Rabu, 24 Jun 2015

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Bonanza OK 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Sebenarnya cerita ini dah lama pun berlalu. Namun, atas kesibukan LeYa dalam melaksanakan tugas harian sehingga tidak sempat untuk menjenguk laman blog LeYa ini. Sana sini didiami sawang degil yang sukar untuk dibersihkan. hehe... Alhamdulillah, pada malam Ramadhan yang ketujuh ini sempat jua LeYa membuka lembaran blog post untuk menceritakan sedikit kisah yang berlaku pada dua minggu yang lalu. 


Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Bonanza OK! 2015 yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh pada 13 Jun yang lalu memberi ruang kepada LeYa untuk berkarya dan membuat review produk barangan Orang Kampung di blog ini. Orang Kampung yang terkenal dengan teh herba nya kini telah bertahan sejak tahun 1980-an lagi. Sangat hebat kan. Tanpa kita sedar, produk-produk orang kampung kini menjadi rebutan hampir seluruh Malaysia.

Antara produk Orang Kampung yang berada di pasaran

Pemenang Oppo Smartphone

Pemenang-pemenang bertuah yang memenangi hadiah lumayan

Pemenang Motosikal Modenas Kriss MR1 Warna Biru

Pemenang bersama keluarga tersayang

Sedikit tentang pemenang Modenas warna biru ini. Nama beliau ialah Rudy Fasla. Beliau berumur 32 tahun dan berasal dari Johor dan menetap di Putrajaya. Sejak tahun 2010 lagi, beliau sudah menggunakan produk OK ini dengan mengamalkan minuman sihat LongJack OK. Lama-kelamaan beliau semakin rasa sihat dan bergiat aktif dan terus mengamalkan pula pengambilan "makjun" sebagai persediaan diri menghadapi alam perkahwinan. Bak kata orang, "nak kahwin... kena jaga badan". Dan kini, pada tanggal 13 Jun 2015, Rudy Fasla berjaya memenangi hadiah Peraduan Bonanza OK dengan membawa pulang sebuah motosikal Modenas Biru. Tahniah diucapkan kepada beliau.

Pemenang TV Samsung LED 32"

Pemenang Motosikal Modenas Kriss MR1 Warna Kuning

Tahniah kepada para pemenang Peraduan Bonanza OK 2015 Fasa pertama. Belilah barangan buatan Malaysia dan sokong produk tempatan. Tahniah diucapkan sekali lagi kerana memenangi hadiah lumayan dari pihak Orang Kampung Corporation.

Rabu, 17 Jun 2015

Persediaan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah hari ini hari terakhir bulan Syaaban 1436H. Bermulanya esok 1 Ramadhan 1436H bersamaan 18 Jun 2015, seluruh umat Islam akan menunaikan Rukun Islam ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Di kesempatan ini LeYa ingin memohon seribu kemaafan kepada rakan-rakan taulan, keluarga dan sanak-saudara, para pembaca LeYa Blog yang memberi ruang untuk LeYa terus berkarya dan sesiapa sahaja yang mengenali LeYa. 

LeYa akui banyak kekhilafan dan kesilapan yang telah dilakukan sepanjang kita berkenalan. Moga Ramadhan kali ini memberi seribu erti buat kita dalam menunaikan ibdah wajib ini dengan sempurna dan penuh kekhusyukan. 

Alhamdulillah sekali lagi, Ramadhan kedua LeYa bersama suami, Mr. Otomen Taro. Pelbagai dugaan dan ujian diharungo bersama dalam tempoh setahun bergelat suami isteri. Doa dipohon agar Ramadhan ini lebih bermakna untuk LeYa dan suami mengharungi badai kehidupan kini.

Di bawah ini LeYa sertakan niat puasa bulan Ramadhan yang mana mungkin dikalangan kita sudah terlupa akannya. LeYa doakan semoga para pembaca Blog LeYa mendapat rahmat daripada bulan Ramadhan al-Mubarak ini.


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK



Khamis, 11 Jun 2015

First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


First Giveaway by Cik Itah | Sudah lama juga rasanya LeYa tidak menceburkan diri dengan aktiviti segmen atau giveaway ni. Kali ini LeYa sekali lagi join segmen ini dari Cik Itah. Giveaway yang pertama dari beliau. LeYa rasa begitu teruja untuk turut serta dalam aktiviti ini bagi memeriahkan suasana di blog Cik Itah.

Jadi, LeYa menjemput rakan-rakan LeYa yang lain sudi-sudikan lah untuk turut serta memeriahkan aktiviti Giveaway pertama dari Cik Itah itu. Syarat untuk sertai giveaway boleh klik pada banner di atas. 

Rabu, 10 Jun 2015

Sentuhan Rasa Chubbies Cafe

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bekerja di Cyberjaya bukan menjadi batu penghalang untuk terus mencari tempat makan yang sedap. Kalau nak tahu banyak rupanya tempat makan yang sedap-sedap di sini. Berbaloi dengan harga yang kita bayar, servis yang disediakan buatkan LeYa berpuas hati. Keadaan premis restoran yang selesa dan bersih memberikan ruang panaroma yang indah untuk pengunjung menikmati makanan dengan selesanya.

Chubbies Cafe

Mengikuti rakan-rakan yang telah lama di situ, LeYa berkunjung ke sebuah restoran. Chubbies Cafe, nama restoran yang terletak di Shaftsbury Square berdekatan dengan bangunan SME di Cyberjaya. Kelihatan ramai pengunjung sedang menikmati juadah makanan yang dipesan mereka.

Dibawakan khas dari Chubbies Cafe... Marvelous! Sangat-sangat Awesome kan... Sekali suapan makanan ini di mulut pasti teruja ingin menikmatinya lagi..

Chubbies Cafe

Mana tidaknya, jus mangga yang tinggi lampai itu diperah jusnya dengan sempurna. 100% menggunakan jus buah yang asli. Fish & Chips yang dimasak menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi. Menambahkan lagi aroma yang menyelerakan. 

Chubbies Cafe

Sementara itu lagi, aroma bau Caramel Latte yang pekat mencuit bau sesiapa sahaja yang order. Buih yang bercorak pada cawan kelihatan menarik untuk dicuba menikmati hidangan minuman ini. 

Chubbies Cafe, Cyberjaya

Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Mon - Sun: 10.00 am - 10.00 pm




Isnin, 8 Jun 2015

Tahniah Kerana Terpilih!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, berkat dan tunjuk ajar ku sifu dari Tuan Blogger Area, LeYa Blog sekali lagi mendapat sambutan dari ramai pihak. LeYa selaku blogger telah terpilih untuk turut serta ke Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Bonanza Orang Kampung 2015. Buat pertama kalinya, selama hampir 6 tahun dalam dunia blogging, pada tahun ini lah memberi seribu sinar buat blog buruk LeYa ini. 

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Bonanza OK 2015

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Bonanza OK 2015 ini dianjurkan oleh Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd. Majlis ini akan berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh pada 13 June 2015 dan akan bermula pada jam 10.00 pagi. Majlis Anugerah ini juga berlangsung pada tarikh yang sama dengan Sepetang Bersama Blogger 2015 (SBBYeos 2015). Atas tugas lain, pada tahun ini, LeYa terpaksa sekali lagi tidak dapat menghadirkan diri ke SBBYeos yang akan berlangsung di Putrajaya. Insya-Allah, pada tahun hadapan jika berkesempatan LeYa akan cuba turut serta. 

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Bonanza OK 2015

Siapalah LeYa dan Blog LeYa yang dahulunya tidak ada tempat di mata para pembaca. Blog yang tidak tetap trafik blognya. Adakala turun, adakala naik, masih tetap mendapat tawaran ini. LeYa akan diberi tugas untuk menulis review produk Orang Kampung dan diberi peluang untuk beramah mesra bersama pemenang Peraduan Bonanza OK 2015. Berasa teruja untuk turut serta dalam majlis itu, LeYa dengan rendah diri menerima jemputan ke Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Bonanza OK 2015. 

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Bonanza OK 2015

Syukur sangat di atas kurnia-Nya yang tidak ternilai ini. Rezeki yang datang tanpa disangka memberi kehidupan dan sinar baru untuk LeYa dalam dunia blogging pada kali ini. 

Khamis, 4 Jun 2015

Mega Gathering Melaka State Group

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Melaka State

Dengan ini LeYa mengumumkan "MEGA GATHERING MELAKA STATE GROUP" akan dilaksanakan pada 07 June 2015 bersamaan hari Ahad. 

Pada tarikh 07/06/2015, bermula dari jam 10.30 pagi sehingga 1.30 petang dan bertempat di Restoran Subaidah MITC, Ayer Keroh, Melaka. Setelah sekian lama bertapak di Whatsapp Group dan berbual mesra tanpa mengenali satu sama lain, kali ini pihak Admin Melaka State yang seramai 22 orang telah bersepakat untuk membuat aktiviti perjumpaan yang pertama bersama dengan ahli-ahli kumpulan Melaka State yang lain.

Melaka State

Aktiviti yang dijalankan ini terbuka kepada semua warga Melaka yang dekat mahupun jauh. Jika berkelapangan, LeYa mengalu-alukan kedatangan anda bersama bagi memeriahkan lagi aktiviti ini. Antara akitiviti yang akan dilaksanakan pada hari ahad itu nanti adalah berbual mesra bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, bergambar kenangan dan juga makan-makan bersama di dalam suasana yang harmoni dan mendamaikan. 

Sekian dari LeYa.