Petaling Jaya. Tempat sarapan ini mempunyai estetika Kopitiam lama yang tradisional dengan makanan yang murah dan lazat untuk peminat sarapan mencuba. Beberapa makanan yang disajikan adalah Roti Jala, Lontong, Mee Rebus, Lempeng Kelapa dengan Sambal Ikan Bilis, Curry Laksa dan banyak lagi. Mereka juga terkenal dengan Sate yang aromatik dan segar yang dimasak di depan gerai dan juga dengan pelbagai kuih tradisional mereka. Harga makanan dan minuman yang ditawarkan adalah berpatutan dan memuaskan untuk dimakan. Suasana lama yang tradisional dan pelbagai hidangan sarapan Kopitiam tradisional pasti akan menceriakan hari korang.


Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:


RESTORAN UBI KAYU, SUBANG JAYA


Sebuah restoran sarapan tradisional Melayu yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelawat di kawasan tersebut kerana pelbagai hidangan Melayu tradisional seperti Roti Jala dengan Kari Ayam, Asam Laksa, Mi Rojak, Soto, Lontong, Nasi Lemak Pandan, Mi Kari dan pelbagai jenis kuih Melayu tradisional dengan kos minimun hanya 50 sen. Rerstoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan yang sentiasa berharap untuk mencuba makanan berkualiti, harga berpatutan dan pelbagai pilihan hidangan sarapan di menu mereka.



BREAKFAST ROOM, BUKIT JELUTONG 


 

Jika korang mencari kafe yang menyajikan salah satu sarapan dengan suasana yang instagrammable, jom sarapan di Breakfast Room yang terletak di Bukit Jelutong. Pilihan menu sarapan yang bertemakan barat klasik adalah sebab utama ramai pengunjung tempatan dan pelancong datang ke sini terutamanya kerana keunikan dan keenakannya. Beberapa menu sarapan mereka seperti english muffin, sandwich, telur dan roti bakar serta kopi dan teh. Suasana kafe yang selesa membuatkan korang dapat menjamu selera dengan atmosfera yang tenang. 


Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut: 

https://www.instagram.com/breakfast_room/ 


CHAR KUEY TEOW AUNTY GEMUK, KELANA JAYA



Char kuey teow Aunty Gemuk merupakan salah satu hidangan terbaik di Lembah Klang. Dengan harga yang sangat berpatutan, iaitu hanya sebanyak RM4.50 setiap pinggan, ramai pelanggan akan datang dan memilih gerai ini sebagai tempat sarapan kegemaran mereka. Mi kuey teow mereka juga mempunyai rasa pedas kemanisan yang membezakan mereka daripada gerai char kuey teow lain. Selain itu, mereka juga menyajikan laksa kari yang lazat dan berlemak. Korang juga boleh merasai keunikan dan kesedapan dalam setiap suapan makanan yang disajikan. 


KAMPUNG HILLS EATERY, KUALA LANGAT 


Tempat sarapan ini mempunyai aura kampung dengan hidangan western yang bertemakan Barat. Ramai penduduk tempatan dan pelawat akan datang ke restoran ini untuk mencuba pelbagai perisa unik Barat dan tempatan, seperti Eggs in Purgatory, Kachang Pool, Nasi Lemak, Kuey Teow Goreng, Mee Udang Goreng, Ayam Goreng Crispy dengan Nasi Goreng, dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, hidangan sarapan utama mereka adalah pelbagai pilihan Nasi Lemak, sandwic bakar, dan sandwic Crossaint yang lazat. 

 

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut: 

https://www.instagram.com/kampunghills/ 


MAK O MAK CAFE, TAMAN MALAWATI



Di antara Hulu Langat dan Gombak, Mak O Mak Cafe adalah sebuah kafe restoran autentik yang menyajikan masakan tempatan dan hidangan Barat dan dibuka seawal 8 pagi. Kafe ini sesuai terutamanya untuk peminat kopi dan penggemar roti bakar kerana kafe ini menawarkan pelbagai sarapan seperti roti bakar telur goyang dan sandwic croissant. Selain itu, Mak O Mak Cafe juga menyajikan pelbagai pilihan kopi untuk pelanggan cuba. Selain itu, dengan harga yang berpatutan dan hidangan yang besar, pelanggan akan meninggalkan kafe dengan kepuasan.


Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

https://www.instagram.com/makomakcafe/ 

https://www.facebook.com/makomakcafe/ 


ROTI LELEH BATU ARANG, SELAYANG

Sarapan yang ringkas tetapi unik dan lazat. Restoran Roti Leleh Batu Arang adalah kegemaran tempatan di kawasan itu dan destinasi utama di kalangan penunggang basikal yang singgah untuk berehat dan menikmati hidangan sarapan ini. Roti lembut dibakar di atas arang, kemudian dimakan dengan tiga telur separuh masak, kicap manis, dan kacang merah yang lazat. Ramai penduduk tempatan dan pelawat akan singgah hanya untuk merasai hidangan ini, dan jarang sekali ia meninggalkan pelanggan tidak puas hati. Walau bagaimanapun, terdapat juga hidangan lain yang disajikan, seperti mi kari, lontong, dan soto, serta lemang dan rendang daging. Sarapan yang ringkas untuk memulakan dan menceriakan hari korang. 

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Sama ada korang makan makanan sarapan tradisional atau masakan santapan Instagramable, makanan yang sedap sentiasa dapat menyatukan orang dan membawa senyuman kepada wajah kita. Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan di Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Saluran Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan YouTube Pelancongan Selangor. #PusingSelangorDulu