Jumaat, 5 Ogos 2016

Jalan-Jalan Putrajaya & Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
 
Lama sudah LeYa tak update kisah di blog ini. Pada 23 Julai lalu, rumah LeYa dikunjungi sanak saudara dari sebelah suami. Riuh-rendah dari Hari Jumaat malam membuatkan LeYa tidak kering gusi ketawa dan melihat gelagat masing-masing sedang bercerita.
 
Lama juga LeYa berkeinginan untuk meriahkan suasana rumah LeYa yang setiap hari hanya LeYa dan suami yang menemani di setiap ruang rumah kami. Menjelang pagi, rumah kami sunyi sepi tanpa hiruk pikuk suara televisyen dan suara suami menjerit ketika menonton perlawanan bola.. hehe... Ke manakah kami pergi ketika pagi? Sudah tentunya mencari rezeki untuk sesuap nasi dan kos-kos perbelanjaan rumah yang lain.
 
Sipu-sipu malu ye Busu...
 
Alhamdulillah, pada hari Jumaat sehingga Ahad itu, rumah LeYa dihuni sanak saudara. Suara kanak-kanak riang bermain sesama mereka. Masih di mood raya ketika itu, LeYa menghulurkan bunga api untuk mereka bermain diluar rumah. Terpalit kegembiraan di setiap wajah mereka.

Keluarga bahagia...
 
Dipendekkan cerita, penat-penat mereka sampai jauh ke sini, LeYa dan suami, Mr. Otomen Taro membawa mereka pusing-pusing Putrajaya dan Cyberjaya, melihat keindahan kawasan di sana. Kami sempat melawat ke Tasik Cyberjaya, Taman Botanikal Putrajaya dan juga Taman Saujana Hijau Putrajaya. 

Otomen dengan lagak aksinya yang macam-macam
 
Penat berjalan dan pusing-pusing ke kawasan sekitar, merakam gambar kenangan untuk disemadikan dalam album kenangan keluarga. Reaksi saudara mara LeYa kelihatan riang gembira ditambah penat kerana seharian berjalan meneroka panorama alam.
 
3 Dara Pingitan... Auuuuwwwww...
 
Reaksi yang ditunjukkan kami sempat dirakam dan dipaparkan di blog kesayangan milik LeYa hari ini.
 
Nak melompat tak jadi...hehe...

Mr. Otomen Taro beraksi lagi

Anak buah sulung di sebelah suami, Nur Khayisyah turut merasai keseronokan di sana

Keluarga Mak Busu yang sangat happening

Apakah ini.....

Kawasan sekitar di Taman Saujana Hijau, Bahagian English Garden

Bermain air di taman...

Berlatarbelakangkan rumah-rumah kediaman

Haaa....penat...

Di dalam Astaka Morocco di Taman Botanikal

LeYa dan Otomen

Emak mertua ku...

Abah dan Emak Mertua melayan kerenah cucunya...
 
Sekian sahaja untuk kisah LeYa pada petang ini... Sehingga bertemu lagi dilain waktu. Semoga para pembaca diluar sana dilimpahi rezeki dan berbahagia disamping keluarga tersayang. 


Ahad, 17 Julai 2016

Minuman Gelas Besar Hanya RM1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seperti yang kita tahu, viral sudah dengan kisah Gelas Besar hanya RM1 di Merlimau Point. Memang tidak dinafikan dari pemilik restoran, Syukur Dollah; 39 tahun yang menyajikan hidangan air gelas besar dengan harga RM1 dan air buah-buahan dengan harga RM2. Ia menjadi tarikan sejak 10 tahun yang lalu apabila orang ramai datang makan di Medan Selera Merlimau Point di sini. Menurut beliau lagi, antara hidangan air yang paling popular adalah berperisa anggur sama ada dicampur susu sejat  atau laici yang dijual dengan harga RM1 dan RM1.50.


Berdekatan dengan tempat belajar, Politeknik Merlimau, para pelajar di sini yang kita sedia maklum kadang-kadang di kalangan mereka ini bukanlah mempunyai wang yang banyak. Jadinya, dengan adanya kedai makan yang menydiakan Air Minuman Gelas Besar dengan harga yang murah membuatkan mereka berasa puas meminumnya.

Sehingga kini, beliau masih mengekalkan tradisi dengan minuman gelas besar dan harga yang murah. Alhamdulillah, syukur kerana memperolehi peniaga seperti Syukur Dollah yang tahu akan kehendak pelanggan yang kurang berkemampuan untuk merasai penangan dan kehebatan gelas besar yang sedang viral kini, terutama buat pelajar-pelajar yang berada di sekitar itu. 


Didoakan agar, Pakcik Syukur itu dilimpahi rezeki berlipatganda dan dipermudahkan segala urusan kerana turut membantu memudahkan urusan orang lain.

Khamis, 14 Julai 2016

Aidilfitri 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat Hari Raya semua... Macam mana dengan raya korang semua tahun ni ?? LeYa ucapkan sekali lagi SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Lama sudah LeYa tidak membuka blog kesayangan LeYa ini. Ni pun gigih ambil 'mood' nak menulis untuk kisah raya. ekekeke...

Hari raya pertama LeYa beraya di Melaka sebelah keluarga suami. Kemudian, keesokannya LeYa dan suami sudah pun beraya di Port Dickson, kampung halamanku. 


Tahun ni warna tema LeYa dan suami adalah "Brown" dan juga Jubah. hehehe... First time Encik Otomen mengenakan Jubah untuk kali ini. Tidak pernah sama sekali, En Otomen berjubah dalam hidupnya. Ok what... Hensem juga..hehe.. siapa lagi nak puji kalau bukan isteri sendiri.

Ni pula gambar di Hari Raya kedua di Port Dickson. Berkumpul beramai dan meerakam gambar kenangan bersama. Tapi, malangnya time ni dah tak pakai baju melayu dan baju kurung lagi.. hehe.. 



Sebelum keluar beraya, sempat lagi posing di taman bunga milik ibu. Konon2 ala2 raya di luar negara gitu.. haha.. 




Okeylah tu je cerita raya LeYa tahun ni. Semoga masih diberi keizinan untuk bertemu Ramadhan & Syawal tahun depan. In Shaa Allah pengalaman baru lagi tahun depan.. Moga dipermudahkan & dipanjangkan umur. Selamat Hari Raya semua! Xoxo!

Jumaat, 1 Julai 2016

Menjelang Aidilfitri... Ramadhan Mula Berakhir...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap sahaja masa berlalu kan. Dah 26 Ramadhan kita lalui. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk semua umat Islam meraikan kemenangan di 01 Syawal.

Di pejabat tempat LeYa bekerja tadi pun, sudah ramai yang bersalaman dan bermaafan untuk pulang bercuti Hari Raya. Tinggal lah LeYa dan rakan-rakan yang hanya duduk berdekatan belum pulang ke kampung halaman lagi.  

Menjelang Aidilfitri ini, LeYa ingin memohon seribu kemaafan jika ada terkasar bahasa atau terlanjur perbuatan yang mungkin selama ini pernah melakukannya secara sengaja atau tidak sengaja. 


JOM KUMPUL SAMPUL DUIT RAYA

Tika Raya menjelang, kanak-kanak lah yang paling gembira. Kenapa ??? Ini kerana mereka akan berlumba-lumba mengumpul "Duit Raya" antara sesama saudara atau rakan mereka, jumlah duit raya siapakah yang paling banyak. Seronok melihat telatah dan gelagat mereka sehingga terimbau kenangan kita pada zaman kanak-kanak dahulu.


Dalam keseronokan kita membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri, masih ada juga insan yang memerlukan perhatian dan bantuan dari kita. Jangan diabaikan mereka. Kelak, mereka inilah yang akan membantu kita di akhirat. Hulurkan bantuan selagi kita mampu. 

Ramadhan mula melabuhkan tirainya. Sayu hati ingin meninggalkan Ramadhan yang banyak memberi 1000 keinsafan buat diri LeYa yang telah berjaya membentuk peribadi LeYa ke arah kebaikan. Syawal pula sedang menunggu kedatangan yang diraikan. Hari kemenangan buat seluruh Umat Islam setelah berjaya berperang melawan dengan nafsu masing-masing. 

Khamis, 16 Jun 2016

Kulit Cantik di Pagi Raya Dengan Perlaking

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


KORANG NAMPAK TAK ???

KORANG NAMPAK TAK ???

PRODUK YANG SEMAKIN LARIS DAN TERHANGAT DI PASARAN !

Produk yang terkenal dari pengasas yang hebat, Safie Ilias a.k.a. Sofea Ilias suatu ketika dahulu, Jutawan Muda yang sangat hebat !

Kenapa LeYa cakap HEBAT sangat produk ni ?

Ia amatlah mudah bagi Lelaki dan Perempuan yang ingin kelihatan anggun tetapi sangatlah pemalas untuk mencuba produk kecantikan yang ada di pasaran. 

Dengan Perlaking, anda yang pemalas tadi akan kelihatan glowing & shining dengan hanya minum sahaja. 

Sangat elok la kan uollss... Trademark Perlaking, "Glow Glow Shines!".





KENAPA ANDA PERLU MEMILIH PERLAKING 1000,000MG SERBUK MUTIARA ASLI

  • Tiada Pantang
  • Kesan seawal 3-7 hari
  • 100% Asli dan Selamat
  • Halal JAKIM dan mematuhi akta kelulusan makanan


APA YANG TERDAPAT DALAM KANDUNGAN PERLAKING 1000,000MG SERBUK MUTIARA ASLI

Serbuk Mutiara Asli dari Filipina
✔ Lebih ringan, berkualiti dan mempunyai mineral serta vitamin yang tinggi
✔ Amat dipercayai oleh golongan bangsawan Cina sebagai bahan pemutih dan awet muda dlm menjaga kecantikan kulit
✔ Bersifat antiradikal bebas
✔ Melawan segala toksin dalam badan dan membuangnya
✔ Hasilnya kulit yg cantik, gebu tanpa cela dihasilkan
✔ Mengecutkan jerawat

Kolagen Ikan Salmon
 Tidak menggemukkan seperti kolagen ikan biasa
 Kolagen yg lebih berkualiti dan sering digunakan oleh negara Filipina, Korea dan Jepun
 Lebih pantas menyerap ke dalam sel kulit dan merangsang penghasilkan sel kulit baru
 Mengandungi amino acid, omega 3 dan pelbagai mineral yg membantu dalam kesihatan dan kecantikan
 Memudarkan parut dan menggebukan kulit

Asid Hyaluronik Gred A
 Lebih halus dan bermineral
 Merangsang penghasilan kolagen dalam badan
 Bertindak balas dengan vitamin C untuk menghilangkan kedutan, parut dan jeragat serta kedutan
 Melembapkan kulit

Vitamin E & Grapeseed Extract
 Sebagai antioksidan dan menyokong komposisi kolagen dan serbuk mutiara dalam badan



APA MANFAAT NYA ???

✔ Antikedutan dan awet muda
✔ Menyembuhkan ruam dan ekzema
✔ Mencerahkan kulit
✔ Perlindungan matahari
✔ Menggalakkan pertumbuhan kulit baru
✔ Menghasilkan kolagen pemulihan, serta meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit
✔ Jerawat kecut
✔ Membuang ulser kulit, melasme dan jeragat serta bintik hitam
✔ Mencantikkan kulit dan menjadikannya licin, halus, anjal, dan sihat secara semulajadi
✔ Menguatkan folikal rambut
✔ Meningkatkan daya ingatan
✔ Menguatkan antibodi dan imun badan
✔ Merangsang peredaran darah
✔ Mengurangkan tahap kolesterol
✔ Menguatkan tulang, merangsang pertumbuhan tulang baru dan meningkatkan kepadatan tulang
✔ Menentang penuaan, kanser dan kesan-kesan bahaya sinaran
✔ Menghilangkan keadaan kulit yang tidak diingini seperti kulit pudar, blotches merah, jerawat, zits dan jerawat, tompok kering, rosacea, garis-garis halus dan kedutan, mengecilkan liang pori-pori
✔ Menghapuskan parut dalam masa 1 minggu atau kurang


CARA PENGAMBILAN PERLAKING 1000,000MG SERBUK MUTIARA ASLI

✔ Koyakkan sachet dan terus dimakan
✔ 1 Sachet 5 GM
✔ Makan cuma satu kali sehari sebelum sarapan
✔ Minum air putih sekurang-kurangnya 3 liter sehari


TESTIMONI HEBAT DARI PELANGGAN YANG SUDAH PUN MENCUBANYA




HARGA PROMOSI RM75.00 EXCLUDE POSTAGE

WHATSAPP PUAN CT SOLEHA >> 012-972 2089




Ahad, 15 Mei 2016

Santai Hujung Minggu di Marry Brown

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Al kisah semalam bersama suami dan rakan karib suami serta isteri dan anaknya bersantai hujung minggu merehatkan minda setelah penat bekerja. Usai solat Maghrib, kami bergegas ke Marry Brown, Ayer@8, Putrajaya untuk menikmati makan malam kami hari itu. 

Memilih menu set lebih jimat memandangkan kami makan secara berjemaah. Makan-makan sambil berbual mesra setelah lama tidak bertemu. 
 
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Hehehe... Dah kenyang, baru nak bermadah ye... ekekeke... 


Kemudian, terasa malam masih awal untuk terus pulang ke rumah, kami berehat seketika di tepian jambatan yang sangat menarik yang menjadi tarikan pelancong apabila datang ke Putrajaya.