Jumaat, 7 Jun 2013

Aku Mencari Rezeki...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Yeay!! Setelah sekian lama LeYa tak mengemaskini blog kesayangan ni... Dah bersawang dah LeYa tengok... Huhuhu... Ape kisah ye LeYa dah tak update blog ni?? Ermm....jawapannye mudah je... kadang2 LeYa bosan la hari2 nak update... bile skali-skala macam ni update banyak sikit cerita menarik... hehe...

Just want to inform you all that LeYa sekarang dah habis kerja di LHDNM. Dan sekarang mengganggur serta mencari kerja baru untuk hidup... Sementara menunggu jawapan, LeYa menjalankan semula perniagaan LeYa Production dan mengajar tusyen untuk pelajar UPSR.. Alhamdulillah adelah rezeki sikit. 

Hari-hari yang dilalui selama sebulan LeYa mengganggur ni, boleh dikatakan seperti Datin plak.. sebab pagi  dalam dua minggu sekali, LeYa akan ke spa untuk buat facial, treatment bagai... Haha... seronok bunyinye ye... Tapi kene fikir duit jugak... Sebab LeYa bukan ade income bulanan. Duit simpanan pun dah semakin menipis ni.. Kena ikhtiar cara lain ni... Jadi, LeYa ingin sekali lagi mempromosi LeYa Production kepada anda semua.. Jangan ketingglan untuk dapatkan promosi terhebat dari LeYa...

Businesscard LeYa

Khamis, 7 Mac 2013

LeYa Production kian bertambah pengunjung

LeYa Production


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Mengimbas kembali detik-detik LeYa menguruskan perniagaan "LeYa Production" yang kian bertambah dari sehari ke hari. LeYa rasa bersyukur dengan limpah kurniaNya atas nikmat yang diberi. 

Hari ini, LeYa terlintas untuk sekali mempromosi laman web "LeYa Production" kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang belum mengetahuinya. LeYa mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web tersebut serta mengalu-alukan kedatangan kalian untuk meriahkan lagi suasana. Jangan malu untuk bertanya dan beramah mesra dengan LeYa. 

Sekian sahaja dari LeYa untuk kali ini. 

Selasa, 12 Februari 2013

Episod 6: Jauh Perjalanan Luas Pandangan

Hai semua... Lama sudah LeYa tidak menghabiskan "Kisah Kita" ini. Hari ini, LeYa diberi kesempatan dan ilham untuk menulis episod seterusnya. Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis yang baik. Ia memerlukan idea-idea bernas dan pembacaan dari artikel2, majalah2 dan novel bagi menambahkan lagi ilmu yang tersimpan kukuh di dada.

************************

Hari yang dinantikan telah tiba. Hari ini aku akan bertolak ke Air Terjun di Sagil, Johor bersama si dia dan rakan-rakan. Hati tatkala itu hanya Tuhan yang tahu betapa seronoknya rancangan yang selama ini tidak menjadi telah jadi kenyataan. Jam menunjukkan 8.00pagi. Aku sabar menunggu si dia untuk turut sama ke sana. Beberapa minit kemudian, dia datang dengan senyum simpulnya membuatkan aku tidak jadi untuk bertanya lanjut. 

"Sorry, I'm late... I help my mom first to clean up the rubbish in home. So dirty you know... hehehe..."

Mendengarkan penjelasan yang aku rasa tidak perlu untuk masam muka padanya, aku tersenyum sendirian. Hatiku terdetik mengatakan yang baik juga dia dalam membantu kerja-kerja rumah.

"Okay syg... Manje don't care. At least you can explain the truth". kataku sambil tersenyum sumbing.

Kami pun meneruskan perjalanan ke Sagil. Perjalanan yang mengambil masa 30minit itu memberi aku lebih banyak berimaginasi sendirian. Berbanding si dia yang tekun memandu kereta ke tempat yang dituju. Aku bermonolog lagi mengenangkan perhubungan kami. Aku takut untuk berpisah dengannya kerana aku sayang kannya sama seperti si dia sayangkan aku. Aku perlu berdoa dan terus berdoa agar Allah makbulkan permintaanku.

Dan, perjalanan yang memakan masa setengah jam itu pun telah menemukan kami dengan destinasi kami yang dituju. Aku keluar dengan perasaan penuh nyaman dan seronok menghirup udara yang segar. Si dia mengeluarkan barang-barang dari belakang kereta dan memimpin aku untuk mencari tempat mandi yang lebih baik. Rakan-rakan yang lain hanya menuruti kami dari arah belakang. 

Kesejukan airnya membuatkan aku menggigil seketika. Dipandang aku menggigil kesejukan, dia memberi isyarat supaya aku naik dan makan serta istirehat. Aku menurutinya. Aku makan dengan laju sekali. Apabila kesejukan, sudah pasti perut menjadi lapar. Hal itu membuatkan aku makan dengan lahapnya. 

Setelah hampir jam 2.00petang, kami bersiap untuk pulang ke Melaka semula. Kami sempat merakam gambar kenangan bersama untuk disemadikan dalam laptop kesayanganku. Aku juga turut bergamabar berdua dengannya untuk simpanan yang teristimewa di hatiku. 

Perjalanan pulang ke Melaka telah membawa aku khayal dan tertidur tidak sedarkan diri kerana kepenatan di pagi hari. Bangun sahaja, sudah sampai di Melaka. Aku tersenyum sekali lagi bila mengetahuinya dan mencubit bahagia ke pahanya kerana tidak mengejutkan ku ketika dia memandu pulang tadi. Si dia hanya tertawa dan menggayakan aksi tidurku di dalam kereta. Aku berkejaran mendapatkannya untuk memukulnya. Aku bahagia saat itu. Aku amat berterima kasih pada Ilahi kerana telah menemukan aku dengannya..

>> Bersambung... 

Tasha sudah berpunya

Sumber dari Berita Harian.
pix_gal0

Selepas berkali-kali diajukan pertanyaan soal teman hidup, barulah gadis berusia 26 tahun ini akur. Dia akhirnya mengaku sedang bercinta dengan jejaka yang dikenalinya sejak enam tahun lalu.

Pada mulanya, Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd Razak, enggan bercakap soal cinta. Ini kerana dia takut dirundung kontroversi lagi.
Tapi selepas dipujuk barulah dia bercerita, tapi dia lebih suka merahsiakan identiti jejaka berkenaan.

“Saya tak mahu buka cerita cinta. Kalau ada pun, tunggulah nanti bagaimana.

Apa yang boleh saya katakan, dia bukan orang dalam industri seni dan dia memahami kerjaya Tasha.

“Dia juga menyokong apa yang saya buat, lagi pun memang saya tak suka lelaki yang mengongkong hidup saya,” ujarnya.

Tasha ditemui ketika menjayakan sidang media drama terbarunya, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi di Al-Halabi Lounge, Hotel JW Marriot di Kuala Lumpur, barubaru ini.
Berganding bersama Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Aiman Hakim Ridza, Sharizal Jaszle, Lydiawati dan Datuk Rahim Razali dalam drama terbitan Zeel Production, Tasha yang menghidupkan watak Ain Farohah teruja dengan drama bersiri pertamanya tahun ini.

Jika tahun lalu wajahnya banyak menghiasi telefilem, tahun ini, Tasha merancang kembali sibuk dengan drama bersiri pula.

Hampir sebulan menetap di Abu Dhabi untuk menjayakan penggambaran drama itu, Tasha yang kali pertama berkunjung ke negara itu, gembira dapat berlakon di tempat orang.

“Saya bukan saja menjayakan drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, malah menjalani penggambaran telefilem Cinta Burj Al-Khalifa. Selepas selesai dengan dua penggambaran ini, saya akan terikat pula dengan drama Epilog Cinta Kirana.

“Jika lihat tahun lalu saya banyak buat telefilem, kali ini saya merancang memperbanyakkan drama episod,” katanya.

Tasha turut mengajak peminat menonton aksinya dalam Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.

“Saya mencadangkan peminat menonton drama ini kerana ia mempunyai cerita yang hebat, macam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham,” kata Tasha yang mahu fokus dengan kerjanya tahun ini.

Tergambar keceriaan pada wajah apabila diberitahu dirinya sudah tidak lagi dilanda kontroversi, akui Tasha, dia lebih gembira berbicara soal kerja dan hidup lebih tenang tanpa kontroversi.

Khamis, 7 Februari 2013

Majlis Pertunangan Syahiera & Fazil









Khamis, 24 Januari 2013

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013

Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (hari Khamis) ialah seperti berikut:
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"
(Tema peringkat kebangsaan)

sumber: http://www.islam.gov.my/ (Jakim)

Mesti ramai yang nak tahu, apakah maksudwasatiyyah? Merujuk kepada kamus arab wasatiyyah adalah daripada perkataan al-Wasat(الوسط) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.

Maka tafsiran Wasatiyyah yang tepat hendaklah mengikut hakikat kerasulan dan ajaran Islam seluruhnya. Ia adalah daripada petunjuk al- Quran supaya umat Islam menjadi umat yang adil dan pilihan dengan beriman, beramal dan berakhlak dengan Islam, sehingga menjadi contoh kepada umat manusia seluruhnya. Mereka juga layak menjadi saksi atas perbuatan orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dan menentang para Rasul, apabila semuanya menghadapi pembicaraan dalam mahkamah di akhirat.

Hakikat umat Islam yang menjadi contoh ditengah masyarakat manusia itu dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran yang lain bagi memenuhi ciri Ummah Wasatan yang layak menjadi contoh kepada seluruh umat manusia dan saksi pada hari kiamat, antaranya firman Allah (maksudnya):

Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.(Surah Ali Imran: 110)

Sebagai seorang daripada jutaan umat Muhammad, kita patut menyambutnya dengan memahami konsep dan sebab mengapa kita menyambut maulidur rasul setiap tahun. Bukannya kita terikut-ikut dengan budaya orang lain tetapi kerana kita sedar bahawa penyatuan ummat perlulah berasaskan kepada ciri-ciri yang baik dan murni dan salah satunya adalah dengan Wasatiyyah.


p/s: Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabiul'awal tahun 1434 Hijrah bersamaan dengan 24 Januari 2013.