Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan blogger!
Tahun ni mesti ramai confuse sebelum pengumuman raya kan. Alhamdulillah... bila dah diumumkan meriah suasana jalan raya dengan semuanya balik kampung. Tak terkecuali juga LeYa. Tahun ni, LeYa beraya di Terengganu. Dengan keadaan cuaca yang panas, memang berpeluh juga lah LeYa ketika pusing-pusing berjalan raya rumah sanak-saudara.
But, raya is raya. LeYa gagahkan diri juga kesana kesini sebab nak jumpa sanak-saudara pun setahun sekali je.

Dua Hari Menjelang Aidilfitri
LeYa dan keluarga bertolak dari Kuala Lumpur petang lepas waktu kerja hari Rabu. Alhamdulillah, jam hanya di Genting Sempah menghala ke tol Bentong. Kemudian, traffic mulai laju terus sampai ke Terengganu.
Disebabkan rumah kampung dah tiada siapa yang mampu nak menjaganya, jadi adik-beradik suami decide untuk disewakan. Dan LeYa serta suami dan anak bila balik ke sana duduk di hotel mahupun homestay berdekatan. Lebih mudah dan tak perlu pening-pening nak fikir stay kat mana. Hehe...
Keesokan harinya, sempatlah LeYa dan Encik Suami ziarah kubur Emak dan Abah.

Cerita di Petang dan Malam Raya
Cerita raya bermula di petang dan malam raya. Di mana sementara menunggu waktu berbuka petang tu, LeYa dan suami mencari lemang untuk dinikmati. Dan, pada sebelah malamnya pula, setelah bising dan meriah main bunga api dan mercun, En Suami dan rakan-rakan sekampungnya membuat aktiviti bakar ayam.


Hari Raya Pertama
Pagi 1 Syawal. Bersiaplah LeYa dan keluarga untuk meraikannya. Seawal pagi kami dah mandi dan bersolat sunat Hari Raya di masjid berdekatan. Usai itu, bersalam dan bermaaf-maafan serta bergambar di pagi raya sebelum bergerak ke rumah sanak-saudara.


Next, kami bergerak menuju ke Dungun untuk beraya di rumah kakak no-2 En Suami. Alhamdulillah... raya di pantai timur, juadah pagi raya kebanyakannya semua Nasi Minyak. Memang lari kejap diet dan perut memang kenyang gilerrr...





Hari Raya Kedua






















Balik terengganu memang banyak homestay best-best pilih je mana yan berkenan kan. Bila dah raya kat pantai timur memang semua menu sedap.... syok berhari raya kan
BalasPadamBetul tu kak... Kenyang sungguh perut semua rumah hidang nasi.
PadamSelamat Hari Raya..
BalasPadamMeriah cerita raya Leya..
Cantiklah baju warna ungu lembut tu..
Salam dan selamat hari raya juga.
PadamYeah... Warna favourite LeYa purple kan.
Selamat Hari Raya Leya dan keluarga..wah..speechless ni..Leya dah ada keluarga di Terengganu...alhamdulillah kak SA tumpang happy ye...
BalasPadamHi Kak SA... Lama dah kak... Hehehe... Sbb lama tak menulis kat blog. Tu ramai tak tahu tu...
PadamSelamat Hari raya!
BalasPadamMoga raya kalini lebih bermaknaaa
Selamat hari raya. Alhamdulillah... Semuanya ok
PadamAlhamdulillah meriah sungguh hari raya Leya sekeluarga. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
BalasPadamAlhamdulillah... Syukur kehadrat Allah. Selamat Hari Raya juga buat kak
PadamThanks for your sharing
BalasPadamMost welcome
PadamSelamat hari raya dear...Nice photo ya =)
BalasPadamSelamat Hari Raya sis... Thanks
Padammeriahnya berjalan2 raya ke rumah keluarga n sedara-mara. salam aidil fitri ye.
BalasPadamSalam Aidilfitri Abam Kie. Ziarah keluarga Abam Kie
Padam