Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sejak kebelakangan ni LeYa sangat sibuk dengan kerja-kerja yang dijadualkan oleh aktiviti-aktiviti blogging yang dilakukan. Ke sana sini pergi tidak kira attend events, travel dan tidur lewat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Jadi, bila dah penat bekerja tu, haruslah ambil masa satu hari untuk manjakan diri dengan rawatan spa. Kali ini, LeYa nak bawa korang semua dengan satu spa yang sangat terbaik perkhidmatannya dan harganya juga berbaloi-baloi jika korang mendapatkan khidmat di sini. Ok, Jom!
Bila cakap pasal urut-mengurut ni, kalau dahulu LeYa sangatlah malu dan takut jika badan ni nak diurut orang. Tapi, bila dah terjebak ni, memang feeling segar sangat badan lepas dimanja-manjakan dengan urutan. Habis segala angin dalam badan dikeluarkan. Oh! Tenangnya dunia saat itu. Hehehe...

Jom, LeYa kongsikan sedikit pengalaman ketika berurut di salah sebuah pusat urut terkemuka, The Beauty Expert Academy Spa, Alam Damai, Cheras yang boleh dikatakan bertemakan konsep Bali. Tujuan LeYa berkongsi ni adalah memberi peringatan kepada golongan wanita di luar sana untuk memberi penjagaan tubuh badan kita agar sihat dan segar sepanjang masa. Maklumlah, lebih-lebih lagi wanita bekerjaya macam LeYa ni kan. Isnin hingga Jumaat bekerja. Balik kerja dah nak siapkan urusan suami dan rumahtangga. Setiap malam sebelum tidur, pasti diminta suami untuk mengurut badan. Jadi, memang tersangatlah penat seharian kita tak rehat kan. Rutin harian yang memenatkan inilah membawa LeYa untuk merehatkan badan di rawatan spa ini.
Korang kalau nak cari lokasi spa ni, tak perlu risau pun. Sebab dengan teknologi yang semakin canggih sekarang, korang guna je aplikasi Google Maps atau Waze, sampailah nanti korang ke sini. Awal pagi juga LeYa sampai untuk temujanji dengan Therapist yang akan melayani LeYa sepanjang hari ni. Jom, LeYa bawa masuk ke dalam spa!
Melangkah sahaja kaki menaiki anak tangga menuju ke spa ini, dan masuk sahaja ke dalam, korang akan didendangkan dengan alunan lagu-lagu yang menenangkan seperti berada di Spa Bali. So, LeYa dijemput duduk dan diberi minuman herba sebelum memulakan rawatan.
Tengok sahaja laluan nak ke bilik-bilik rawatan yang disediakan. Pemandangannya memang cantik kan. Pengalaman berurut sambil menikmati alunan lagu yang menenangkan memang benar-benar rasa berehat seperti di kawasan pantai di Bali.
Oh Ya! Untuk pakej urutan di sini, ada banyak juga pilihan untuk korang cuba. Tapi hari tu LeYa memilih untuk rawatan Full Body Massage. Dah dikatakan tadi badan dah mula lenguh-lenguh dan sakit, jadi sebab itulah memilih rawatan ini berbanding lain. Di sini, terdapat 2 tukang urut yang sangat pakar mengurut semua pelanggan yang datang. Korang memang akan puas hati.
The Beauty Expert Academy Spa ni adalah spa muslimah. Jadi, selalunya kalau suami nak buat rawatan perlulah ada peneman isteri untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham nanti. Tapi, bagi LeYa sebaiknyalah kaum lelaki, carilah tukang urut lelaki juga. Lebih selesa bukan?
Selesai minum minuman herba, LeYa dibawa ke dalam sebuah bilik yang dilengkapi steam bath, katil spa dan di sebelah kiri terdapat ruang tangas. Untuk kali ini, LeYa tak memilih untuk pakej mandian tersebut. Jadi, yang LeYa akan gunakan hanyalah di bahagian katil dan ruang tangas. Sebelum tu, LeYa diminta menukar pakaian dan baring di atas katil yang disediakan. Lampu akan dipadamkan dan yang LeYa hanya dengar adalah alunan muzik yang begitu mendamaikan. Memanglah rasa macam berada di Bali lagaknya. Hehe...
Pengalaman urutan ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit juga. Bermula dengan urutan di bahagian kaki sehingga membawa ke seluruh anggota badan. Memang terasa jugalah sakit ketika diurut tuh tapi badan yang lenguh-lenguh tadi rasa ringan dan segar sangat. Berjalan kaki selepas urutan pun rasa sedap jer.
Ketika sessi tangas, memang LeYa dapat rasakan satu kelainan di sini. Setelah didudukkan di kerusi dengan mengangkangkan sedikit peha, Therapist itu akan meletakkan periuk herba yang panas di bahagian bawah kangkang kita. Saat tu LeYa dah rasa bahang di bawah dah. Ada lagi menarik tau! LeYa ditutup dengan kelambu untuk merasakan lebih hangat lagi ketika menjalani rawatan.
Fuuuhhhhh... Segala kekotoran keluar dan badan mula berpeluh-peluh seperti berada dalam larian 30 minit. Dah rasa badan semakin ringan dah time tu. Hilang segala lelemak di badan pulak rasanya. Hehehe... Badan rasa sangat segar dan selesa sekali. Tapi yang paling tak boleh dilupakan masa tu, LeYa ada terasa nak pitam juga bila peluh keluar dengan sangat banyak macam buat rawatan sauna. Sangatlah best bila kali ini sesi tangas berjaya membuatkan LeYa segar dan sihat walaupun terpaksa berhenti awal kerana sedikit masalah pada diri LeYa yang rasanya ia terjadi disebabkan badan terlalu penat. Apa-apa pun LeYa rasakan ia adalah spa paling best di Cheras.
Selesai rawatan yang LeYa cuba hari tu, LeYa mempersiapkan diri dengan memakai semula pakaian LeYa tadi. Dan, LeYa dibawa ke ruang hadapan semula untuk merehatkan badan dengan minuman herba untuk kali kedua. Dek insiden pitam tadi, LeYa diberi makanan roti oleh Owner. Kenyang perut, LeYa berbual lah seketika dengan beliau.
Sementara menunggu Owner bersiap untuk sessi bergambar dengan LeYa yang kaki Instagrammable sangat ni, LeYa usha-usha lah jugak apa yang ada kat situ. Wah! Korang boleh dapatkan juga produk kecantikan wajah dari spa ini sendiri dan koleksi tudung dan makeup yang dijual di sini. Memang best sangat!
Di The Beauty Expert Academy Spa, Cheras ni, korang boleh juga dapatkan rawatan lain. Antara yang tengah trend sekarang adalah rawatan Sulam Bedak. Selain itu, ada juga rawatan lain yang korang boleh cuba seperti:
- Facial Resdung
- Facial Oxygen
- Facial Lifting
- Facial LED
- Facial Diamond
- Facial Sulam Bedak
- Full Body Massage
- Combo Massage
- Rawatan Selepas Bersalin (Posnatal Package)
- Body Treatment
- Bridal Spa Package
Dan banyak lagi rawatan yang dingini oleh wanita-wanita di luar sana dalam penjagaan badan yang lebih sihat dan segar.
Alasan LeYa dalam memilih rawatan di The Beauty Expert Academy Spa ini rasanya korang sendiri tahu kan. Sudah tentulah dengan kemudahan yang lengkap dan selesa ditambah lagi dengan therapist yang pakar dan terlatih. Lepas tu lagi, spa muslimah yang membuatkan LeYa menjaga batas-batas aurat dan lebih selesa tidak ada lelaki luar. Eh! Semuanya ok sangatlah. Korang patut cuba. Dari segi harga pun berbaloi dengan servis yang disediakan. So... Korang tunggu apa lagi? Nak raya ni mesti korang nak cantik-cantik kan? Jom sihatkan dan cantikkan diri korang dengan rawatan spa terbaik di Cheras ini. Yang paling korang kena cuba rawatan hot masa kini, rawatan sulam bedak yang ada di spa ini. Jom!
Untuk keterangan lanjut dan harga setiap pakej rawatan yang disediakan, boleh kunjungi laman sesawang yang diberikan:
Instagram
Facebook
Alamat
No 14B, Jalan Suadamai 1/2,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras, Selangor
Waktu Rawatan
Isnin - Jumaat : 10.30 am - 7.30 pm
Sabtu & Ahad : 10.00 am - 6.00 pm
Untuk sebarang pertanyaan whatsapp, boleh sahaja ke