Rabu, 17 September 2025

Sambutan Hari Malaysia 2025 Yang Begitu Hangat Di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena Penang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Baru-baru ini, LeYa berkesempatan menghadiri satu Majlis Sambutan Hari Malaysia 2025 yang bertempat di PICCA Convention Centre di Butterworth Arena, Penang.


Bertemakan "Malaysia Madani, Rakyat Disantuni", acara ini telah menghimpunkan ribuan rakyat pelbagai latar belakang dari seluruh negara khususnya negeri di utara untuk meraikan kepelbagaian budaya dan semangat kebersamaan yang menjadi tunjang kekuatan negara. 


Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama kehadiran pimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri. 

Turut disaksikan juga ketibaan TYT Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2025 ini. Ketibaan beliau bersama isteri Toh Puan Raja Dato' Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah. Turut hadir bersama iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yew serta Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.


Hari Malaysia 1963 menyatukan semua negeri, Hari Malaysia 2025 menyatukan kemajuan dan pembangunan mampan. Kemajuan Malaysia adalah kejayaan setiap negeri, termasuk Sabah dan Sarawak. 

Selain aktiviti di dalam dewan, aktiviti di luar dewan juga tidak kurang meriahnya dengan kunjungan rakyat di negeri utara. Pelbagai tarikan menarik di setiap booth yang dipamerkan bersama barisan  Food Truck yang menjual pelbagai hidangan makanan kegemaran rakyat Malaysia.









Sambutan Hari Malaysia 2025 kali ini memang agak meriah dengan kehadiran tetamu kehormat dan juga ribuan rakyat berbilang kaum. 

Sebagaimana dua jambatan Pulau Pinang menghubungkan pulau dan tanah besar, demikianlah juga Malaysia menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam satu ikatan yang kukuh dan tidak mungkin terlerai.

Selamat Hari Malaysia!



0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com