Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Tourism Selangor terus memperluaskan promosi pelancongan negeri Selangor ke pasaran antarabangsa menerusi program Surprising Selangor: Asia 2026 Sales & Networking Programme Series 3 - Japan, bersempena Malaysia Fair 2026 di Tokyo.

Program ini bertujuan memperkenalkan Selangor kepada lebih ramai pelancong Jepun, selain mengukuhkan kerjasama dengan pemain industri pelancongan antarabangsa bagi menyokong kempen Visit Selangor Year 2026.
Diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling, pelbagai pertemuan dan sesi jaringan perniagaan diadakan bersama agensi pelancongan serta syarikat Jepun, termasuk Mitsui Fudosan dan Mitsui Shopping Park Lalaport. Kerjasama ini membuka peluang untuk pelaksanaan kempen promosi dan pakej pelancongan yang lebih menarik.
.jpeg)
Menariknya, pengunjung Malaysia Fair 2026 Tokyo turut berpeluang mengenali keunikan Selangor melalui pelbagai aktiviti interaktif seperti:
Tourism Passport & Stamp Collection – Mengumpul cop kenangan daripada reruai pelancongan.
Pengalaman Pelancongan VR – Meneroka tarikan menarik Selangor secara maya.
Pakaian Tradisional Malaysia – Mengenali kepelbagaian budaya melalui pengalaman memakai pakaian tradisional.
Pameran Gastronomi Malaysia – Menikmati dan mengenali pelbagai hidangan serta makanan tradisional Malaysia.



Sebagai negeri yang menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selangor mempunyai budaya tarikan pelancongan yang boleh diterokai termasuk keindahan alam semula jadi, warisan budaya, makanan tempatan, pusat beli belah, aktiviti keluarga dan pelancongan kesihatan.
Menurut Chua Yee Ling, penyertaan dalam program ini diharap dapat menarik lebih ramai pelancong Jepun untuk mengenali dan merasai sendiri keunikan Selangor.

Usaha ini membuktikan komitmen Tourism Selangor dalam memperkukuhkan kedudukan Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan di Malaysia, khususnya menjelang Visit Selangor Year 2026.









Pokcik datang ziarah sahabat sahabat blogger.. semoga terus bersemangat..
BalasPadamInsyaAllah pokcik. Baru nak mula semula ni. Setelah sekian lama menghilang
PadamPassport & Stamp Collection tu dah jadi trend pulak sekarang kan? Manarik sangat
BalasPadamYa betul.
Padamstamp collection tu saya sokong. pergi taiwan 2 years ago kitorang gigih cari mana2 tmpt utk cop stamp. boleh buat kenangan
BalasPadamYeahhhh
PadamRamai peminat stamp collection sekarang ni
BalasPadam