Memaparkan catatan dengan label Drama Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama Melayu. Papar semua catatan

Khamis, 19 September 2024

Sinopsis Drama Slot Akasia TV3, Hai Cinta, Dengarkanlah!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Takdir yang tertulis mungkin seringkali berbeza dari apa yang diimpikan, namun ia sentiasa punya cara untuk membawa kita ke destinasi yang lebih baik. Begitu juga dengan perjalanan hidup seorang wanita bernama Cahaya (Anna Jobling), yang dikejutkan dengan berita kematian suaminya, Firdaus (Nazrief Nazri), pada hari ulang tahun perkahwinan mereka. Saat Cahaya sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, kebahagiaan yang diharap menjadi kenyataan musnah dalam sekelip mata. Apakah Cahaya akan mampu menemui kebahagiaan yang selama ini menjadi impiannya? Sesuatu yang diharap datang membawa sinar baru dalam hidupnya?

Slot Akasia TV3 bakal menghangatkan petang anda dengan drama bersiri terbaharu berjudul Hai Cinta, Dengarkanlah!, terbitan A10 Alliance. Bermula 17 September 2024, kaki-kaki drama akan dihidangkan dengan perjalanan emosi yang menyentuh jiwa melalui 28 episod yang penuh dengan liku-liku kehidupan dan percintaan yang tidak dijangka.

Drama yang diarahkan oleh Eoon Shuhaini ini menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Shukri Yahaya, Anna Jobling, Niezam Zaidi, Rania Amanda, Aleza Shadan, Zulkifli Ismail, Raden Zaharatul dan ramai lagi. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama penuh emosi ini di slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam, atau strim di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3.

Sinopsis Drama Hai Cinta, Dengarkanlah!

Hai Cinta, Dengarkanlah! akan membawa penonton meneroka hidup Cahaya yang kini bergelar sebagai janda. Di dalam kesedihan yang dihadapi, Hakimi (Niezam Zaidi) muncul sebagai penyelamat. Walaupun Cahaya menolak bantuan Hakimi, dia tetap bertegas untuk membantu dan menjaga Cahaya serta menyokongnya selepas kelahiran anak sulungnya, Fifi (Rania Amanda). Dengan penuh kasih sayang, Hakimi sentiasa berada di samping Cahaya dan menjadi sumber kekuatan dalam tempoh paling sukar dalam hidupnya.

 

Selepas beberapa bulan kelahiran Fifi, Cahaya kembali bertugas sebagai kurator di Muzium Kuching. Namun, selepas kontraknya tamat, dia dan Fifi harus pulang ke Semenanjung Malaysia. Takdir tidak pernah salah alamat apabila Cahaya dipertemukan dengan Adib (Shukri Yahaya), seorang lelaki baik hati yang banyak memberi perhatian kepada Fifi. Pertemuan itu membuka peluang baru untuk Cahaya apabila dia ditawarkan untuk bekerja di galeri yang diusahakan oleh Adib.

Seiring dengan perjalanan mereka, Cahaya mula terbuka untuk menerima cinta baharu. Tetapi, dengan kelahiran dua lelaki yang penting dalam hidupnya, Hakimi yang telah menunjukkan kesetiaan tanpa syarat. Manakala Adib, yang disukai dan diterima oleh Fifi. Cahaya berhadapan dengan dilema yang sukar untuk membuat keputusan. Adakah dia akan memilih Hakimi, yang sentiasa ada disisinya? Atau Adib, yang mungkin akan membawa kebahagiaan baharu dalam kehidupannya bersama Fifi?

  

Jangan ketinggalan untuk saksikan lakonan Shukri Yahaya, Anna Jobling dan barisan pelakon yang penuh bakat dan jalan cerita yang menyentuh hati ini menerusi slot Akasia mulai 17 September 2024 setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam.

Teruskan menonton Hai Cinta, Dengarkanlah! bermula 17 September 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Penonton iQIYI VIP boleh strim episod terkini secara ekspress di aplikasi iQIYI - 1 jam selepas siaran di TV pada hari yang sama. Manakala, episod baru boleh ditonton secara PERCUMA - 48 jam kemudian. Muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store, sekarang.

Ahad, 15 Oktober 2023

Cinta itu Buta atau Buta Kerana Cinta?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Cinta itu sememangnya buta, lebih-lebih lagi bagi Hud yang rela menyayangi sahabat lamanya, Syikin walaupun kasihnya tidak dikenang. Namun, satu insiden yang tidak disangkakan telah berlaku sehingga mengakibatkan Syikin terperangkap dalam situasi yang tidak diingini. Apakah yang bakal berlaku kepada hubungan Syikin dan Hud?

Slot Akasia bakal membawakan drama terbaharu ke kaca televisyen anda berjudul Bukan Sekadar Lafaz, diinspirasikan oleh novel karya Sophilea yang bertajuk sama. Drama terbitan Pencil Pictures & Records ini bakal menghiburkan kaki-kaki drama bermula 17 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 7.00 malam dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3.

Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan penulisan skrip dihasilkan oleh Sophilea. Drama ini juga menggandingkan nama-nama pelakon tanah air yang sangat mantap dan berbakat seperti Alif Satar, Wanna Ali, Ahmad Idham, Yuna Rahim, Mia Nasir , Malek Malek Mccrone  dan ramai lagi! 

Sinopsis Drama Bukan Sekadar Lafaz

Syikin (Wanna Ali) adalah seorang pelatih yang baru bekerja di sebuah kafe yang terkenal. Semasa bekerja, dia bertemu dengan sahabat lamanya dari sekolah bernama Hud (Alif Satar) yang bertugas sebagai supervisor kepada Syikin di kafe tersebut. Kenangan lama yang terpahat pada zaman sekolah dahulu membangkitkan semula perasaan cinta yang terpendam di dalam hati Hud.

Namun, Syikin kini bersama dengan seorang doktor bernama Dr Firman (Malek Mccrone). Hubungannya bersama Dr Firman sangat dicemburui oleh adik tirinya Aein (Yuna Rahim), yang menaruh hati kepada Dr Firman. Perasaan cemburu ini membuatkan Aein menyusun rancangan jahat untuk merosakkan hidup Syikin. Syikin terpedaya dengan helah Aein yang mengakibatkan kehamilan. Akibat sangkaan tersebut, Tuan Zaman (Ahmad Idham) berang dan memaksa Syikin untuk berkahwin dengan Dr Firman untuk mengelakkan fitnah terhadap keluarga mereka. 

Dr Firman rasa seolah dirinya dipermainkan lalu menolak permintaan Tuan Zaman. Menyedari situasi yang dialami Syikin, Hud kemudian menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Syikin untuk menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. 

Alif Satar, pelakon serba boleh yang kini kembali berlakon untuk TV3 berkata “Alhamdulillah Alif bersyukur sebab dapat tawaran untuk berlakon dalam drama ini. Baru-baru ini Alif banyak fokus dengan muzik dan apabila ditawarkan untuk berlakon, Alif memang tidak mahu lepaskan peluang. Ini semua adalah rezeki dan Alif janji akan buat yang terbaik untuk semua penonton drama dan tak dilupakan peminat-peminat setia Alif di rumah. Watak yang Alif pegang kali ni lain sikit. Kalau nak tau, jangan lupa saksikan drama apatah lagi gandingan pelakon semua mantap belaka. " 

Lebih menarik, drama ini juga bakal menampilkan lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’ daripada gandingan vokal mantap Wanna Ali dan Aiman Ismail sebagai runut bunyi rasmi drama Bukan Sekadar Lafaz.  

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan lakonan Alif Satar dan barisan pelakon yang penuh bakat ini menerusi slot Akasia mulai 17 Oktober 2023 setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam atau strim di perkhidmatan iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. 

Ahad, 5 Jun 2022

Berhujung Minggu Dengan 4 Telefilem Istimewa Sempena Ulang Tahun TV3 Ke 38

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sepanjang beroperasi, TV3 telah menyajikan banyak telefilem yang menarik hati penonton serta popular seperti Amanat, Restu Ayah, Qalbu dan banyak lagi. TV3 akan terus mewarnai hari anda dengan menyiarkan telefilem yang menarik dan berkualiti. Bersempena dengan ulang tahun TV3 ke 38, TV3 bakal menyajikan 4 telefilem istimewa untuk memeriahkan hujung minggu anda.

Bagi pengikut setia slot Cerekarama, jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelakon-pelakon popular tanah air menerusi 4 telefilem sepanjang bulan Jun ini, setiap hari Sabtu, 10.00 malam iaitu Dendam Penunggu. (Ismail Izzani & Shalma Eliana), Matahari Tak Bercahaya (Nad Zainal & Fattah Amin), Dania (Aedy Ashraf & Puteri Balqis) dan Langit (Eira Syazira & Azad Jasmin).

DENDAM PENUNGGU, 4 Jun 

Pelakon: Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Atiq Azman & Shasha Abedul

Sinopsis: Dendam Penunggu mengisahkan lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Zul dan rakan-rakannya kini menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri ini atau sejarah bakal berulang kembali?

English Synopsis: When five students enrol in a prestigious boarding school Kolej Kebangsaan Malaya, they find that the halls are not only filled with trophies and achievements. Something dark and mysterious roams the corridors of Blok M. Eager to find out its history, the students unknowingly awaken something sinister. Can they be saved or will history repeat itself?

MATAHARI TAK BERCAHAYA, 11 Jun 

Pelakon: Fattah Amin, Nad Zainal, Noorkhiriah, Aidit Noh, Hafreez Adam & Mimi Ernida

Sinopsis: Mastura, seorang ibu muda yang kehidupannya berubah sepenuhnya apabila dia didapati HIV positif. Nasib malangnya tidak berakhir apabila anaknya yang disusukan juga terjangkiti. Mastura dan suaminya Shahzan cuba untuk menyembunyikan hal ini daripada jiran tetangga di kampung, namun ia terbongkar dan mencetuskan ketakutan serta kebencian dalam kalangan penduduk kampung terhadap mereka. Salah faham dan kekeliruan menyebabkan mereka diasingkan serta dihalau keluar oleh orang kampung. Sampai bilakah Mastura dan keluarganya harus menanggung derita ini? 

English Synopsis: A young mother, Mastura finds her life turned upside down when she finds that she’s HIV positive. Her misfortune did not end there when her child whom she was breastfeeding was also infected. Both Mastura and her husband Shahzan tried to conceal this secret from their neighbours in the village, but word got out which began to spread fear and resentment among villagers towards them. Misconception and confusion led to the whole village isolating them almost to the point of being chased out.  How much longer could Mastura and her family bear this misery?

DANIA, 18 Jun
Pelakon: Aedy Ashraf, Puteri Balqis & Fezrul Khan

Sinopsis: Mengisahkan Dania seorang remaja yang menyendiri dan rakan sekelasnya kelihatan sentiasa mengelak dari mendekatinya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang dia akan menjadi anti-sosial. Dania mula berkawan dengan seniornya Sarimah. Sarimah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan Dania selesa dan percaya dengan dia. Sarimah memperkenalkan Dania kepada Cikgu Bahar untuk tuisyen percuma. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya. Geram dan malu, Dania mengalami kemurungan berikutan kejadian itu. Luqman hanya mengetahuinya setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu tidak kena pada Dania. Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan. Ikuti Dania dan Luqman dalam kempen dan perjuangan yang panjang untuk menegakkan kebenaran.

English Synopsis: Dania as a teenager, is a loner and her classmates seem to always avoid being close to her at school. Her brother Luqman, is worried about her being antisocial. That is until later on when she befriended her senior, Sarimah. Sarimah took good care of Dania and treated her to meals, and Dania felt a sense of assurance with her. Sarimah introduced Dania to Cikgu Bahar for free tuition. All was well until things turned awry when Bahar took advantage of Dania and raped her. Furious and embarrassed, Dania went into depression following this incident. Luqman only found out after much questioning when he noticed something amiss about Dania. Bahar was later on caught, but his case was dismissed. Follow Dania and Luqman’s long campaign and struggle as they fight to prove her case and innocence.

Langit, 25 Jun
Pelakon: Eira Syazira, Azad Jasmin

Sinopsis: Dari zero ke hero, menceritakan tentang seorang suri rumah Raziah yang berubah menjadi wanita berdikari dan pencari nafkah kepada keluarga setelah kematian suaminya. Tidak rela pasrah dengan nasib hidupnya, Raziah keluar mencari pekerjaan dan cuba untuk berjaya dalam hidup, juga untuk memenangi semula rasa hormat daripada komunitinya. 

English Synopsis: From zero to hero, a story of a housewife Raziah who transforms into being an independent woman and the breadwinner for her family after the passing of her husband. Unwilling to resign to her fate in life, Raziah goes out looking for work and attempts to succeed in life, and aims to win back respect from her community.

Rabu, 5 Mei 2021

iQiyi Raikan Hari Raya dengan Drama Swe-eid Blockbuster bersama Crème De La Crème

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kolaborasi ikonik antara Sanrio bersama My Melody dan Little Twin Stars, Crème De La Crème (CDLC) dengan bangganya mengumumkan kemasukan mereka ke industri streaming hiburan melalui kerjasama baharunya dengan syarikat streaming dalam talian terhangat di Asia iaitu iQiyi.

Kerjasama hebat ini akan menyaksikan istimewa kumpulan petits gâteaux yang dikonseptualisasikan oleh pasukan kreatif iQiyi dan CDLC dalam mengilhamkan perjalanan cerita serta pelbagai emosi dari plot terbaru Drama Melayu Mega Blockbuster, 'Sabarlah Duhai Hati' dan 'Cukup Derita Itu'.

'Sabarlah Duhai Hati' yang baru sahaja ditayangkan itu dibintangi oleh pelakon utama terkenal Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli. 'Sabarlah Duhai Hati' mengisahkan kehidupan seorang gadis remaja yang memberontak terhadap satu kenyataan di mana dia menjadi kakak kepada satu-satunya saudara kandungnya, seorang abang yang berusia 20 tahun. Kisah ini bertambah hebat dengan kematian ibu bapa mereka secara tiba-tiba, menjadikannya sebagai penjaga tunggal abangnya.

'Cukup Derita Itu' yang akan ditayangkan pada 6 Mei 2021 menampilkan para pelakon popular seperti Cha Cha Maembong, Ruhainies dan Hisyam Hamid. Drama ini mengisahkan sepasang kembar yang dibesarkan oleh ibu saudara mereka yang mana seorang dilayan bak puteri manakala seorang lagi dilayan seperti hamba. Plot semakin menebal apabila cinta kembar yang bernasib baik mempunyai perubahan hati dan mengejar kembar yang lain. 

Kedua-dua drama ini amat bertepatan dengan bulan Ramadan dan perayaan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Diilhamkan oleh intensiti jalan cerita dan pelbagai emosi dari plot berlainan, CDLC dan iQiyi dengan bangganya mempersembahkan drama berjudul Petits Gâteaux: Kuih Swe-eid.

Petits Gâteaux: Kuih Swe-eid

Mencerminkan pelbagai emosi dari dua drama blockbuster, 'Swe-eid Kuihs' terdiri daripada pelbagai 5 'Kuih' yang berbeza yang akan membawa anda pada pengalaman gastronomi yang penuh emosi dan sengit ketika menikmati dan menemui pelbagai lapisan dan rasa di setiap kuih tersebut. Dan plot berpusing di sini? ‘Kuih’ ini dibuat dengan tangan yang rumit agar kelihatan seperti ‘kuih’ tradisional yang kita semua biasa tetapi sebenarnya terbuat dari pelbagai perisa ais krim semula jadi dan bukan tepung!

Kuih Bangkit: gabungan ais krim mawar dan sorbet lychee yang harum dan buah dengan coklat putih.

Kuih Puteri Ayu: komposisi penyegar ais krim pandan kaya organik, ais krim kelapa muda dan sorbet serai.

Kuih Talam: perkahwinan ais krim jagung manis, ais krim kelapa segar dan kacang panggang yang harum.

Kuih Kosui: kelazatan ais krim ubi jalar ungu Jepun yang dilengkapi dengan ais krim kelapa hangus, selai gula melaka dan kelapa kering.

Onde-onde: harapkan ledakan gula melaka ketika anda menggigit bola ais krim pandan kaya organik ini, kelapa dan seimbang dengan sedikit sorbet halia.

 

"Kolaborasi tonggak ini menandakan pelayaran kami ke dalam dunia hiburan hiburan yang progresif. Dan untuk mempunyai syarikat penstriman dalam talian hiburan terhangat di Asia - iQiyi sebagai rakan kongsi kami semasa kami membuka tonggak ini, kami sangat rendah hati. Bersama dengan bakat luar biasa iQiyi, kami sangat gembira dapat berkongsi 'Kuih' yang kami buat khas dengan rakan-rakan Melayu dan bukan Melayu yang indah semasa kami menyambut Hari Raya dengan mereka dengan berpesta dan menonton dua drama blockbuster itu dengan orang yang kita sayangi yang lain. ”, teruja Lio Lim, pengarah urusan CDLC.

“Kerjasama iQiyi Malaysia dengan makanan pencuci mulut artisanal terbaik di Malaysia adalah satu lagi langkah maju untuk menjadi syarikat streaming video yang komited untuk menjadi Rumah hiburan Asia yang dikasihi oleh setiap isi rumah di Malaysia. Kerjasama khas antara CDLC dan iQiyi ini membantu memperkayakan pengalaman penonton kami dalam menikmati drama Melayu yang terbaik. " kata Dinesh Ratnam, Pengurus Negara iQiyi untuk Malaysia, Singapura dan Brunei.

 

Sepanjang Ramadan ini, ahli VIP iQiyi boleh menonton drama Melayu menarik ini satu jam selepas siaran TV. Sementara pengguna percuma iQiyi boleh menontonnya 24 jam kemudian. Tonton drama kegemaran anda bersama ais krim Swe-eid Kuihs bila-bila masa dan di mana sahaja.

Swe-eid Kuihs’ boleh didapati di Crème De La Crème:

>>Flagship outlet

35G, Ground Floor, Jalan SS21/60 Damansara Utama, 4700 Petaling Jaya

Tel: +60 12-281 5123

Sun – Thurs: 11.30am – 10pm

Fri & Sat: 11.30am – 11pm


>>2 nd outlet

163 Retail Park, Ground Floor, 8 Jalan Kiara, Mont Kira, 50480 Kuala Lumpur

Tel: +60 17-317 0823

Everyday: 11.30am – 10pm


>>3 rd outlet

203C, Jalan Hutton, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Tel: +60 4-228 1884

Mon – Thurs: 12pm – 10pm

Fri – Sun: 12pm – 11pm


Online Delivery: https://cdlc.beepit.com

Jumaat, 17 Julai 2020

Kisah Cinta Tiga Segi Oktovia Manrose Dalam Drama Bila Cupid Jatuh Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila Cupid Jatuh Cinta yang dibawakan khas oleh Vaseline telah pun mula bersiaran di TV3 pada 4 Julai 2020, setiap hari Sabtu selama satu jam pada pukul 9.00 malam. Drama penuh romantis yang mempunyai 10 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Production dan diarahkan oleh Bahri Uma. Ia juga membariskan Aiman Hakim Redza dan Oktovia Manrose sebagai pelakon utama. Selain itu, turut menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Elfira Loy, Ikmal Amry, Sham Visa, Sharmaine Farouk, Sharifah Husna, Bella Dowana, Dynas Mokhtar, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi.


Sinopsis Bila Cupid Jatuh Cinta

Fira (Oktovia Manrose) menerima tugasan daripada bosnya, Puan Suraya (Sharmaine Farouk) untuk mencarikan jodoh untuk Dani, anak kepada rakan karibnya. Di saat bertemu Dani, Fira terjatuh hati pada Dani tetapi dia hanya menyimpan perasaannya untuk bersikap profesional sebagai ejen mencari jodoh.


Haris (Ikmal Amry), anak kepada Puan Suraya mula rasa bimbang kerana dia sebenarnya menyukai Fira dalam diam. Haris mula rasa tergugat dengan Dani. Kegagalan Fira untuk melawan perasaannya menyebabkan Fira tidak tentu arah. Malahan, Fira sanggup menemukan Dani dengan calon palsu agar dapat memberikannya lebih banyak masa untuk memenangi hati Dani.

Fira mula berubah untuk menepati ciri-ciri wanita idaman Dani. Calon yang dicarikan oleh Fira nampaknya padan dengan Dani apabila hubungan Dani dengan Sara (Sharifah Husna) bermula dengan baik. Fira rasa kecewa dan mula menerima hakikat cinta Dani tidak akan menjadi miliknya. Namun, Dani tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Sara.


Dani bersemuka dengan Fira dan mengatakan dia tahu akan rancangan Fira yang sengaja mencarikan calon yang tidak sesuai untuknya. Fira menidakkannya dan mempertahankan diri dengan mengatakan Sara ialah calon paling sesuai untuk Dani. Pada masa yang sama, Haris telah meluahkan isi hatinya dan berusaha untuk memikat hati Fira. Apakah kesudahan kisah cinta mereka?


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Bila Cupid Jatuh Cinta yang dibawakan khas oleh Vaseline pada setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 dan juga strim di laman portal www.tonton.com.my 

Ikuti juga tontonan secara online di link Youtube TV3 Malaysia di bawah

EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7
EPISOD 8
EPISOD 9
EPISOD 10

Isnin, 22 Julai 2019

Tonton Online Drama Opsss...Terpikat Cik Sombong (Full Episode)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama LeYa tak kongsi dengan para pembaca semua koleksi drama yang menarik untuk ditonton kan. Kali ni LeYa nak kongsi satu drama yang telah pun disiarkan di Unifi TV: HyppSensasi saluran 116. Drama ini merupakan adaptasi novel Opsss Terpikat Cik Sombong karya Cici Aida yang menampilkan gandingan Shukri Yahaya dan Dayang Areeda dalam drama 30 episod arahan Khalid Nadzri. 


Sinopsis Opsss... Terpikat Cik Sombong

Ira Harisya merupakan gadis cantik, manis dan penuh bergaya dengan mempunyai aura memikat. Namun begitu, Ira Harisya sangat benci kepada lelaki yang suka mengambil kesempatan pada perempuan cantik sepertinya. Lebih-lebih lagi lelaki itu Zeid Farhans.

Bengang! Benci! Meluat! Tiga rasa bersatu dalam hati Ira Harisya bila Farhans bekerja sebagai pemandu peribadi Tan Sri Rashid. Ingat dia hairan sekalipun depan mata dia tu cucu lanun. Silap besarlah. Berani cuba nak dekat-dekat dengan dia memang merasa lah punching bag dia.

Berkahwin, bukanlah pilihan terakhir Farhans. Tapi sebagai lelaki yang bertanggungjawab, dia memilih untuk menjaga Ira Harisya. Berbeza dengan Ira Harisya, hanya kesakitan yang dibawa sehingga ke gerbang perkahwinan.

Bila keputusan sudah dibuat Tan Sri Rashid, tiada siapa yang mampu membantah termasuk Ira Harisya. Benci hatinya tidak mampu diungkapkan. Makin terluka bila Farhans menjadi suaminya. Suami yang tidak dirancang. Namun bagi Farhans, itulah permatanya. Itulah berlian yang berkilauan sangat mahal. Dia suka Ira Harisya. Selamanya akan suka! Opsss... Dia sudah terpikat pada Cik Sombong. Tetapi tidak pada Ira Harisya. Bila dia kata tak suka, bermakna selamanya dia tak akan suka! Apakah kesudahan cerita mereka? Jom saksikan!

Watak Pelakon 

Shukri Yahaya sebagai Hans
Dayang Areeda sebagai Ira Harisya
Nafiez Zaidi sebagai Tengku Reez
Ariff Aziz sebagai Imran
Liza Abdullah sebagai Puan Sri Marlia

Tonton Drama Opsss... Terpikat Cik Sombong Di Sini

Sabtu, 2 Februari 2019

Pujaan Hati Kanda Pikat Hati 12 Juta Penonton

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

12 juta penonton terpaku dipikat kanda Danny! Drama Pujaan Hati Kanda yang menggandingkan Remy Ishak dan Mira Filzah ini telah meraih rating terkumpul sebanyak 12 Juta dengan episod akhirnya ditonton 5 Juta penonton pada 28 Januari lalu. Lebih membanggakan, drama ini turut memperoleh lebih 30 Juta tontonan di Youtube @TV3Malaysia! (sumber Nielsen Audience Measurement).


Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, "Drama ini bukan sahaja tular kerana watak utamanya, malah dua watak antagonisnya iaitu watak Pali yang dilakonkan oleh Syazwam Zlkifly dan Kak Su oleh Reen Rahim turut tular apabila netizen geram dengan kedua watak ini. 

Kesemua watak di dalam drama ini mempunyai peranan tersendiri yang turut membantu drama ini diterima baik oleh orang ramai. Terima kasih kami ucapkan buat penonton setia yang sentiasa memberi sokongan terhadap drama-drama melayu di TV3. Sokongan anda menjadi pemangkin buat kami untuk sentiasa berusaha membawakan pelbagai lagi drama dan program menarik untuk tontonan anda!"


Berakhirlah teka-teki siapa ibu bapa kandung bayi comel bernama Rizqy. Danny juga menjadi hak mutlak Tiara yang sarat hamil. Pujaan Hati Kanda mengisahkan mengenai Danny lakonan Remy Ishak yang menerima kehadiran seorang bayi di hari pernikahannya. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqy sementara dia menyiasat siapa sebernarnya ibu kepada Rizqy dan bernarkah Rizqy anak kandungnya.

Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar lepasan universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri. Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Khamis, 22 Jun 2017

Raya Kasih dan Cinta Bersama Fattah Amin & Fazura di Quill City Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Senyuman manis dari kedua selebriti
Guys!!! Berbuka puasa bersama Fattah Amin dan Fazura di Quill City Mall sangat mengujakan kan! Pada 11 Jun 2017, LeYa diberi peluang untuk bersama dalam satu Majlis CSR bersama anak-anak yatim yang seramai 43 orang dari Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti Nurshaheera untuk membuat persiapan membeli-belah menjelang Hari Raya Aidilfitri dan seterusnya berbuka puasa di Quill City Mall. 

Bertemakan Raya Kasih dan Cinta sempena program drama "Hero Seorang Cinderella", Main Atrium Quill City Mall diubahsuai untuk kehadiran dua pelakon Hero dan Heroin drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dan Fazura bagi menyempurnakan dan meriahkan lagi majlis pada petang itu.



Raya Kasih & Cinta Bersama Fattah Amin dan Fazura di Quill City Mall

Pengacara Majlis
Bagi menyempurnakan lagi majlis, pelancaran program Corporate Social Responsibility (CSR) telah dirasmikan oleh Dato 'Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif,  Ng Chee Kheong, COO Kumpulan Syarikat Quill, Joseph Teo, Naib Presiden Pemasaran Quill City Mall serta Fattah Amin dan Nur Fazura. Turut diadakan juga di situ majlis menandatangani autograf oleh Fattah Amin dan Nur Fazura buat peminat-peminatnya yang bertuah mendapatkan Novel "Hero Seorang Cinderella".

Dato Ar' Michael Ong, Pengarah Eksekutif Quill City Mall

Pelancaran Raya Kasih & Cinta
Kasih dan Cinta memberi makna kepada anak-anak yatim Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti Nurshaheera untuk mendapatkan kesempurnaan kasih sayang dan cinta dari kita seluruh masyarakat untuk merasai dan menikmati pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan di bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri kali ini. Menurut Dato 'Ar Michael Ong, dengan semangat Raya Kasih & Cinta ini, dapat memberi kegembiraan dan kasih kepada mereka yang kurang bernasib baik serta pengalaman yang manis untuk diingati sepanjang zaman. 

Oleh itu, sebagai memberi tanda penghormatan yang mulia dan selayaknya dalam menyebarkan cinta Raya, pihak Quill City Mall menyerahkan paket bantal hijau "Hero Seorang Cinderella" kepada seluruh anak-anak yatim yang hadir dan juga kepada pengunjung yang telah berjaya menjawab beberapa soalan.

Anak-Anak Yatim dan pengunjung yang berpusu datang

Tuai padi antara masak, 
Esok jangan layu-layuan, 
Semai kasih antara nampak, 
Esok jangan dilupa-lupakan.

Anak-anak yatim diserikan lagi dengan aktiviti menulis mesej Kasih & Cinta di Love Locks oleh para pengunjung yang hadir dan dikuncikan di ruang pagar tempat gantung Love Locks sebagai bukti kasih dan cinta serta prihatin masyarakat kepada mereka. 

Raya Kasih dan Cinta bersama-sama

Tidak ketinggalan juga pemberian goodies beg dan duit raya kepada Anak-Anak Yatim Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti Nurshaheera bagi mengurangkan beban dan merasai kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Hero dan Heroin Drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dan Fazura

WoW!!! Nak DUIT RAYA jugakkk....

Berbuka Puasa di Restoran Aragan Yokocho bersama Anak-Anak Yatim, Fattah Amin dan Fazura

Seronoknya anak-anak ini nikmati makanan Jepun
Tepat jam 7.00petang, kami bergegas ke Restoran Aragan Yokocho yang terletak di aras bawah tanah untuk menikmati juadah berbuka puasa ala Jepun. Menu masakan Jepun yang dihidangkan pada hari itu merupakan menu 4 musim iaitu Summer Set, Autumn Set, Winter Set dan Spring Set. Untuk hari bertuah ini, LeYa dapat menikmati hidangan dari Menu Autumn Set yang mana mengandungi Mee Udon, Salmon Nigiri dan juga Green Tea Ice Cream.

Autumn Set yang dimakan LeYa berbuka puasa hari itu...

Ini pula Winter Set, kepunyaan En. Otomen Taro
Spring Set


Summer Set
Atas sebab LeYa memang menggemari masakan Jepun ni, rasanya LeYa memang boleh katakan sangat sedap dan sehingga ke hari ini masih teringat-ingat akan masakannya. 

Di kesempatan berbaki 2 hari ini, yang mana masih belum membeli-belah untuk persiapan raya, bolehlah singgah dan bershopping di Quill City Mall untuk mendapatkan keperluan-keperluan penting serta koleksi pakaian dari artis-artis Prima Valet seperti Amy Search dan Shaheizy Sam, Elrah Exclusive, Altelia Amani, Nur Aishah, AEON, Gajah Duduk dan banyak lagi yang ada di sana sempena kempen Raya pada tahun ini.

Tidak lupa juga, Shop, Dine and Win Contest sedang dijalankan di Quill City Mall. Datang dan belanja untuk keperluan Raya serta berpeluang menjadi salah satu yang bertuah untuk memenangi hadiah mingguan seperti yang tertera di bawah:-

• Minggu 8 (5 Jun - 11 Jun 2017) - Dyson Tower Fan, Tefal Griller
• Minggu 9 (12 Jun - 18 Jun 2017) - Dyson Vacuum Cleaner, Happy Call Double Pan
• Minggu 10 (19 Jun - 25 Jun 2017) - Panasonic Washing Machine, Set Panggilan Seramik Selamat
• Minggu 11 (26 Jun - 2 Julai 2017) - Audio Audio YAMAHA, Blender Kaca Philips
• Minggu 12 (3 Julai - 9 Julai 2017) - TV LED 4K Smart Sony, iPhone 7 Plus 128 GB (Hadiah Utama)

LeYa dan Otomen membuat aksi sudah kenyangnya menikmati hidangan Jepun

Bersama Big Boss Restoran Aragan Yokocho
Raya kali ini jom kita jadikan Quill City Mall sebagai pilihan terbaik untuk berkumpul dengan keluarga atau rakan-rakan ketika bershopping dan nikmati pelbagai hidangan berbuka puasa yang ada di situ. 

Untuk keterangan lanjut:-

Facebook :  quillcitymallkl

Khamis, 16 Februari 2017

Tonton Online Drama Papa Ricky Episod 1 - Episod 23

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Drama Papa Ricky yang ditayangkan bermula pada 16 Januari 2017 lalu di siaran Astro Prima dan Astro Maya HD. Drama episod ini mempunyai 80 episod dan ditayangkan pada Hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang.

Para Pelakon

Fadlan Hazim, Elizad Sharifuddin, Nur Qistina Raisah, Farah Nabilah, Ann Abdullah, Ewal, Hafizul Kamal, Nazmi Nordin, Hafiz Bahari, Mathni Razak, Zarynn Minn, Shakilla Khoriri, Khaty Azian, Roy Azman, Nina Iskandar, Zulkifi Ismail, Tunku Hanis, Riz Amin, Dilla Ahmad, Mahmud Ali Bashah, Dalimawati, Doria Rachel, Natasha Elyzza, Mimi Ernida, Syafnida Shuhaimi, Hamyza

Sinopsis

Drama Papa Ricky ini mengisahkan seorang lelaki yang duda bernama Ricky (Fadlan Hazim). Beliau mempunyai seorang anak perempuan berusia 8 tahun. Ricky sangat meminati seorang wanita bernama Zara. Namun di sebalik pemikiran Alisya (Nur Qistina Raisah), anak kepada Ricky, merasakan yang Zara tidak mampu menjadi seorang ibu yang baik terhadapnya. Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. Berjayakan Zara memenangi hati Alisya? Akan bahagiakah mereka bertiga?

Saksikan drama Papa Ricky arahan Harris Fadzillah ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang. 

Credit To: