Sabtu, 19 April 2014

Detik itu...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk LeYa membuat entri di sini. Hari semakin hari LeYa terasa begitu pantas masa berlalu. Ditambah pula LeYa sedang menghitung hari untuk satu hari yang bersejarah dalam hidup LeYa tidak lama lagi. 

Counting days to get ready for big day...

Wedding

Ahahahaa... melihat gambar2 di atas LeYa seperti tidak percaya yang LeYa akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. 26 tahun 9 bulan LeYa hidup bersama ibu dan ayah. Dan tiba masa yang dinanti LeYa akan bergelar seorang isteri dan akan membina rumahtangga bersama insan yang bergelar lelaki. In Shaa Allah, LeYa memohon pertunjuk dari Allah S.W.T. agar segala perancangan masa hadapan menjadi yang terbaik untuk diri ini dan keluarga. 

Empat tahun LeYa dan dia berkenalan. Sejak di UTeM lagi. Kemudian, pada 15 November 2012, beliau telah membawa rombongan masuk meminang diriku. Saat itu, aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih ada insan yang bergelar lelaki yang ingin bersama ku. Berlinangan air mata tatkala cincin emas disarung jari manis tanda ingatan diri ini sudah dimiliki. Dan pada tahun, pada hujung Mei 2014, sekali lagi detik bersejarah akan membawa kami berdua ke gerbang pintu perkahwinan yang dinantikan. Kad undangan sudah pun diedarkan pada kenalan rapat dahulu. Persiapan juga sedang berjalan lancar di kedua buah rumah sama ada di pihak lelaki mahupun di pihak perempuan sendiri. 

Pernikahan adalah sunnah Rasulullah S.A.W. yang bermaksud menghalalkan di antara lelaki dan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.

Ahad, 6 April 2014

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih


Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)


Jom Belajar SEO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semakin hari semakin banyak tutorial untuk kita belajar membuat blog atau website. Ramai para cendekiawan lagi bijaksana dalam membina laman web telah berkongsi untuk menulis entri mengenai tips untuk blog lebih dikenali dan cara meningkatkan trafik blog. Tahukah anda apa itu SEO? SEO adalah singkatan daripada 'Search Engine Optimization'. Secara terperinci anda boleh mengetahuinya dari blogger hebat seperti Aminin.my, Ben Ashaari, Denaihati.com dan ramai lagi. 

Berbalik pada kisah blog ini, LeYa ingin menaikkan trafik blog ini lebih tinggi. Atas tunjuk ajar sahabat AimieMokhtars, LeYa telah berjaya menukar template blog kepada user friendly untuk dipaparkan dalam pelbagai bentuk resolusi desktop. Dan LeYa juga mula menambah elemen-elemen penting ke dalam blog iaitu SEO untuk lebih dikenali. Bukan sukar untuk mempelajari sesuatu yang kita inginkan. Kita hanya tekun dan terus berusaha untuk meningkatkan lagi mutu kerja diri.

SEO
Apa itu SEO???

Apa itu SEO Blog?

SEO atau panjangnya adalah (Search Engine Optimization) merupakan suatu cara atau teknik untuk membuat blog kita berada pada halaman/posisi satu di mesin pencarian (search engine) seperti GoogleBing, dan Yahoo.
Pengertian dari SEO juga sangat luas tetapi semuanya termasuk dalam hal yang sama iaitu mengoptimisasi suatu halaman website/blog agar berada pada halaman/posisi satu di search engine dengan kata kunci yang di target.

Kelebihan SEO

  1. Meningkatkan trafik yang banyak
  2. Meningkatkan penjualan produk
  3. Meningkatkan daya saing
Sekian sahaja untuk LeYa ceritakan serba sedikit mengenai Apa Itu SEO di LeYa's Blog ini. Sehingga bertemu lagi dalam kisah yang lain. 

Khamis, 3 April 2014

Tiga CPUV dalam satu masa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah kini LeYa dah kembali ke kediaman ayah & ibu LeYa di Port Dickson. Kenapa LeYa pulang ke sini??? Jeng3x... LeYa telah ditawarkan bekerja di sini sebagai Guru Ganti di sebuah sekolah tempat LeYa sendiri pernah belajar suatu ketika dahulu. LeYa tak sangka yang LeYa akan dapat jawatan tersebut, sedangkan LeYa bukanlah graduan Guru atau memiliki bidang perguruan. Namun, kerana kerjaya yang sukar dimiliki kini, LeYa terimanya dan berharap suatu hari semakin ada sinar untuk LeYa. 

Setelah pulang ke rumah sendiri, LeYa akan lebih kerap untuk mengemaskini blog kesayangan ini yang sudah lama penuh dengan habuk2 yang tidak dibersihkan. Dan LeYa akan kembali aktif semula dalam dunia blogging dengan menulis kisah2 kehidupan, tips2, fotografi dan apa sahaja yang terlintas di fikiran LeYa. 

Hari ini, pabila LeYa buka dan melihat status2 CPUV yang terdapat di Nuffnang, LeYa terkejut melihat ada 3 iklan yang datang masuk ke sini. Dan ada juga yang LeYa sendiri tidak sempat untuk mengiklankannya. Haisshhhh...bukan rezeki LeYa la tuh... Tapi, tak kisah...masih ada peluang yang lain untuk LeYa mempromosikan iklan2 yang datang masuk ke blog ini. LeYa teramatlah berterima kasih kepada Mr. Nuff yang tidak jemu2 menghantar segala pengiklanan ke blog kesayangan LeYa ini. 

Antara 3 iklan yang telah berjaya menambat hati untuk mengunjungi LeYa's Blog ini adalah:
  1. Tesco Online March Mother Day
  2. Digi Project Red
  3. KFC Singer Reloaded Video
LeYa mengharapkan rakan2 blogger di luar sana sudi2 kan lah untuk membantu LeYa dalam mencari duit tambahan melalui blog ini..



Tesco Online March Mother Day
Tesco Online March Mother Day

Digi Project Red
Digi Project Red

KFC Zinger Reloaded Video
KFC Zinger Reloaded Video

Isnin, 10 Mac 2014

Terima CPUV untuk bulan Mac 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... rezeki di bulan Mac ini... LeYa mengucapkan ribuan terima kasih pada Mr. Nuffnang yang tidak jemu memberi penghargaan kepada blog LeYa untuk mengiklankan iklan2 yang diberinya.. 

CPUV Mac 2014

LINE Shopping

Terima kasih tidak terhingga LeYa ucapkan... Sehingga ke hari ini LeYa masih setia bersama Nuffnang dan berdoa agar suatu hari nanti mampu menjana wang pendapatan melaluinya dengan banyak lagi... :) 

Ahad, 9 Mac 2014

Let us pray for MH370

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sibuk sana sini di media sosial tentang isu tumpuan hangat misteri kehilangan pesawat MH370... Semua berita tertumpu tentang kehilangan pesawat itu... Dan sehingga kesaat ini masih tidak tahu kesahihan tentang pesawat itu dan apakah sebenarnya yang terjadi...

Akhbar Mirror melaporkan 2 daripada 227 penumpang pesawat MH370 masih gagal dikesan, menggunakan dokumen curi. Penumpang terbabit telah menggunakan dokumen milik warga Austria, Christan Kozel, 30 tahun dan Luigi Maraldi, 37 tahun yang berasal dari Cesena, Itali. Mereka dilaporkan telah menghubungi ahli keluarga mereka dan mengesahkan tidak berada di dalam pesawat tersebut.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang dari radar dan paling menyedihkan apabila ada baby ye kawan2... Dapat LeYa bayangkan macam mana perasaan ahli keluarga penumpang pesawat MH370 sekarang ini..

Pelbagai spekulasi yang tombul dan macam2 berita yang keluar. Apapun kita doakan yang terbaik untuk mereka semua yang berada dalam pesawat itu. Khabarnya negara jiran kita Singapura pun turut menghulurkan bantuan dan kesan tompokan minyak yang terdapat pada laut sedang dikaji atau dianalisis. Semoga misteri kehilangan MH370 ini dapat diselesaikan dan diketahui secepat mungkin. Semestinya pihak keluarga para penumpang pesawat itu tidak senang duduk dan tak boleh tidur malam dengan kejadian mengejut ini. Hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusan. 

Let us pray for MH370 peeps!!!