Selasa, 20 Ogos 2013

Segmen | Salam Ukhuwah dari Blogger Madrasahkehidupan

banner segmen | Ms. AFAR



Alhamdulillah... Pagi ni LeYa berkesempatan lagi untuk join sebuah segmen dari Ms. AFAR.  Segmen ini bertujuan merapatkan hubungan ukhuwah antara blogger2 yang mungkin ingin menaikkan trafik blog mereka. Oleh itu, segmen-segmen seperti ini patutlah disertai untuk memeriahkan lagi tuan punya blog yang melaksanakan segmen ini serta menaikkan juga trafik blog kita supaya dapat dilihat oleh rakan2 bogger yang menyertai segmen ini.

Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini sangatlah mudah:

1) Follow blog Madrasahkehidupan.com dan like page BISMI DESIGN ARTZWORK.
2) Letak banner dalam entri anda, buat 1 entri ringkas dan link ke entri itu.
3) Tinggalkan link entri anda dalam kotak komen disqus entri itu.

itu sahaja...

Tarikh tamat segmen ini pada 23 Ogos 2013



Isnin, 19 Ogos 2013

"Segmen Follow April hingga Disember 2013 by cik akak omei"

(Pinjam ni dari cik akak juga sbb cantik laa..hehehe..)

Selamat Malam semua... LeYa blogwalking antara blog2 rakan LeYa dan ternampak la segmen dari Cik Akak ni.. LeYa pun terjah la blog beliau.. LeYa pun join juga sebab lame jugak LeYa tak join sebarang segmen sekarang ni.. Maklumlah busy..Nak update blog pun tak sempat lagi lah blogwalking ke blog2 lain.. So, bila mase terluang ni, LeYa gunakan sepenuhnya la...


Hai all... Jom ramai2 kite join segmen cik akak ni...

Senang je nak join segmen cik akak ni...

Korang semua boleh la klik link Sini...

Segmen bermula 02.04.2013 dan Tamat 31.12.2013

Ahad, 18 Ogos 2013

Majlis Perkahwinan Sarah & Anas

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera....


Selesai sudah majlis perkahwinan sepupu saya, Siti Sarah binti Mustaza. Majlis Perkahwinan yang dirancang lama akhirnya selesai juga semalam 17 Ogos 2013 bersamaan 10 Syawal 1434H. Sarah, sepupu saya merupakan seorang yang lemah lembut, sopan dan baik. Beliau juga tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.. Dan kini, diijabkabulkan dengan seorang lelaki dari Terengganu yang juga baik perilakunya. 

Saya juga tumpang gembira dengan majlis perkahwinan sarah ini. Moga beliau menjadi isteri solehah dan berkekalan hingga ke syurga. Sempat juga saya mengambil gambar2 kenangan untuk disemadikan dalam blog kesayangan saya ini.

Sarah + Anas bersatu jua
Pelamin Nan Indah

Candy Crush Corner..
Jom potong kek sama2...

Kini kita sudah bersatu..

Selasa, 13 Ogos 2013

Hari Raya Ke-6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sudah 6 hari kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semestinya kanak-kanak riang mengumpul duit raya dari rumah ke rumah. Tidak lupa juga pada yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan. Semuanya sibuk untuk persiapan terakhir sebelum menjelang hari yang bersejarah itu. Aku??? Bila aku nak langsungkan majlis kahwin aku?? Keluarga Mr. F dan keluarga aku dah pun memberi kata putus di mana kami akan dilangsungkan pada bulan Jun 2014. Pada tahun depan, tidak terlalu ramai kenalan dan sanak-saudara yang melaksanakan majlis perkahwinan. Jadi, kami memilih untuk mengadakan majlis tersebut pada tahun hadapan. Dan ia memberi peluang kepada Mr. F untuk lebih menyimpan wang demi majlis perkahwinan kami nanti... Hehe..

Ok lah cukup lah aku bercerita tentang majlis perkahwinan kan... Sekarang ni mood Raya masih ade lagi.. Emmm...masih banyak lagi rumah kawan2 yang belum dilawati. Nanti akan ku buat perancangan bersama rakan2 yang lain untuk beraya rumah mereka.

Hari ini, 13 Ogos 2013 bersamaan 06 Syawal 1434H, aku dan keluargaku telah pergi menziarahi keluarga tunangku iaitu Mr. F di Merlimau, Melaka. Perjalanan kami dari Port Dickson mengambil masa lebih kurang 2 jam. Aku?? Semestinya aku lah prang pertama gembira kerana sudah lama tidak bertemu dengan si dia. Tapi sebelum tuh, Mr. F dah pun raya di rumahku pada raya ketiga lepas bersama sepupunya yang pulang berhari raya dari Singapura. Emm....terubat lagi rindu ku pada si dia. Hati ini happy je..Hanya Allah yang tahu bile kite dapat bertemu dengan kekasih kati.

Pulang berhari raya dari rumah Mr. F, aku dan ibuku menyiapkan juadah makanan untuk para tetamu yang akan datang pada malamnya... Kami sekeluarga hanya menunggu kedatangan para tetamu tersebut. Dalam penantian itu, sempat aku mengemaskini blog kesayangan milikku ini. 

Gambar semasa Raya Pertama & Raya Kedua ku...
Bila budak2 kampus beraya di kampung...
Mr. F sedang merenung masa depan..Hehe...
Kenangan Bersamamu tidak dapat kulupakan...






Selasa, 6 Ogos 2013

Menjelang Aidilfitri...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Satu hari saja lagi untuk kita sama2 menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Terasa cepat masa berlalu.. Dan malam ini adalah solat terawih yang akhir untuk bulan Ramadan Tahun 1434H ini. 

Bunyi mercun di luar bertalu-talu menambahkan lagi kemeriahan menyambut Aidilfitri yang bakal kunjung tiba. Dalam kesibukan aku membantu ibu di dapur dan mengemas rumah, sempat lagi aku mencuri waktu terluang untuk mengupdate entri blog kesayangan aku ini. Bukannye ape...aku mahu juga tengok ramai tak rakan blogger aku yang masih membaca entri2 terkini setiap blog yang dilawatnye.. Hehehe... Dan nak tahu juga persiapan raya mereka macam mane kan... 

Jadi, di kesempatan ini juga aku ingin memohon seribu kemaafan buat rakan2 di sana sama ada pembaca blog dan rakan2 di luar atas segala kesilapan yang pernah aku lakukan sebelum ini. Ketahuilah bahawa setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Tidak dilupakan juga buat ahli keluargaku yang banyak melayan kerenah ku terutama ibu dan ayah, anakmu ini memohon ampun dan maaf serta berusaha untuk mendapatkan jawatan tetap selepas Aidilfitri ini. Doa dan restu kalian amatlah anakmu ini sanjungi. 
Buat Mr. F aku yang kusayangi, aku teramat merinduimu dalam tempoh pertunangan ini. Ms. Manje mu juga memohon seribu kemaafan di atas kedegilan sikap selama ini. Setiap hari ku bermunajat ke atas Allah S.W.T. agar dilimpahi rezeki yang halal ke atas dirimu untuk menjagaku kelak... 

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN buat seluruh umat Islam yang akan menyambut perayaan ini pada 01 Syawal 1434H di mana hari tersebut adalah hari kemenangan kita setelah sebulan menahan segala godaan nafsu. Dan diingatkan juga, jangan hentikan segala amal ibadat kita di bulan-bulan lain kerana sesungguhnya Iman kita terletak pada apa yang kita lakukan bersama Allah. Hanya Dia yang tahu apa yang kita lakukan. 

Sekian, Wassalam.


Ahad, 4 Ogos 2013

Bukan senang nak cari pelajar yang benar2 minat untuk belajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terdetik di hati untuk menulis satu kisah di mana LeYa diberi pengalaman baru dalam satu kerjaya yang LeYa baru sahaja ceburi. Kerjaya tersebut adalah sebagai "Telemarketing" di mana setiap staff perlu membuat panggilan telefon untuk mencari pelajar supaya dimasukkan ke kolej untuk menyambung pelajaran. 

Setelah kerja-kerja panggilan telefon dan confirmation bersama pelajar / ibubapa mereka selesai, kami akan mengadakan satu sesi taklimat buat mereka untuk lebih memahami tentang bidang yang akan mereka ceburi. Pada 22 June 2013 yang lalu, LeYa berkesempatan menghadiri sesi "Taklimat dan Temuduga Terbuka untuk program Diploma" di Timotel Hotel, Mersing. 

Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 4jam lebih. LeYa pergi bersama rakan-rakan yang lain yang turut serta menjayakan sesi taklimat itu.

Selesai sesi taklimat dan para pelajar yang ingin menyambung pelajaran dengan bidang yang diceburi perlu hadir untuk sesi pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan. LeYa sekali pergi untuk sama-sama membantu pelajar LeYa dalam menguruskan pendaftarannya. Emmmm....tercuit rasa hati bila melihat gelagat pelajar-pelajar kampus. Sebelum ini LeYa juga pernah mengalami situasi yang sama di mana LeYa menjadi mahasiswi di sebuah Institusi Pengajian di negara ini. 

Usai dari Majlis Taklimat itu, kami pergi berjalan di pantai berdekatan dan pergi ke Taman Negeri Endau Rompin menikmati cuti rehat kami yang baru sahaja penat bekerja. 


Timotel Hotel, Mersing

Susunan meja sebelum majlis dimulakan

Rakan-rakan yang sama berjuang


Taman Negeri Endau Rompin

Suasana di hutan

Melihat keindahan pantai


Barbecue...yummy3x..