Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Hai korang... Menu yang LeYa masak ni sebenarnya untuk menu hujung minggu semalam. Memandangkan minggu ni tak ke mana, jadi LeYa decide lah nak masak-masak aje untuk Encik Suami dan anak dara.
Awal pagi LeYa bangun macam biasa. Kemas-kemas rumah dan sediakan bahan untuk masak dulu. Tepat jam 10.00 pagi LeYa pun mula memasak lauk yang dah difikirkan. Awal masak tak kalut. Siap awal boleh rehat awal tengok movie. Hehehe...
Sebab hari bekerja LeYa banyak makan dan beli di luar, jadi hujung minggu je la LeYa dapat masak special untuk family.
Menu hujung minggu ni LeYa gabungkan untuk dua hari iaitu Sabtu dan Ahad.
Menu Hari Sabtu - Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api, Ayam Goreng dan Ulam-ulaman
Masak Pucuk Paku tu sebenarnya En Suami yang request. Suka betul dia dengan pucuk paku masakan Nogori den ni ha... Hehehe...
Udang Buttermilk
Ayam Goreng
Sayur Sawi Pak Choy Sos Tiram
Menu Hari Ahad - Udang Buttermilk, Sayur Sawi Pakchoy Sos Tiram dan Ayam Goreng
Alhamdulillah... Bertambah-tambah Encik Suami dan anak dara makan. Okay... Harini Isnin dah mula kerja. Jadi LeYa memang akan makan nasi untuk tengah hari saje. Malam dah tak makan dah. LeYa doakan semoga hari korang dimulakan dengan perkara yang baik dan diberkati. InsyaAllah ada masa lagi LeYa akan kongsi entry menarik lagi.
pak choy ni kalau masak gini, memang sedap makan. sedar2 dah habis dan tak cukup! hihi
BalasPadamAah.. Favourite anak dara. Kerap juga buat
Padamsedapnya menu kak leya. saya pun suka masak lemak pucuk paku tu hehehe
BalasPadamKan... Masakan org lama memang sedap
Padamudang buttermilk fav anak..br je masak aritu
BalasPadamYa kak. Memang budak² memang suka la.
PadamAlaaaa... terasa nak makan udang buttermilk la pulak
BalasPadamBoleh2... Silakan menikmati Udang Buttermilk
PadamKemain plating hiasan lauk pauk tu.....
BalasPadamHehe... Bagi penambat selera En Suami dan anak. Yg kedua nampak cantik di gambar... Hahaha...
PadamSedap-sedapnya!. Paku masak lemak & udang tu menggiurkan sungguh.
BalasPadamAlhamdulillah... Allah bagi sedap
Padamnice sgt food platingnya! home cooked meal is always the best!
BalasPadamYeahhh... Terima kasih Mama Zharfan.
Padamtudia..cantik plating...tengok masakan Leya terus lapar semula perut...
BalasPadamAlamak... Hehe... Xpe... Silakan makan ye nanti
Padam