Rabu, 19 Oktober 2016

Syukur Tiada Rambut Gugur Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Secara lazimnya, kita akan mengalami keguguran rambut dalam 50 - 100 helai setiap hari. Ini adalah normal dan jika ia berlaku secara berlebihan, perlu dirawat dengan segera. Rambut yang gugur secara berlebihan biasanya terjadi akibat kerosakan atau teknik penjagaan yang tidak betul. Penggunaan syampu yang tidak sesuai juga boleh mengakibatkan kerosakan pada rambut.


Jadi, sebelum rambut anda gugur dengan lebih teruk sehingga menyebabkan penipisan rambut atau botak, jom anda cuba mengatasi masalah keguguran rambut dengan pengunaan syampu ini. Bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi dan selamat untuk rambut anda.


Marine Essence Bamboo Salt Nourishing Shampoo dirumus khas dengan garam buluh bersama Teh Pu-Erh yang ternyata berkesan bagi membersihkan dan membekalkan nutrisi untuk rambut agar ia kelihatan lebih sihat, lembut dan berseri. 

Khasiat Marine Essence Bamboo Salt Nourishing Shampoo

  • Dirumus tanpa sabun
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan rambut serta kulit kepala
  • Kaya dengan khasiat dari sumber semulajadi seperti daun teh Pu-Erh dan garam buluh
  • Tidak merosakkan kulit
  • Membasmi kuman dan bakteria
  • Mengurangkan kegatalan pada kulit kepala
  • Menyegarkan kulit kepala

Cara Penggunaan Marine Essence Bamboo Salt Nourishing Shampoo

  1. Basahkan rambut.
  2. Usapkan Marine Essence Bamboo Salt Nourishing Shampoo pada kepala.
  3. Urut kepala selama beberapa minit.
  4. Bilas rambut dan kulit kepala sehingga bersih.
  5. Jika terkena pada mata, basuh mata dengan segera.

Apa Kata Pelanggan LeYa

Di bawah adalah screeshot WhatsApp/SMS dari pelanggan-pelanggan LeYa. Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN, BOLEH HUBUNGI :

FACEBOOK >> ILLYA LEYA
WHATSAPP / TELEGRAM >> 017-6321680
 

NAK JADI AGEN/PENGEDAR SAH, CEPAT-CEPAT HUBUNGI LEYA SEGERA !!!

Ahad, 9 Oktober 2016

Kurangkan Berat Badan Dengan Min Kaffe + Garlic

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

LeYa Blog

Berat badan berlebihan pada tubuh? Kolesterol berlebihan dalam tubuh badan? Dah pernah periksa kadar kolesterol dalam badan anda? Risau dengan masalah kegemukan yang dialami? Sering diejek rakan-rakan dan orang sekeliling tentang kegemukan pada diri anda? Jangan Risau!!! Kini ada penyelesaiannya. Jom kita selongkar setiap kebaikan yang ada pada Min Kaffe dan Garlic Tablet ini.

Apa itu Kolesterol?
Kolestrol adalah lemak yang terdapat di dalam aliran darah atau sel tubuh yang sebenarnya diperlukan untuk pembentukan dinding sel dan sebagai bahan tetap beberapa hormon. Namun apabila kadar kolestrol dalam darah berlebihan, maka ia boleh mengakibatkan penyakit, termasuk penyakit jantung koronari dan stroke.


Kurangkan Berat Badan & Kolesterol dalam Badan
Untuk kurus, ada banyak cara dan solusinya. Modal untuk kurus ini tidaklah sampai RM100. Set Jimat dan Set Kecantikan Terlajak Laris ini mampu memberikan anda pulangan modal yang berbaloi-baloi.

LeYa Blog

Apa itu Min Kaffe?
Min Kaffe atau dulu lebih dikenali dengan Mineral Coffee, atau turut juga dikenali sebagai Kopi Kurus merupakan satu produk yang LeYa sangat gemari. LeYa akan minum Min Kaffe setiap pagi untuk mendapatkan energy booster. Kebiasaannya, apabila LeYa sudah mengambil satu sachet Min Kaffe ini setiap pagi, ia akan rasa kenyang dalam masa yang lama. Sebab itulah, kopi ini digelar kopi kurus. Ia sangat lah sesuai untuk anda yang sedang berdiet untuk kurus. 

Jadi, untuk set diet, kebiasaannya mereka akan mengambil Min Kaffe ini beserta Garlic Tablet. Ia bukan sahaja boleh mengempiskan perut malah turut membantu mengurangkan berat badan berlebihan anda dengan mudah dan cepat.


LeYa Blog


Min Kaffe ini juga sesuai untuk yang mempunyai masalah migrain dan sakit kepala. Selain itu, Min Kaffe juga sesuai untuk ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan bayi. Bagi ibu yang sedang menyusukan bayi, Min Kaffe berperanan melancarkan pengeluaran susu badan dan menambah susu badan ibu tersebut.

Aroma istimewa Min Kaffe ini berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Dengan aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Min Kaffe bukan sahaja dapat memenuhi citarasa para peminat kopi malah kandungan garam buluh di dalamnya juga dapat meningkatkan nilai nutrisi kopi tersebut.

Cara Pengambilan Min Kaffe
Sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Hanya bancuhkan satu sachet Min Kaffe dengan anggaran 150ml air panas. Kemudian, boleh diminum selepas dikacau dengan rata. Ia juga boleh dibuat dengan ais untuk penambah selera.

LeYa Blog

LeYa Blog

Testimoni Pengguna Mengenai Keberkesanan Min Kaffe dan Garlic tablet

LeYa BlogLeYa Blog

LeYa Blog LeYa Blog
Klik pada image untuk gambar rajah yang lebih jelas

Di Mana Boleh Dapatkan atau Beli Min Kaffe dan Garlic Tablet ni?
Produk ini boleh didapati daripada LeYa sendiri dengan harga sekotak Min Kaffe RM33.00 (20 sachet) dan Garlic Tablet berharga RM44.00 untuk sebotol. Namun, jika anda ingin dapatkan diskaun terlajak lebih murah, cepat-cepat hubungi LeYa untuk dapatkan set kurus dan kecantikan ini yang mana "PROMOSI JOM KURUS" sedang dijalankan sehingga 31 Oktober 2016.

SET JOM KURUS DENGAN MIN KAFFE & GARLIC TABLET

HANYA RM70.00 SAHAJA !!!

Ingin menjadi agen produk Min Kaffe dan Garlic atau menjana pendapatan tambahan setiap bulan ?? Anda semua boleh directly hubungi LeYa seperti maklumat yang tertera di bawah. Segala training akan diberikan secara percuma.

Untuk maklumat lanjut:
WhatsApp/Call/Telegram: 017-6321680

Rabu, 28 September 2016

Kembara Felcra Bersama Media

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pada 23 dan 24 September, LeYa telah menyertai Kembara Felcra bersama Media dan Geng Hai Blogger! ke Lumut, Perak bersempena dengan Sambutan Felcra ke-50 Tahun Jubli Emas.  Sebanyak 50 buah kereta telah turut serta dalam aktiviti kembara ini. Konvoi beramai-ramai ini bermula dari Kuala Lumpur dan terus ke Lumut, Perak.

LeYa asyik berkata tentang Felcra. Apa itu Felcra? Felcra atau dikenali dengan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Kemudian pada 1 September 1997, FELCRA dikorporatkan dan ditukar nama kepada FELCRA Berhad. Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA menyusuri bidang perniagaan baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.


Usai Solat Zuhor, LeYa tiba lokaasi pertama iaitu di perkarangan perkampungan Felcra Lekir atau kini dikenali Kampung Aman Jaya. Di sini LeYa dan rakan-rakan diraikan begitu meriah sekali. Sambutan yang hangat disusuli dengan perarakan ke kawasan kampung menaiki traktor berhias, membuatkan LeYa seronok menyertai kembara ini. Oppss...kami disajikan hidangan makanan tengah hari ala-ala kampung yang sangat sedap sekali. Dan tidak dilupa kepada buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan dan buah rambai.


Sebelum pulang kami diberikan hadiah berupa ikan bilis berkilo-kilo dalam beg goodies yang telah disediakan. Sangatlah terharu dengan layanan yang diberikan.


Kemudian, kami menginap di Swiss Garden Damai Laut Resort untuk satu malam. Teruja dengan pemandangan yang indah di tepi pantai membuatkan LeYa berasa tenang berada di sana. 

Bersiap pula untuk turut serta dalam Majlis Networking Dinner bersama YB Dato Bung Mokhtar dan para media yang lain. Bertemakan warna merah pada malam itu, menyerlahkan lagi suasana di dalam Grand Ball Room yang memuatkan semua media termasuk Geng Hai Blogger! Aktiviti cabutan bertuah dan seisi karaoke turut diadakan untuk kelihatan lebih meriah di situ. Alhamdulillah, rezeki Encik Suami a.k.a. Otomen Taro telah berjaya memenangi cabutan bertuah sebuah periuk nasi berjenama Panasonic.


Sebelum mengakhiri majlis makan malam itu, kami diberikan setiap seorang kain pasang dari Jakel. Syukur sangat dengan rezeki yang diperolehi.

Keesokkan paginya, seawal 6.30pagi, kami sudah bergerak menuju ke Felcra Plantation Services bagi melihat dan melakukan aktiviti yang berada di sana. Sekali lagi, kami dihidangkan dengan sarapan pagi nasi lemak yang enak dan juga diberikan cenderahati beras lebih kurang 3kg.

Felcra, Pemangkin Pembangunan Luar Bandar merupakan sebuah agensi yang terkemuka di Malaysia dalam menjayakan pembangunan ekonomi luar bandar di Malaysia kini. Menerajui sektor pertanian, Felcra cuba mengetengahkan beberapa produknya yang dianggap sangat baik dan berpuas hati di mata LeYa.

Kalau dahulu, zaman Tok Nenek moyang kita menggunakan kuku kambing untuk menuai dan menyemai padi, tetapi kini dengan teknologi dari Jepun, Transplanter merubah kehidupan petani moden masa kini. LeYa berkesempatan juga untuk merasai detik-detik berada di tengah sawah yang panas terik untuk menikmati bagaimana cara petani menyemai padi menggunakan teknologi transplanter. 

 
Teknologi kedua yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia khususnya peserta Felcra adalah ELA Gyrocopters. ELA Gyrocopters ini berfungsi sebagai penyemburan racun serangga di kawasan sawah padi dengan sekali semburan. Ia boleh terbang dengan jarak yang rendah iaitu kira-kira 2m dari sawah padi untuk melaksanakan kerja-kerja penyemburan.



 

 Benih Padi

Selepas itu, kami ke Dataran Koperasi Felcra yang terletak di Felcra Seberang Perak. Di sini, kami disambut meriah oleh ahli-ahli Felcra Seberang Perak dan juga staf-staf koperasi. Sekali lagi kami menerima cenderahati berupa labu sayong dan makanan ringan untuk dibawa pulang. Objektif utama penubuhan Koperasi Felcra adalah untuk menyatukan dan menggabungkan elemen sosial dan ekonomi penduduk Felcra bagi mencapai kemajuan pembangunan secara global dari segi fizikal mahupun spiritual. 


Seterusnya, kami dibawa ke kawasan pembinaan rumah untuk anak-anak felcra. LeYa amat terkejut apabila mendengar harga sebuah rumah yang dimiliki oleh anak-anak felcra akan datang. Salah satunya jenis A, berkeluasan 25"x55" persegi, mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air dengan harga RM150,000 seunit. WoW! Sangat murah kan. Kalau di kawasan KL memang tak akan dapat la macam ni. 


Lokasi terakhir kami lewati adalah Dataran Dewan Seberang Perak untuk menikmati hidangan makan tengah hari yang telah disediakan oleh peserta Felcra Seberang Perak. Memang sangat bertuah LeYa dan rakan-rakan kali ini. Disambut dengan begitu meriah sekali dengan alunan kompang, dihidangkan makan di meja VVIP dan dapat melihat persembahan tradisional dari anak-anak felcra yang menghiburkan. Tidak lupa juga penampilan khas persembahan badut bagi mencuit hati kami. 

Sebelum pulang, kami diberikan lagi cenderahati untuk dibawa balik bersama. Memang LeYa sangat gembira dan terharu dengan layanan yang diberikan oleh peserta-peserta Felcra sama ada dari Kampung Aman Jaya mahupun Felcra Seberang Perak.

Cukup sampai di sini sahaja perkongsian yang dapat LeYa ceritakan sepanjang berada di Lumut, Perak. LeYa ucapkan berbanyak Terima Kasih kepada Team Hai Blogger! dan juga Felcra Berhad yang telah menganjurkan aktiviti kembara ini.

 Geng Hai Blogger bergambar di depan Felcra Plantation Services

Hasil Dapatan dari terlibat bersama Kembara Felcra 50 Tahun Jubli Emas

Rabu, 21 September 2016

Tawaran RM0 ke Ho Chi Minh City

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah nak hujung tahun ni kan pasti ramai yang sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga, rakan-rakan, dan sesiapa sahaja laa yang anda ingin bawa. 

Bandar Ho Chi Minh yang terletak di Vietnam yang kini mendapat kunjungan ramai pelancong ke sana. Apa yang menarik di situ? Pasti teruja kan untuk turut serta ke sana. Tapi.... bajet tak banyak untuk bercuti di sana.

Jangan risau.....


Hari ini sempena keaktifan semula LeYa dalam dunia blogging, LeYa ingin memberi peluang kepada anda semua untuk merasai kehangatan percutian di Ho Chi Minh dengan tiket percuma. Tawaran ini terhad hanya untuk 3 hari sahaja. Jangan lepaskan peluang selagi tawaran masih ada.


The city life in Vietnam is unlike any other! A fulfilling experience awaits you, so book your seats now from 12pm-2pm before 23 Sept 2016!

Selasa, 20 September 2016

Road Tour #Core2BeFit Ke Segamat,Johor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Core2BeFit adalah sekumpulan anak muda yang menjalankan aktiviti sukan Freeletics yang semakin meluas di bumi Malaysia. Diasaskan oleh Mohd Firdaus bin Ishak yang mana seringkali memberi nasihat-nasihat positif kepada ahli didikannya agar sentiasa bersemangat kental dalam menangani apa sahaja tugas yang dilakukan. 


Pada 27 Ogos yang lalu bersamaan Hari Sabtu, LeYa dan suami, Mr. Otomen Taro diberi peluang untuk membuat sedikit liputan mengenai komuniti Core2BeFit tentang sukan Freeletics yang dilaksanakan mereka. Sempena penjelajahan mereka ke seluruh Malaysia, pada hari itu telah berlangsung di Dataran Segamat, Johor.

Dalam artikel lama LeYa, ada menerangkan sedikit pengenalan mengenai sukan Freeletics ini. Boleh rujuk Di Sini. Kini, artikel LeYa lebih memfokuskan mengenai komuniti Core2BeFit sebaai tanda semangat berkobar melihat kelincahan mereka melakukan setiap aktiviti yang dijalankan.

Pada hari itu, banyak aktiviti telah dijalankan. Peserta yang terlibat tidak melepaskan peluang yang ada untuk turut serta. Peserta kelihatan bersemangat untuk menjaga kesihatan diri bersama komuniti Core2BeFit. Coach yang hadir juga sangat peramah dan friendly bersama protege baru mereka.

Pelbagai aktiviti sukan bersama team komuniti Core2BeFit ada LeYa sertakan di gambar bawah. Peserta-peserta kelihatan bersemangat walaupun dalam keadaan letih.









Pengasas atau Founder bagi komuniti Core2BeFit, Mohd Firdaus bin Ishak sangat berkarisma dan berusaha keras dalam menjayakan komuniti beliau melalui persahabatan yang terjalin daripada aktiviti sukan freeletics yang dianjurkan di setiap negeri dalam Malaysia.

Tidak ketinggalan juga penaja-penaja hebat yang turut serta memeriahkan komuniti Core2BeFit di Dataran Segamat adalah Team DietLicious. Team Dietlicious merupakan pakar pemakanan yang terunggul di Malaysia berkenaan pemakanan gaya hidup sihat.

Antara jualan makanan sihat yang ada dibawa bersama ke Dataran Segamat boleh dilihat di gambar rajah di bawah. Harga yang berpatutan dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.


 
 

Alhamdulillah, rezeki LeYa dan Otomen sekali lagi, pabila salah seorang peserta freeletics di Dataran Segamat adalah pemilik sebuah cafe terkemuka di Segamat, Johor. Cafe & Dessert Ngeteh Port, yang dimiliki oleh salah seorang peserta tersebut. Beliau telah menaja kami sarapan pagi yang sangat enak. Disaji dengan durian segar dari kampung dan hidangan sarapan ala Italy, roti parata, LeYa rasa sangat kenyang dan bersyukur dengan rezeki yang diperolehi hari itu.




Bersama pemilik restoran

Sebelum berakhir aktiviti sukan freeletics bersama komuniti Core2BeFit, LeYa memohon semua yan hadir untuk turut serta dalam sesi fotografi sebagai tanda penghargaan yang tidak ternilai kerana telah memberi LeYa dan Otomen untuk membuat liputan mengenai sukan freeletics ini.


Barisan coach komuniti Core2BeFit yang gagah dan bersemangat waja

LeYa amat bertuah kerana diberi peluang yang tidak terhingga ini untuk membuat liputan kali kedua mengenai freeletics dan sekaligus memperkenalkan Team Komuniti Core2BeFit yang sangat hebat ini. Jom turut serta mengamalkan gaya hidup sihat mulai hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak di bawah:-