Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan blogger!
Tahun ni mesti ramai confuse sebelum pengumuman raya. Alhamdulillah... bila dah diumumkan meriah suasana jalan raya dengan semuanya balik kampung. Tak terkecuali juga LeYa. Tahun ni, LeYa beraya di Terengganu. Dengan keadaan cuaca yang panas, memang berpeluh juga lah LeYa ketika pusing-pusing berjalan raya rumah sanak-saudara.
But, raya is raya. LeYa gagahkan diri juga kesana kesini sebab nak jumpa sanak-saudara pun setahun sekali je.

Dua Hari Menjelang Aidilfitri
LeYa dan keluarga bertolak dari Kuala Lumpur petang lepas waktu kerja hari Rabu. Alhamdulillah, jam hanya di Genting Sempah menghala ke tol Bentong. Kemudian, traffic mulai laju terus sampai ke Terengganu.
Disebabkan rumah kampung dah tiada siapa yang mampu nak menjaganya, jadi adik-beradik suami decide untuk disewakan. Dan LeYa serta suami dan anak bila balik ke sana duduk di hotel mahupun homestay berdekatan. Lebih mudah dan tak perlu pening-pening nak fikir stay kat mana. Hehe...
Keesokan harinya, sempatlah LeYa dan Encik Suami ziarah kubur Emak dan Abah.

Cerita di Petang dan Malam Raya
Cerita raya bermula di petang dan malam raya. Di mana sementara menunggu waktu berbuka petang tu, LeYa dan suami mencari lemang untuk dinikmati. Dan, pada sebelah malamnya pula, setelah bising dan meriah main bunga api dan mercun, En Suami dan rakan-rakan sekampungnya membuat aktiviti bakar ayam.


Hari Raya Pertama
Pagi 1 Syawal. Bersiaplah LeYa dan keluarga untuk meraikannya. Seawal pagi kami dah mandi dan bersolat sunat Hari Raya di masjid berdekatan. Usai itu, bersalam dan bermaaf-maafan serta bergambar di pagi raya sebelum bergerak ke rumah sanak-saudara.


Next, kami bergerak menuju ke Dungun untuk beraya di rumah kakak no-2 En Suami. Alhamdulillah... raya di pantai timur, juadah pagi raya kebanyakannya semua Nasi Minyak. Memang lari kejap diet dan perut memang kenyang gilerrr...





Hari Raya Kedua





















0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com