Sabtu, 30 November 2013

Kehidupan Baru LeYa

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah seminggu lamanya LeYa tak menonjolkan cerita2 di blog ini. Dan seminggu juga lah LeYa telah mula bekerja di Putrajaya. Oleh kerana LeYa masih belum punyai connection Internet di sana terpaksalah menunggu hujung minggu untuk pulang ke rumah dan mengemaskini blog kesayangan ini. 

Seminggu LeYa bekerja dengan suasana yang baru memberi LeYa satu lagi pengalaman dalam meniti kehidupan harian ini. LeYa berkenalan dengan rakan2 sepejabat baru dan menjalani sedikit latihan di hari pertama sebelum memulakan tugas pada hari berikutnya. Segala penerangan yang diberi oleh Pegawai yang In-Charge kepada staff2 baru seperti LeYa itu amat baik dan mudah mesra. 

Walaupun LeYa kini telah mendapat kerjaya di dunia realiti yang LeYa inginkan, LeYa masih kekal bersama blog dan blogger2 lain menambah ilmu serta sedikit pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan di dunia yang serba canggih ini... hehe...


Oleh itu, sebagai hamba Allah S.W.T., kita sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki. Dan pohonlah apa yang diingini agar suatu hari nanti doa kita akan dimakbulkan. Cuma cepat atau lambat kita tidak tahu. Hanya bersangka baik pada Allah dan berbuat baik serta bersabar jika ditimpa musibah. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, LeYa lega sudah punyai kerjaya sebelum berkahwin. 

Sabtu, 23 November 2013

Review Blog: Follower ke-600

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada rakan2 blogger di luar sana yang turut sama memeriahkan aktiviti di blog LeYa ini... Tanpa anda siapa lah LeYa... LeYa banyak menulis catatan harian LeYa di blog ini. Namun, masih ramai juga yang meminati serba sedikit apa yang LeYa tulis di sini. Tidak tahu untuk melafazkan kata-kata betapa bertuahnya LeYa sebab dapat rakan2 blogger di luar sana yang kerap mengunjungi blog buruk LeYa ini. Hehehehe....

Dalam meniti nama di persada dunia Internet dengan meletakkan LeYa's Blog sebaris nama dengan blogger2 yang sudah mempunyai "Follower" yang sudah ramai sehingga mencecah puluhan ribu. Setiap inci penulisan yang LeYa tulis di sini lahir dari hati yang ikhlas serta banyak diambil dari rentetan perjalanan hidup LeYa di dunia yang fana ini. Bagaimana menjalani kehidupan harian? Cara kehidupan seorang yang bergelar blogger? Kehidupan bersama gambar-gambar fotografi yang dirakam di lensa Canon 1100D LeYa. Dan, mungkin juga sedikit tips dan berita terkini yang LeYa masukkan di ruang entri LeYa. 

Kali ini, dengan berkat dan kerajinan LeYa dalam membuat entri hampir pada setiap hari, LeYa telah memiliki Jumlah Follower seramai 600 orang. Pada mulanya, agak sukar untuk mendapatkan jumlah follower lebih 500 orang tapi alhamdulillah anda semua lah yang telah memberi sinar baru dalam blog LeYa ini. Dan kini, LeYa menyimpan hasrat untuk memiliki follower seramai 1000 pula. Mungkinkah ada insan2 yang bergelar blogger sudi mengikuti perkembangan di blog LeYa ini?? 

Follower
Follower LeYa yang sudah mencapai 600 orang

Yeah! Terima kasih kepada Nur Fajariah yang sudi mengikuti perkembangan LeYa's Blog ini. Dan kerana anda yang telah menjadi insan bertuah hari ini, LeYa memberi penghargaan kepada blog anda dengan membuat review blog anda pada entri kali ini.
Follower ke-600
Follower ke-600
 WoW! Meminati K-Pop... Banyak entri yang di post berkaitan dengan Korea.... Ya! Itu hak peribadi masing-masing dalam menulis di blog mereka. Tak salah pun dan mungkin itu adalah hobinya... Jumlah follower untuk blog Nur Fajariah yang LeYa tahu hingga kini adalah seramai 244 orang. Blog yang berlatarbelakangkan warna biru. Cantik dan kemas untuk dilawat setiap kali blogwaking. Jadi, kepada rakan2 blogger LeYa yang lain apa kata kita menambahkan lagi koleksi rakan kita dengan menyertai dan mengikuti blog Nur Fajariah ini. Bukan sukar pun nak klik butang follow di setiap blog. Hanya klik "follow" dan klik "done". Anda sudah pun menjadi seorang ahli dalam blog-blog yang anda ikut. 

Follower Nur Fajariah
Jumlah Follower untuk Blog Nur Fajariah

Jumaat, 22 November 2013

Penantianku akhirnya terjawab...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertubi-tubi dugaan dan godaan yang aku dan Mr. F terima. Pelbagai rintangan dalam tempoh pertunangan ni kami tempuh. Kadang-kadang terfikir kenapa begitu berat sekali ujian yang ditanggung kami ini. Dengan aku yang tidak bekerja lagi. Ulang-alik temuduga tapi masih belum ada jawapan. Lagi... dengan sejak akhir ni, Mr. F asyik tidak sihat... Arrrggghhhh..... terlalu banyak...

Mungkin inilah tempat kerja aku...hehe... tak tengok lagi pun...
Namun, setelah menempuh ujian2 tersebut, hari ini bersamaan hari Jumaat dan 22/11/2013, aku mendapat tawaran kerja di Putrajaya dan akan bermula pada hari Isnin hadapan. Sesi Temuduga yang aku sertai semalam telah memberi sinar kebahagiaan buat aku. Alhamdulillah!! Penantian aku selama ini berbaloi. Walau jawatan ini adalah contract tapi aku perlu yakin dan berusaha untuk mendapat tempat di hati majikan.

Dan kedua penghargaan yang aku terima hari ini adalah aku mendapat satu lagi CPUV dari Mr. Nuffnang. Syukur Ya Allah. Dua rezeki telah Engkau beri pada aku di kala aku sedang mengalami kesulitan ini. Saat ini, aku sedar betapa kerdilnya aku di mata Yang Maha Esa. Segala ujian yang diberiNya dahulu kini dibalas dengan tidak disangka aku. 

CPUV Nuffnang
CPUV dari Nuffnang
Iklan yang telah berjaya memasuki carta CPUV aku kali ini datangnya dari "INTI Rebranding Campaign" yang akan mengajak kita untuk turut serta ke kolejnya belajar dalam suasana yang aman dan damai. Hehe.. 

CPUV Nuffnang
Jom3x.. Masuk U
TERIMA KASIH YA ALLAH...

Allahumma salli ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi ajmain,
Alhamdulillah Ya Allah Ya Hayyu Ya Qaiyyum birahmatika nastagist.

Laa ilaha illa anta subhanaka inna kunt minadzolimin

Ya Allah,
Wahai penggenggam langit dan bumi,
Ampuni jikalau selama ini kami diperbudak oleh dunia ini,
Ampuni jikalau ada harta yang tiada halal yang kami dapatkan,
Dan ampuni jikalau kami tidak bersyukur atas nikmat yang Engkau karuniakan,
Serta ampuni jikalau kami kikir menafkahkan rezeki titipan.

Ya Allah,
Titipkanlah kepada kami dunia yang halal yang berkat,
Namun cabutlah di hati kami cinta terhadap dunia ini,
Gantikan dengan cinta terhadap akhirat.

Berikan kepada kami nikmatnya bersedekah,
Berikan kepada kami nikmatnya menafkahi saudara kami yang miskin,
Melunasi orang-orang yang hutang,
Berikan kenikmatan bagi kami untuk memberikan makan bagi saudara kami yang lapar,
Memberikan amal jariah yang ikhlas di jalan Mu.

Ya Allah,
Hanya Engkaulah yang menggenggam setiap rezeki,
Karuniakan kepada kami nikmatnya hidup qana’ah,
Hidup zuhud, 
Hidup wara',
Hanya kerana Engkau semata..

Rabbana atina fidduniya hasanah
Wa fil akhirati hasanah waqina a’zabannaar.

Subhana rabbika rabbil izzati 'amma yasifuun
Wasalamun ‘alalmursalin
Walhamdulillahi Robbil a’laminn..

Bersama Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Yeah! Semalam seharian LeYa tidak online. Pagi2 LeYa telah menghadiri satu sesi temuduga bersama Mr. F. Dia yang telah menghantar LeYa ke destinasi tersebut... Hehe.. Dalam pada itu juga, Mr. F berkesempatan untuk turut serta memeriahkan sesi temuduga dengan menjadi calonnya. Mana tahu ada rezeki kan.. Dedua dapat.. Lagi mudah+senang... Hehehe... 

Invitation by email...
Selesai sesi temuduga, kami pun apa lagi... Tengok jam di tangan.. Masih awal... Mr. F bawa LeYa berjalan2, window shopping dan menonton wayang yang telah sekian lama kami tidak pergi bersiar2 bersama. Itu semuanya gara2 Mr. F seharian bekerja untuk mengumpul dana perkahwinan kami. huhu...

Tajuk : Kisah Paling Gangster
Tarikh Tayangan : 21 November 2013
Pelakon :  Shaheizy Sam, Epy Raja Lawak, Mikail Andre, Wawa Zainal
Genre : Aksi
Pengarah : Brando

Sinopsis Filem Kisah Paling Gangster
Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster...lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar...
Filem yang sempat kami tonton bersama... Tak kira2... Baru keluar terus dah nak tengok. Hahaha... Best jugak jalan cite dia... Diselitkan dengan lawak2... Tapi dah terlalu banyak sangat kisah2 gangster ni kan... 

Kreatif tak Mr. F. Dia design sendiri... Kalau nak apa2 bentuk bolehlah buat tempahan pada LeYa. Proses siap dalam masa 2minggu.

Rabu, 20 November 2013

#Wordless Wednesday

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wordless Wednesday
Love is Hard...
Wordless Wednesday


Wordless WednesdayWordless Wednesday

Selasa, 19 November 2013

Blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Cik Ayu Insyirah tag lagi untuk join segmen beliau.. Ini adalah segmen kedua beliau yang LeYa join. 

Blogwalking CUTI SEKOLAH bersama AyuInsyirah
Blogwalking CUTI SEKOLAH Bersama AyuInsyirah

Tak susah pun nak join segmen ni... Hanya klik pada banner di atas dan penuhi permintaan Cik Ayu dalam syarat2 beliau...