Selasa, 28 Ogos 2012

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah seminggu kita menyambut Aidilfitri. LeYa pun sibuk menguruskan tetamu yang hadir ke rumah beserta melawat sanak-saudara sehingga terlupa untuk meng'update' blog ni... Namun, tak semudah itu untuk LeYa lupakan blog kesayangan LeYa ni...dah 5 tahun ia bersemadi di dunia Internet.

Dan hari ini LeYa kembali mengisi ruang entry blog dengan kisah di sebalik "Aidilfitri 2012" LeYa.. Mari sama kita saksikan sedikit gambar kenangan yang LeYa sempat masukkan di sini...











Selasa, 14 Ogos 2012

Promosi Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sempena Hari Raya Aidilfitri ni LeYa nak bagi offer RM5 discount dari LeYa Production & FS Nona Manis Collection. Pelbagai baju, minyak wangi dan lain-lain ada dijual di sini... Anda boleh melihatnya dan membeli dari LeYa sebelum Aidilfitri menjelang. Harga juga berpatutan. Selain itu, terdapat juga tempahan seperti fotografi dan seangkatannya untuk Raya ini. Jadi!!! Apa tunggu lagi. Jom sama2 kita meriahkan suasana Hari Raya dengan penuh kesyukuran dan warna-warni.

Services Offered:

1  FORMAT LAPTOP / PC RM 50.00
2  INSTALL SOFTWARE APPLICATION RM 10.00
3  VIDEO EDITING RM 100.00
4  WEBSITE RM 300 ++
5  EDITING (SUCH AS PICTURE) RM 10.00
6  ANIMATION(CARTOON, INTERACTIVE CD) RM 100.00
7  DESIGN CARD, BROCHURE (DEPEND ON DESIGN)
8  MONTAJ RM 80.00
9  PHOTOGRAPHY RM 400 ++
10 SELL A VARIETY OF CLOTHES AND DESIGN 
11 BRANDED PERFUME


LeYa Production & FS Nona Manis Collection

Selasa, 7 Ogos 2012

Camera DSLR dan Aku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sungguh tidak diduga. Penantian LeYa selami ini menginginkan sebuah camera DSLR tecapai. Dengan bantuan ayah ibu tersayang, LeYa dapat memiliki camera DSLR sendiri... Tidak perlu nak pinjam pada orang lagi... Lagipun sesetengah pihak tidak akan suka jika kita sering meminjam barangnya. Itu LeYa tahu. Tapi apa nak buat kan... 

Akhirnya berjaya dimiliki walau bukan pro punye...hehe...

Rabu, 1 Ogos 2012

Bayi Dalam Kandungan Memegang Tangan Doktor

Bayi Dalam Kandungan Memegang Tangan Doktor

31 July 2012: Gambar menakjubkan ini dirakamkan oleh jurugambar akhbar USA Today ketika proses kelahiran seorang bayi yang baru mencecah usia kandungan 21 minggu.
Bayi lelaki itu yang diberi nama Samuel mengeluarkan tangan kecilnya dari lubang bedah rahim ibunya.
Ketika doktor mengangkat tangannya, Samuel memberi reaksi terhadap sentuhan dan meramas jari doktor.
Seolah-olah memohon kekuatan untuk dikeluarkan dari rahim ibunya!

Selasa, 31 Julai 2012

Cara Meningkatkan EQ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Kemampuan seseorang
a. Mengetahui bagaimana memaafkan orang lain.
b. Berfikir lebih mendalam dan dari sudut yang berlainan.
c. Menerima pendapat orang lain.
d. Menyedari perasaan orang lain.
e. Bersahabat dengan orang dengan ikhlas.
f. Hargai dan fikirkan orang lain.
g. Bukalah minda.
h. Bersopan.


2. Kemampuan mengendalikan perasaan
a. Carilah teman yang baik ketika menghadapi masalah.
b. Dengar muzik atau lagu kegemaran.
c. Luahkan kesedihan dan kemarahan bersendirian
d. Menjerit kuat-kuat ketika tiada orang.


3. Muhasabah diri
a. Tanya rakan anda kebaikan dan keburukan anda.
b. Perbetulkan keburukan diri secara terus menerus supaya ada kemajuan.

4. Bertegas
a. Berfikirlah lebih mendalam dengan pandangan sudut yang berbeza.
b. Menyedari perasaan orang lain.
c. Menerima perbezaan pendapat dan cara.


5. Motivasi Diri
a. Lebih banyak muahasabah diri.
b. sentiasa gembira.
c. Yakin akan masa depan.
d. Percaya pada diri sendiri bahawa anda mempunyai kemampuan memecahkan masalah.
e. Ingatlah selalu tujuan hidup setiap hari.
f. Membayangkan kebahagiaan dari sukses.
g. Berilah dirimu beberapa hadiah sebagai pemicu semangat.

Isnin, 30 Julai 2012

Kehidupan Seorang Freelancers Web Development


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kehidupan LeYa tidak banyak bezanya dengan kehidupan manusia yang lain. LeYa masih menjalani hidup ini seperti orang lain. Mempunyai masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 setahun.

LeYa mempunyai keluarga, memenuhi keperluan hidup setiap minggu, menikmati keriangan jika ada masa terluang, melayari internet, bersuka ria bersama keluarga dan keluar berjalan bersama insan tersayang. Tetapi ada waktu dan ketikanya LeYa terpaksa menghabiskan masa di hadapan laptop untuk menyiapkan kerja-kerja yang diambil dan diberikan oleh pelanggan. 

LeYa masih belum lagi bekerja di mana-mana sektor awam mahupun swasta. Yang hanya LeYa lakukan sekarang adalah mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LeYa Production dan mengambil kerja-kerja dari pelanggan. Kehidupan bermula seawal jam 8.00 pagi. Bersiap untuk menghadapi tugas-tugas di skrin laptop dan membuat promosi di Internet. Kadang-kadang LeYa akan mengambil masa yang lama di hadapan laptop untuk menyelesaikan tugasan LeYa itu. Bukan mudah untuk menjadi seorang Web Developer yang perlu mengorbankan banyak masa dan benda. 

Berhenti apabila melakukan kerja rumah, makan, solat dan persiapan diri. Itupun kadang-kadang terpaksa menangguhkan kerja rumah demi menyiapkan tugasan pelanggan. Bila malam tiba, LeYa akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam menjadi seorang pembangun laman web. 

Sekitar ruang masa ini saya melayari Facebook, Twitter, membalas email, menulis artikel, mengemaskini blog dan pada waktu yang sama menyiapkan kerja-kerja pelanggan yang diberikan. Selalunya saya akan masuk tidur untuk merehatkan diri lebih kurang jam 1 pagi atau 2 pagi (bergantung kepad kerja yang ingin disiapkan).

Mungkin bagi sesetengah insan, kehidupan ini sangat padat dan kurang menyeluruh. Namun, saya bahagia dan seronok dengan kerjaya saya sebagai Web Developer dan Businesswoman. 

Gambar Hiasan bagaimana tekunnya seorang Pembangun Web bekerja