Khamis, 25 Oktober 2018

Keindahan Masjid Terbesar Di Johor Bahru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama juga LeYa tak kongsikan cerita travel dalam blog ni. Okay… cerita ni sebenarnya dah lama juga LeYa pergi bercuti hari tuh dengan keluarga. Tapi tak ada lah lama sangat. Kalau tak silap dalam bulan September hari tuh. Kali ni LeYa nak kongsikan tentang masjid yang sangat indah ni di Johor. Ke mana sahaja tempat LeYa dan keluarga bercuti dan bermusafir, pasti akan mencari dan singgah di masjid sebagai tempat berehat dan solat. 


Masjid Bandar Dato’ Onn merupakan masjid keenam dan terbesar dalam rangkaian Masjid An-Nur Johor Corporation (JCorp) yang mampu memuatkan sehingga 4,600 jemaah ketika menunaikan solat Jumaat. Masjid ini dibina oleh Johor Land Bhd, sebuah syarikat dalam kumpulan JCorp yang telah menelan belanja kira-kira sebanyak RM28 juta di atas tapak seluas 2.1 hektar. Ia mula dibina pada pertengahan tahun 2013 dan siap pada akhir tahun 2015.


Masjid ini terletak di tengah-tengah di kawasan Bandar Dato’ Onn dan sudah terkenal dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam untuk singgah bersolat dan berehat di sini. Keindahan pemandangan di sekitar masjid juga sangat cantik dan bersih.

Masjid yang indah ini juga ada menyediakan fasiliti untuk mengadakan majlis walimah atau majlis perkahwinan. Sudah ramai juga yang mengadakan majlis perkahwinan di masjid ini. Mereka yang berkahwin di masjid ini turut mengambil peluang bergambar di sekitar masjid yang indah dan menarik ini.

Masjid ini turut dikatakan “children friendly” kerana ia memberi galakan supaya ibubapa membawa anak-anak ke masjid. Cuma, ibubapa perlu mengawal kebisingan dan kenakalan anak-anak supaya tidak mengganggu kosentrasi Jemaah yang ingin beribadat.



LeYa rasa tenang bila dapat menunaikan solat di masjid yang indah ini. Semoga semua yang singgah ke masjid diharapkan boleh menjaga kebersihan dan adat ketika berada di kawasan masjid. Mohon laa dikemaskan segala apa yang kita dah guna dan jangan lupa untuk bersedekah di tabung masjid ye. Ia kan untuk kegunaan dan keselesaan kita juga. Siapa lagi kalau tak kita yang memastikan rumah Allah in sentiasa makmur dan harmoni. Semoga perkongsian ringkas LeYa dengan Masjid Bandar Dato’ Onn ini dipermudahkan urusan yang ingin datang dan mencari masjid di sana. Sama-samalah kita mengimarahkan masjid dan hidup dalam rahmatNya.

Alamat
2, Jalan Dato' Onn 2, Bandar Dato' Onn, 81100 Johor Bahru, Johor

Isnin, 22 Oktober 2018

Menu Makan Malam Yang Ringkas - Resepi Ikan Bilis Goreng Masak Sze Chuan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dinner untuk malam ni #DapurPanasLeYa masak masakan simple jer.. Lauk ni  pun memang kegemaran Otomen Taro. Jadinya, jom lah kita menggoreng ikan bilis masak asam ni.

Ikan Bilis Masak Asam

Resipi Ikan Bilis Goreng Masak Asam

Bahan-bahan yang diperlukan:-
2 biji bawah kecil (untuk tumis)
1 biji bawang besar (belah 4)
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili padi
Sedikit halba
2 tangkai cili besar (sbgai hiasang
Air pati asam jawa (Jika suka berkuah, lebihkan sedikit air)
Minyak masak
Garam
Maggi cukup rasa

Cara Memasak:
Hiriskan bawang kecil, bawang putih dan cili padi.
Panaskan minyak. Masukkan bahan hirisan  dan tumis sehingga sedikit layu dan berbau wangi. 
Kemudian, masukkan halba dan air asam jawa dan biarkan ia mendidih seketika. Masukkan garam dan maggi cukup rasa.
Tutup api. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng pada awal tadi.

Barulah kerangupan ikan bilis tuh terasa. Pasti sedap kan!


Ada juga menu lain sebagai tambahan untuk kelihatan menarik menu makan malam ini. Antaranya adalah sup daging dan sayur ulaman


Mudah kan menu makan malam LeYa dan Otomen Taro kali ini. Lagi meriah rasanya kalau dapat makan hidangan macam ni. Baru perut puas dan kenyang. Hehe..😁😁


Itulah cara LeYa masak hidangan yang paling simple jika badan keletihan. Walaupun letih, tanggungjawab kepada Incik Otomen Taro tidak dilupakan. Selagi ada bahan di dapur, sudah pasti #DapurPanasLeYa akan berasap.😁 

Ahad, 21 Oktober 2018

Pelancaran Max Factor Di Malaysia Dengan Kempen #UnlockingRealWoman Bersama Duta Lisa Surihani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pertama kali sebenarnya LeYa mendengar jenama kosmetik ni. Tapi rupanya ia dah lama bertakhta di hati peminatnya. Memang teruja lah bila kali pertama kenal dan diberi peluang untuk menghadiri satu majlis pelancaran jenama kosmetik Max Factor di Malaysia pada 10 Oktober lalu di Beauty House Jalan Tangsi, Kuala Lumpur


First sampai, LeYa dah terpesona dengan kecantikan tempatnya. Terdapat beberapa jenis bilik dengan pelbagai kegunaan yang kesemuanya memang cantik dan LeYa teruja tengok.

Kalau korang nak tahu lagi kan, Max Factor ni merupakan jenama keluaran Coty, Inc. Ianya diasaskan pada tahun 1909 sebagai Max Factor and Company oleh Maksymilian Faktorowicz iaitu seorang pakar kecantikan dari Poland. Beliau mempunyai kemahiran dalam movie make-up. Ia sangat terkenal di luar negara dan kini produk Max Factor ini sudah mula masuk ke pasaran Malaysia.



Selain itu, Max Factor juga turut melancarkan #UnlockingRealWoman untuk wanita diluar sana yang diterajui oleh seorang duta besar baru Max Factor Malaysia yang popular iaitu Lisa Surihani.



Bersempena dengan pelancaran itu, jenama itu turut mendedahkan kempen #UnlockingRealWoman dengan kerjasama sekumpulan wanita yang berpengaruh seperti Kavitha Sidhu, Ling Oo, Raja Nadia Sabrina dan duta besar baru Max Factor Malaysia, Lisa Surihani.

Menurut Pink Fong, keperibadian Lisa mempamerkan hubungan dengan jenama yang akan turut membawa inspirasi baru dan membantu menterjemahkan visi jenama yang baru diposisi semula. Kisah hidupnya juga ada kaitan dengan kempen #UnlockingRealWoman, yang menjadikan ia perkongsian lebih menarik. 


Wanita sangat berkuasa dalam hak mereka sendiri tetapi sering dipegang pada satu piawaian yang sangat tinggi, di mana ia dijangka dapat menjalin pelbagai peranan, cemerlang dan menjadi lebih sempurna sepanjang perjalanan meletakkan segala halangan di hadapan mereka. #UnlockingRealWoman berusaha untuk meneroka pelbagai peranan yang dimiliki setiap wanita dalam keluarga, masyarakat dan industri bagi meraikan kekuatan mereka, kebolehan yang unik dan potensi tanpa had. Pada akhir kempen ini, ia membantu meraikan wanita dan pengalaman hidup mereka lebih kuat dan memberi peringatan tentang sebuah keindahan yang tidak melampaui batas jantina.



Lisa, Kavitha, Raja Nadia dan Ling merupakan lambang kepada semua wanita yang ada. Dengan kejayaan yang diperolehi, ia terus memberikan peranan dan harapan kepada masyarakat sebagai tokoh masyarakat, ibu dan isteri. Mereka masing-masing mempunyai aspirasi tersendiri dan terus memperkasakan tanggungjawab dan komitmen kepada keluarga dengan meneruskan cita-cita mereka.


Lisa yang mempunyai kerjaya yang berjaya dalam industri hiburan sejak muda lagi tetapi seringkali ingin menjadi seorang penari. Manakala Raja Nadia yang merupakan seorang blogger berjaya dan pengasas label fesyennya sendiri tetapi di belakang gaya hidupnya yang sangat sibuk, dia bercita-cita untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan sihat. Karier Kavitha sebagai duta Milo ketika usia 15 tahun sebelum bertolak ke Paris untuk mengejar karier permodelannya tetapi impiannya ingin menjadi penyanyi. Kemudian, Ling, seorang pereka perhiasan dan geomologist bekerja keras setiap hari untuk memulakan kehidupannya tetapi dia sering merindui untuk membina sebuah keluarga dan menjadi suri rumah. Jadi, jom kita ikuti 4 tokoh wanita yang kelihatan di mata awam ini membuka kunci impian dan aspirasi mereka kepada keluarga terdekat mereka.






Max Factor turut bekerjasama secara eksklusif dengan Watsons dalam membawa seni warisan dan jenama solekan ini ke Malaysia dan boleh didapati di kedai dan kedai online Watsons terpilij di seluruh negara.

"Ini merupakan satu peristiwa penting bagi kami untuk bersaing dengan jenama solekan antarabangsa yang terkemuka yang telah ditubuhkan pada awal abad ke-20 dengan nilai warisan yang hebat. Max Factor memang selaras dengan nilai-nilai kami kerana kami sentiasa berusaha untuk menyediakan pelanggan dengan pelbagai pilihan. Dengan kerjasama ini, kami sangat berharap dapat memberi maklumbalas yang terbaik dan lebih positif," kata Caryn Loh, Pengarah Urusan  di Watsons Malaysia.


Dalam sambutan kempen #UnlockingRealWoman, jenama itu turut memberi penghormatan kepada wanita yang mana di The Max Factor Beauty House, wanita diberi penghormatan kekuatan secara unik, identiti dan aspirasi melalui 7 bilik yang berbeza iaitu Her Patio; Her Living Room; Her Dining Room; Her Bathroom: The Virtuous Room; Her Bedroom; Her Powder Room and Her Gallery Room yang masing-masing dihiasi dengan simbol inspirasi dan kebudayaan tersendiri.

Walaupun wanita mahu diakui sebagai melebihi peranan had jantina mereka, tetapi mereka masih menghargai apa yang penting seperti keluarga, rakan, kerjaya dan kehidupan peribadi. 



Maklumat lanjut, boleh layari seperti yang tertera di bawah:

Website

Facebook

Instagram


Khamis, 18 Oktober 2018

Restoran Mangkuk Ayam Hidangkan Makanan Sedap dan Murah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari tuh LeYa dan rakan-rakan ada lah jalan-jalan cari makan di waktu tengah hari. Memandangkan lokasi yang paling berhampiran adalah DPulze, Cyberjaya, jadinya kami mengambil keputusan untuk makan di situ. Bila masing-masing malas nak bawak kereta, jadinya kami menaiki kenderaan awam, Grab Car untuk ke sana. 

Bukan tak pernah singgah dan lepak-lepak di DPulze ni, tapi setibanya kami di situ, kami tertarik dengan sebuah tempat makan baru yang ada di situ.


Restoran Mangkuk Ayam yang baru dibuka lebih kurang sebulan lalu di tingkat P1, Dpulze itu telah membawa kami untuk masuk ke restoran tersebut. Sebuah nama yang unik untuk mudah diingati pengunjung. Masuk sahaja ruang restorannya yang tak lah berapa besar tetapi dengan berkonsepkan ala kopitiam, ia sangat selesa. Ditambah lagi dengan hiasan pinggan dan mangkuk bercorak ayam, memang menampakkan keunikan pada restoran ini.



Terdapat banyak menu makanan tempatan rakyat Malaysia dihidangkan di sini. Bagi LeYa, memang sesuai sangatlah dengan populasi masyarakat Cyberjaya yang ramai orang luar Malaysia tinggal di sini. At least, mereka ni dapatlah mengenal makanan tradisional Malaysia. Tak gitu kan!

Dari segi halal. Sememangnya makanan yang dihidangkan di sini semuanya dijamin halal dan bersih. Sumber daging/ayam yang mereka perolehi juga halal. Ia memang menepati kehendak orang Islam.


Ada banyak je menu yang korang boleh nikmati di sini. Dari nasi dan lauk-pauk, makanan beraneka mee dan juga ringan-ringan. Yang bestnya kalau korang ambil set kombo diberi sekali dengan minuman percuma Sirap Bandung dan Tea O Ais Limau. 



Antara menu yang LeYa dan rakan-rakan dah cuba makan di situ adalah Asam Laksa, Mee Kari, Mee Rojak Biasa dan Mee Rojak Ayam. Sememangnya LeYa memang peminat rojak dan rasa mee rojak di sini sangat sedap dan puas hati dengan portionnya yang banyak. Memang mengenyangkan.



Satu lagi menu yang LeYa recommend untuk korang cuba ialah Asam Laksa. Rasanya yang cukup masam, masin memang menepati citarasa LeYa. Tapi taktau lah citarasa korang kan. 


Keseluruhannya, LeYa sangat lah berpuashati dengan keenakan makanan yang dihidangkan. Memang menepati citarasa rakyat Malaysia dan juga orang luar Malaysia tentang rasa makanan tempatan di Malaysia. 

Sudahlah sedap, harga pun berbaloi murah.  Kami makan 4 orang pun tak lebih RM55. So... Korang jangan lepaskan peluang untuk turut singgah dan makan di Restoran Mangkuk Ayam ini.

Maklumat lanjut mengenai Restoran Mangkuk Ayam, boleh klik pautan di bawah:

Restoran Mangkuk Ayam
Lot P10, Tingkat P1, DPulze Shopping Centre, Cyberjaya

Hubungi
03 - 8322 5656

Facebook

Waktu Operasi
10.00AM - 10.00PM (Setiap hari)

Selasa, 16 Oktober 2018

Giveaway Planner 2019 By SHFYQHAZHR.COM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

 Giveaway Planner 2019 by Shfyqhazhr.com
Klik banner untuk join ye..😁

Haiii koranggg.... Rasa lama juga LeYa dah  tak join GiveAway (GA) dari rakan-rakan blogger kan. So... Dengan kerajinan yang ada hari ini, terasa nak lah turut serta dalam aktiviti GA ni. Yelah kan... Dapat jugak eratkan silaturrahim dengan rakan-rakan maya seperti blogger dan pembaca lain.

Hadiah Planner 2019 yang disertakan sangat menarik. LeYa nak sangat memilikinya satu... Hope ada lah peluang menang kan.. InsyaAllah.😍

Okay lah korang... Kalau nak join jugak menang Planner ni, jom klik link kat banner atas tuh..🤗

👉Tarikh tutup penyertaan👈
31 OKTOBER 2018

Jangan lepaskan peluang ye...
Semoga berjaya juga untuk semua yang dah join. 🙋💓

#DatumHomesforAll Kukuhkan Komuniti Orang Asli Dengan Lancarkan Datum Tap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

DatumCorp International Sdn Bhd (DatumCorp), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melancarkan kempen #DatumHomesforAll selari hasrat Kerajaan Negeri Selangor dalam melestarikan sebuah pembangunan yang mampan.

Majlis pelancaran itu telah diadakan pada 06 Oktober 2018 di galeri jualan Datum Galeria, Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. Majlis turut disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Hj Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datum Corp, Shytul Shahryn Mohamad Shaari. 


Kempen #DatumHomesforAll mengukuhkan pembangunan komuniti melalui dua objektif

Pertama adalah mempertingkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung dengan komuniti Orang Asli kepada negeri Selangor. Ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat DatumCorp yang turut diperkenalkan melalui permainan aplikasi mudah alih "Datum Tap" yang mana ia merupakan permainan pertama di Malaysia.

Kedua, untuk meningkatkan pemilikan kediaman dan pelaburan di Datum Jelatek melalui 4 pakej khas yang unik iaitu The Voyager Pack, Wealth Boost Pack, Blooming Pack dan Pro-C Pack sebagai meraikan pelancaran inisiatif tanggungjawab sosial korporat pertama bagi membolehkan pelabur dan bakal pemilik kediaman beroleh lebih nilai apabila memilih menjadi sebahagian daripada komuniti Datum Jelatek.






Majlis turut menyaksikan pemeteraian MoU antara CEO DatumCorp International, Shytul Shahryn Mohamad Shaari dengan Presiden Epic Society, John-Son Oei.


Pelancaran Datum Tap Sempena #DatumHomesforAll

Permainan Datum Tap merupakan permainan mudah alih yang unik dan ia boleh dimuat turun dengan IOS, Apple Store dan platform Android, Google Play. Ia memberi peluang kepada pemain untuk mengumpul planks bagi membina rumah maya buat komuniti Orang Asli. Para peserta yang berminat untuk bermain permainan ini dikehendaki 'LIKE' Datum Jelatek Facebook Page dan log masuk ke aplikasi permainan untuk memenagi ganjaran maya bagi merebut hadiah utama dan hadiah mingguan. 

Ini kerana rumah merupakan asas utama dan penting dalam kehidupan sesebuah keluarga. Orang Asal juga sangat dihubungkaitkan dengan identiti, peluang pekerjaan, komuniti dan tanah. Jadi, dengan membantu Orang Asli memiliki rumah, ia turut membantu masyarakat melepasi tahap kemiskinan secara global.




Hadiah mingguan berupa Huawei P20 Pro (13 unit untuk dimenangi) dan akan diumumkan pada setiap hari Ahad, manakala hadiah utama berupa pakej melancong ke Osaka, Jepun selama 6 hari 5 malam yang akan diumumkan pada 12 Januari 2019, seiring dengan majlis peringkat akhir syarikat.

Pada akhir kempen bulan Januari 2019, DatumCorp akan berubah dari rumah maya kepada rumah sebenar bagi sebahagian daripada keluarga Orang Asli dengan bantuan EPIC Homes.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://www.datumjelatek.com.my/ atau facebook, https://www.facebook.com/datumjelatek/