Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, baru kali ini LeYa berkesempatan untuk kongsikan satu lokasi percutian menarik iaitu di Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Apa yang menarik yang korang boleh lakukan ketika bercuti di sini? Jom ikuti pengalaman LeYa bermalam di sini bersama kawan-kawan ketika menghadiri “Team Building” tempat LeYa bekerja.


Bertolak dari pejabat jam 8.30 pagi dengan menaiki bas dan tiba di Eagle Ranch Resort lebih kurang jam 10.00 pagi. Sesampai sahaja di situ, kami terus diberi bilik penginapan. Di sini terdapat beberapa jenis bilik untuk korang menginap mengikut bajet percutian korang. Antaranya ialah Kampung House, Teepee, Log Cabin, Paddock Chalet dan Dorm. Dan LeYa telah menginap di penginapan Bandwagon secara keseorangan memandangkan pasangan dalam kalangan kawan-kawan tidak mencukupi. LeYa menginap di tingkat atas.

Kampung House

Log Cabin

Paddock Chalet

Teepee

Bandwagon
Masuk-masuk je ruang bilik, LeYa rasa best sangat sebab selesa dan kemas. Yang menariknya, ada satu ruang kecil ala-ala loteng di bahagian atasnya. So, yang bercuti dengan anak-anak ramai, bolehlah standby bawa toto atau minta extra bed untuk diletakkan di ruang tersebut. Okay2… Jom kita kasi cuci mata sikit ruang bilik LeYa menginap ni.







Pemandangan di resort dan kawasan luar bandar ini juga hampir setanding dengan pemandangan di kawasan terkenal yang lain. Suasana dan pemandangan yang cukup mendamaikan serta jauh dari hiruk pikuk kotaraya. Di sebelah petang, korang boleh lah jalan-jalan pusing kawasan resort ni atau mandi-manda di kolam renang yang disediakan.


Tidak cukup itu, di sebelah pagi juga korang boleh jalankan pelbagai aktiviti yang turut ada di sini. Antaranya permainan paint-ball, jungle trekking, army camp dan banyak lagi. Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan ketika Family Day, Friends Gathering, Team Building kerana ia memerlukan satu pasukan yang ramai dan tampak lebih meriah. Tengok sahaja lah aktiviti LeYa dan kawan-kawan yang padat dan memenatkan ni, tetapi sangat seronok. Sesekali dapat merehatkan minda dan meluangkan masa bersama-sama. Hehehe...






Maklumat lanjut mengenai sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh layari seperti yang tertera:
Website | http://www.eagleranch.com.my/
Alamat | 544, Jalan Pantai, Batu 14, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
No Telefon | +60 6-661 0495
Email | info@eagleranch.com.my














































