Memaparkan catatan dengan label Fotografi dan Videografi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fotografi dan Videografi. Papar semua catatan

Isnin, 30 September 2019

Travelog Sabah | Bermalam Di Hutan Tabin Wildlife Resort Sungguh Mengujakan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bermalam di dalam hutan nun jauh di Borneo memberi satu pengalaman bermakna buat LeYa. Memang dahulu pernah juga bermalam di hutan ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang berdekatan dengan rumah. Tetapi, kali ini berbeza sekali kerana memberikan pengalaman baru buat LeYa bermalam di sebuah resort yang terletak jauh di tengah-tengah hutan di Lahad Datu, Sabah.


Tabin Wildlife Resort (TWR) ini merupakan sebuah resort yang berkeluasan 122,539 hektar dan sejauh 45km dari Pekan Lahad Datu. Kira-kira kalau korang dari Lapangan Terbang Tawau ambil masa 3 jam lebih juga. Mana taknya, jalan yang jauh berliku dan apabila tiba di laluan masuk ke Tabin pula memakan masa lebih kurang 1 jam kerana jalan yang dilalui itu tidak bertar, berbatu kerikil dan sedikit tanah merah. Ia benar-benar mencabar dan kenderaan yang membawa LeYa dan rakan-rakan terpaksa bergerak perlahan.

Setibanya LeYa di situ, TWR tidak sombong menghadirkan buat pencinta alam menikmati keasyikan keindahan resortnya. LeYa memang terpana dengan kehijauan dan kedamaian di sini. Sebelum berceloteh lebih panjang, jom kita baca dulu info penting mengenai Tabin Wildlife Resort ni.


Tabin Wildlife Resort

Tabin Wildlife Resort terletak di KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah. Resort ini merupakan lokasi penginapan mewah dan eksklusif di dalam hutan hujan tropika yang luas. Ia menggabungkan campuran Borneo mistik, tradisional dan perkhidmatan peribadi. Korang akan terpesona melihat dan merasai pelbagai aktiviti menarik di situ.

Tabin Wildlife Resort memiliki 10 unit lodge di River Lodge dan 10 unit di Hill Lodge. LeYa diberi penginapan di bahagian River Lodge. Keluasan bilik penginapan di River Lodge berkeluasan 17.5 kaki X 17.5 kaki. Setiap pondok hutan dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, katil bersih, penyaman udara dan balkoni peribadi yang menghadap Sungai Lipad di mana korang boleh berehat dan mendapatkan rasa sebenar keindahan alam sekitarnya. Tidak dilupakan juga ada menyediakan lampu suluh buat pengunjung yang ingin bawa sewaktu Night Safari nanti. Boleh memuatkan 2-3 pax setiap lodge.



Kemudahan Yang Disediakan

  • Memiliki 20 unit lodges yang luas dan berhawa dingin serta menempatkan setiap bilik dengan beranda peribadi dan pancuran mandian air panas dan katil yang bersih dan selesa.
  • Terdapat Sunbird Cafe yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan yang lazat dan mampu menampung kapasiti 80 orang tetamu.
  • Trogon Hall untuk kemudahan mesyuarat dan juga Kedai Souvenir Hornbill.
  • Animal hides and watch towers.
  • Bekalan elektrik disediakan dari Generators.
  • Tabin Wildlife Resort dibuka sepanjang tahun.
  • Iklim di kawasan Tabin adalah tipikal hutan hujan, panas dan lembap. Kebiasaannya berlaku dari bulan Disember hingga Januari.

Tabin Wildlife Reserve

Merupakan Rizab Hidupan Liar terbesar di Malaysia dan terletak di bahagian timur Sabah. Ia terdiri daripada kawasan seluas 300,000 ekar di tengah Semenanjung Dent, utara-timur Bandar Lahad Datu, selatan dari bahagian bawah Sungai Segama dan utara Silabukan Rizab Hutan.

Ditubuhkan pada tahun 1984, Tabin Wildlife Reserve ini memiliki sebilangan besar haiwan yang mendiaminya dan sebahagiannya sudah terancam. Tiga mamalia terbesar Sabah, iaitu Borneo Pygmy Elephant, Rhinoceros Sumatera dan Tembadau kesemuanya dijumpai dalam sembilan spesies primata hadir, serta tiga spesies kucing yang semuanya berada dalam senarai hidupan liar yang dilindungi. Selain itu, daripada spesies burung, 4 keluarga yang mewakili lebih daripada 300 spesies telah direkodkan. Tabin Wildlife Reserve disenaraikan sebagai Kawasan Burung yang Penting (IBA: MY027).

Salah satu daripada puncak Tabin adalah gunung berapi lumpur yang kaya dan aktif, menarik kunjungan kebanyakan hidupan liar untuk pengambilan mineral mereka dan menyajikan platform yang sesuai untuk pemerhatian hidupan liar dan memerhati burung.


Melawat Tabin Visitor Centre

Lokasi pertama yang LeYa dan rakan-rakan dibawa sebelum ke tempat lebih mencabar dan menarik. Tapi, nak dijadikan cerita sebenarnya selepas membersihkan diri, LeYa berbaring seketika di katil yang empuk tu dan tertidur sehingga tidak terduga yang mereka sudahpun pergi ke Tabin Visitor Centre tu. Hahaha...


Apa yang ada di dalam Tabin Visitor Centre?

Ia merupakan pusat maklumat tentang Tabin Wildlife sebelum kita pergi lebih jauh lagi untuk meneroka hutan hujan ni. Kiranya mereka bagitahu LeYa it's ok je kalau terlepas. Kah! Penat hampir 3 jam dalam flight dan jalan-jalan berliku nak sampai tu lah yang duk elok LeYa lena.

Usai dari itu, terus ke Sunbird Cafe menonton tayangan video berkenaan hidupan liar di Tabin dan menikmati hidangan makan malam yang disediakan.


Sunbird Cafe

Sunbird Cafe adalah "happening place" di mana tetamu bertukar pengalaman ketika merentasi hutan sambil menikmati makanan yang dihidangkan. Chef yang berpengalaman memahami akan setiap tetamu menyediakan hidangan yang sempurna dan lazat.

Korang juga boleh menikmati secawan kopi Sabah yang menyegarkan sambil merasai suasana pemandangan hutan dan sungai yang berdekatan dan menyaksikan aktiviti-aktiviti serangga, rama-rama, burung, mamalia kecil dan segelintir monyet yang nakal serta kadang-kadang terdapat juga gajah yang lalu berdekatan dengan kafe ini.


Night Safari

Bila malam menjelma, inilah antara aktiviti yang ditunggu pengunjung. Berjalan malam menyaksikan pemandangan langit yang cerah dan jelas untuk melihat hidupan-hidupan liar yang ada dan aktif di waktu malam. LeYa dan rakan-rakan dibawa dengan menaiki kenderaan terbuka bagi melihat jelas hidupan liar di waktu malam sambil menikmati pemandangan malam di hutan. Satu pengalaman yang menyeronokkan tatkala dapat merasai alam semulajadi di Tabin.

Tapi awas ye! Hati-hati dengan setiap haiwan malam yang aktif ni kerana pastinya korang sendiri tidak menyedari kehadiran mereka sehingga diberitahu Tour Guide.


Lipad Mud Volcano

Saat yang paling dinantikan tiba. Keesokan paginya, LeYa dan rakan-rakan excited bersiap dan bersarapan pagi sebelum bertolak ke tempat tarikan yang paling best sekali.


Inilah dia satu lagi tarikan yang LeYa tak mungkin lupakan ketika berada di sini. Tabin memiliki gunung berapi lumpur (mud volcanoes) yang kaya dengan mineral dan salt springs sebagai hadiah alam semulajadi yang terbaik. Dek kerana memiliki kekayaan garam mineral itu, kawasan ini sering menjadi kunjungan hidupan liar dan burung-burung yang terdapat dalam trek haiwan di sini. Bagi yang suka dengan aktiviti alam, boleh mencuba kesan lumpur gunung berapi ini dan dikatakan boleh menghaluskan kulit. Ternyata benar bila LeYa setepek letak kat muka macam pakai Mask gitu. Hahaha... Rasa sejuk dan lembut je kulit pipi aiiii taw!


Dalam perjalanan ke Lipad Mud Volcano, korang boleh juga memerhati keadaan hutan dan hidupan liar yang hadir. Tidak cukup itu! Nak masuk bermain lumpur gunung berapi tu, korang akan merentasi jalan hutan kira-kira 700m dan sekali lagi korang akan melihat flora dan fauna yang berada di situ. LeYa sendiri pertama kali diberitahu Tour Guide mengenai Tahi Cacing yang dikumpulkan sebesar tapak tangan itu. (Gambar ke-3 yang dipegang Tour Guide)



Banyak lagi aktiviti menarik yang korang boleh lakukan ketika bermalam di hutan Tabin ini. Yang pasti ia menyeronokkan dan memberi pengalaman yang bermakna sekali. Maklumat lanjut boleh didapati di bawah:


Tabin Wildlife Resort

Lokasi
KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu. Sabah, Malaysia.

Telefon
+60 88 267266

Fax
+60 88 258266

Website

Email

Facebook


Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Terima kasih juga kepada photographer di kalangan rakan-rakan LeYa iaitu Sis Lin, Abg Rudy, Zayani Zulkiffli, Johan Arif & Illy Ariffin yang dah berkongsi banyak gambar menarik untuk blog buruk LeYa ni. Love you all.


Nantikan lagi tempat-tempat menarik di Sabah yang LeYa kunjungi di Next Episode. Stay tuned!

Jumaat, 15 Disember 2017

Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiga tahun menetap di kawasan sini. Tapi tak bermaksud LeYa sudah jelajah kesemua tempat menarik di sini. Al-maklumlah sibuk dengan kerja. Kali ini LeYa berpeluang untuk kongsikan sedikit tempat pelancongan menarik yang mungkin masih ramai tak pernah berkunjung ke Cyberjaya. 

Jom.... Kita lihat apa yang menarik di Cyberjaya.

1. Rasai Pengalaman di Dash Box Hotel yang unik

Salah satu tempat best dan cantik untuk korang semua ambil gambar banyak-banyak.  Cuba korang menginap di sini dan hang-out bersama rakan-rakan atau keluarga di Dash Box Hotel dengan rekaan bangunannya yang unik, ala-ala hipster dan trendy tuh. Yang menariknya lagi, korang boleh mandi-manda di swimming pool yang juga sangat cantik. 


Alamat Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Tel 03-8322 7171



2. Menghirup udara segar di Taman Tasik Cyberjaya

Salah satu lokasi hebat dan menarik untuk beriadah, berjogging dan berkelah adalah di Taman Tasik Cyberjaya. 

Dari luar dah nampak playground yang agak besar dan di dalamnya ada banyak tempat best yang boleh korang terokainya lagi. Antaranya seperti jam besar, sebuah jambatan menuju ke pulau kecil yang dinamakan Pulau Wind Chime, berkelah di tepi tasik dan banyak lagi aktiviti yang boleh korang jalankan di sini.

Alamat Jalan Kelab, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Tel 03-8322 6765



3. Menginap di suasana kehijauan di Cyberview Resort & Spa

Satu lagi kawasan hijau yang korang boleh nikmati di Cyberjaya iaitu di Cyberview Resort & Spa. Suasana yang memang cukup tenang dan mendamaikan yang dapat menghilangkan segala kekusutan minda seharian bekerja 5 hari. 

Cyberview Resort & Spa menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar untuk turut sama merasai keindahan bermalam di situ.


Alamat Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Tel : 03-8312 7000



4. Santai di ZAWARA Coffee

Antara cafe yang korang perlu cuba bila berada di Cyberjaya! Korang juga boleh tengok komen di Foursquare yang mana semuanya bercerita tentang keenakan makanan dan minuman di sini. Lagi best kalau korang nak buat shooting kat kafe ni pun dialukan. Korang yang suka bergambar ala hipster pasti teruja dan tak sabar nak ke Zawara Coffee ni. 


Alamat Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Tel : 03-8322 8020


5. Masjid Cyberjaya

Aha! Korang jangan lah ingat nak ke masjid di waktu Hari Jumaat je kan.. Meh LeYa bawa kan korang ke Masjid Cyberjaya ni atau lebih dikenali dengan nama lain ialah Masjid Raja Haji Fi Sabilillah yang penuh dengan kecantikan di dalamnya ini. Sekali korang dah pergi, pasti korang teringin dan rasa seronok untuk ke sini. Dengan keunikan seni bina masjid ni, pasti membuatkan korang kagum dengan arkiteknya dan keunikan yang ada dalam Islam. 


Alamat Persiaran Semarak Api, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor



6. Shopping, Main Bowling dan Tengok Wayang di D Pulze Shopping Centre dan Gem In Mall

Dalam kawasan Cyberjaya ni, ada juga pusat membeli-belah D Pulze dan Gem In Mall

Ada macam-macam tarikan dalam mall ni selain kedai-kedai yang korang boleh shopping di situ. Antaranya korang boleh buat aktiviti bersama rakan-rakan mahupun keluarga dengan menonton wayang, bermain bowling dan lain-lain.

Jadi, tak rugi jika korang berkunjung ke Cyberjaya ini. Pemandangan juga sangat cantik, moden, trendy dan sesuai untuk penggemar swafoto yang sukakan update Instagram setiap hari. Macam-macam ada di sini!




Maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.cyberjayamalaysia.com.my/

Sabtu, 26 Ogos 2017

KAIO STUDIO | Fotografi Terbaik Di Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Korang rasa menarik tak gambar LeYa kat atas tu? Cantik... Tertarik kau memang dabboooommm kan... Pasti seronok kan kalau dapat gambar menarik dan cantik macam ni lebih-lebih lagi untuk Hari Bersejarah atau Hari Istimewa kita? So... LeYa nak perkenalkan korang dengan studio terkenal yang tidak asing lagi iaitu Kaio Studio and Production Sdn Bhd

Kaio Studio menawarkan perkhidmatan sebagai fotografi dan videografi kepada semua. Mereka juga menawarkan khidmat rekaan grafik seperti poster dan khidmat kursus kepada korang semua yang berminat untuk belajar selok-belok mengenai editing dan sebagainya.

Latar Belakang Kaio Studio


Anwar Abdullah merupakan pengasas Kaio Studio dan beliau bermula sebagai Wedding Videographer di majlis perkahwinan pada tahun 2012 dengan berbekalkan modal hanya bawah RM5,000 dari simpanan beliau sebagai pemandu pelancong suatu ketika dahulu. 

Anwar Abdullah juga merupakan bekas pelajar Management & Science University (MSU) dalam bidang pengurusan hospitaliti dan pelancongan. Namun, beliau tidak meneruskan kerjaya beliau dalam bidang tersebut. Sebaliknya, beliau lebih meminati bidang fotografi dan videografi dengan lebih mendalam lagi sehingga membawa nama Kaio lebih jauh lagi.

Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio yang petah berbicara

Jadi, dengan semangat dan kecekalan Anwar dalam mengharungi bidang fotografi yang diminatinya telah menjadikan Kaio Studio sebuah organisasi Studio Fotografi dan Videografi yang terkenal di Malaysia. Turut dibantu, rakan sekerja beliau dalam memperkembangkan lagi bakat anak muda yang minat kepada fotografi dan videografi. 

Team Kaio Studio

Karya Kaio Studio Yang Mantap

Okay... Jom LeYa tunjukkan serba sedikit hasil karya Kaio Studio yang cantik lagi awesome ni! Memang terbaik dan puas hati dengan hasil kerja mereka. 

Kaio bersama pelancong Poland ketika bercuti di Pulau Pangkor, Perak

Kaio berkongsi pengalaman bersama pelajar MSU

Bersama Nabil Ahmad, Maharaja Lawak




Bergambar bersama sahabat yang belajar di Cairo, Mesir ketika trip shooting ke sana

Anwar Abdullah & Anuar Zain ketika trip ke Paris

Menerima Anugerah Selepas Perkongsian Ilmu Kepada Pelajar Tahun Akhir UiTM di Publika

Gambar Wedding Karya Kaio Studio. Boleh lihat di website untuk paparan lebih jelas

Kaio Studio Wedding Showreel

Pre-wedding Saharul Rizwan & Deena Emir

Pengalaman LeYa photoshoot di Kaio Studio

Tiba masanya pula apa yang LeYa rasa bila sudah memiliki gambar yang cantik bersama Kaio Studio. Actually, ini adalah kali pertama LeYa bekerjasama dengan pihak Kaio Studio menghasilkan mutu photo yang sangat terbaik. Korang sendiri dah lihat hasil karya Kaio Studio di atas kan. Antara yang menjadi awesomenya LeYa bila dapat hasil karya dari Kaio Studio ini ialah terasa diri seperti retis pulak bila tengok gambar yang sangat cantik dan kemas. 

Okay... lokasi Kaio Studio ni rasanya tidaklah sukar mana untuk korang cari. Hanya gunakan teknologi canggih di telefon korang untuk WAZE atau Google Map dengan carian "KAIO STUDIO". Pastinya korang akan jumpa kerana studio photoshoot ni terletak di hadapan bangunan Acapella Suite Hotel, Shah Alam. Bila dah sampai, korang cari pula BEN's Art Cafe dan Kaio Studio terletak di atasnya. 

Saat melangkah kaki masuk sahaja ke studio, apa yang LeYa boleh katakan adalah "WoW!!!...". Sangat cantik, luas dan kemas. Memang sesuai sangat untuk buat photoshoot bersama keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja. Penggunaan lighting yang cantik untuk menghasilkan karya yang sangat mantap. Syabas Kaio Studio! LeYa betul-betul terpana bila sampai di sana. 

Kaio Studio juga menyediakan ruang yang selesa di bahagian belakang untuk persalinan pakaian, ruang solat dan ruang menggosok pakaian jika perlu. Memang awesome habis lah LeYa tengok bila berada di situ.

Jadi, tanpa buang masa korang, jom tengok gambar menarik LeYa ketika membuat photoshoot di Kaio Studio pada minggu lalu. 



















Untuk sessi photoshoot LeYa kali ini ingin juga berterima kasih kepada MUA, Rosniza Rose yang sudi make-up wajah LeYa kelihatan sangat cantik.

Maklumat lanjut mengenai Kaio Studio boleh didapati seperti di bawah:-

Website | www.kaiostudio.com
Facebook | www.facebook.com/kaiostudio
Instagram | www.instagram.com/kaiostudio
Twitter | www.twitter.com/kaiostudio
Youtube | www.youtubw.com/kaiostudioTV

Alamat | 1-06 Metia Residence Offoce, No. 5, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Nak lebih mudah, korang waze atau google map je "Kaio Studio".

LeYa pasti korang tidak akan kecewa memilih Kaio Studio sebagai lokasi penggambaran korang. LeYa sendiri memang sangat puas hati dengan hasil kerja mereka. Jadi! Jangan tunggu lama-lama lagi! Terus bertindak sekarang! Call Kaio Studio untuk photoshoot korang di Raya Aidiladha ini.