Sabtu, 4 September 2010

Kisah Cuti Aidilfitri tahun 2010

Salam...entry kali ni stick sahaja di sini sehingga ke satu masa yang tak dapat LeYa beri tahu. Bagus juga ada blog ni. Dapat juga minta pendapat readers dan menambah kenalan...

Dah tinggal 5 hari untuk kita menyambut hari raya Aidilfitri, hari kemenangan kita setelah sebulan bersama Ramadan. Kejap jer rase nye kan. Tiada langsung rasa nye persiapan untuk Syawal kali ni. Erm...

********************************
Aku balik cuti raya tahun ni awal juga. Hari Khamis bersamaan 02/September/2010 dan lebih kurang waktu Malaysia 4.00Pm, aku dah sampai di perkarangan rumahku.. Arrgghhhhh.....lega rasenye dah sampai... Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana aku selamat sampai ke destinasi yg ku tuju..

Letih badan semalaman tak tidur disebabkan study masih terasa keletihannya saat aku sampai di rumah. Namun, pabila mengenangkan yg aku dah sampai dan bersama keluarga, penatku hilang seketika.. Aku bahagia tak terkata saat itu.. Ermm....pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri bersama orang tersayang memanglah sesuatu perkara yg menyeronokkan bagi semua orang.. Valentine balloons  Beating Heart  Jadi, aku hanya berehat di depan tv sambil menonton rancangan2 di bulan Ramadan al-Mubarak yg tinggal beberapa hari jer lagi untuk menjelang raya.

Erm... waktu hampir untuk berbuka.. Juadah makanan sudah terhidang di atas meja.  Wahhh.....banyak nyer... tak sabar rase menunggu azan Maghrib. Dah lame tak berbuka bersama keluarga.. Aku menunggu dengan penuh kesabaran dan kekhusyukan di meja sambil menyediakan apa lagi yg tidak cukup sebelum masuknya waktu berbuka..

Azan Maghrib berkumandang dari surau berdekatan. Ayah membacakan doa berbuka puasa. Dan, kami mendahulukan dengan makan kurma dan minum air bagi menghilangkan dahaga setelah seharian kehilangan tenaga. Fuuuhhhhh......best nye dapat minum..... lega rase tekak ni....huhuhu.... Bounce

Usai menunaikan fardhu Maghrib, aku berehat di depan tv sambil menonton cerita2 yg disiarkan.  Recliner hehehe...relax2 sambil me release kan otak setelah habis mid term...

Dan aku menonton sehingga jam di dinding menunjukkan angka 12... Ouch! aku dah mula rase mengantuk... Aku pun tutup semua suis dan lampu dan terus masuk ke bilik kesayanganku... Arrgghhhhhh............aku menggeliat dan memandang ke arah katil.. Wow! best nyer dapat tidur ni... Yeah! aku pun apa lagi...  Dreaming  layan tidur sambil mimpi kan yg indah2...

Pukul 5.00pagi, jam aku berbunyi dan aku pun bangun untuk bersahur... Arrrrggggghhhhhh..... Alarm Clock . Dah selesai semuanya, aku menunggu sehingga waktu azan Subuh berkumandang dan menunaikan solat subuh. Terasa badanku masih penat lagi. Aku bercadang untuk rehat. Alih2 aku dah tertidur rupanye...hehe...

Erm...panjang cite aku semasa pulang cuti hari raye kali ni... Apa2 pun aku nak ucapkan pada semua readers blog ni Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin sekiranya ada atau pernah melakukan kesilapan yg tak disengajakan.. Semoga Syawal kali ini memberi 1000 erti buat kita semua.  Lips



Selasa, 27 Julai 2010

Perth, Australia

Originally Perth was located for the safe inland position during colonial times, while the river provided an excellent means for transporting supplies from the coastal port to the fledgling colony. Much of Perth was originally built using convict labour and this can still be seen today in some of Perth's remaining historic buildings. These days however, the river and surrounding area provides a scenic outlook for the city of Perth as well as a place for recreational activities.
Beautiful Scenery....
Fremantle Perth
Shopping Time...
MortLock 1896
Cute Koala
I don't remember this area...
Perth, Australia
Marine's Men
Swan Bells
Like Lake Garden in Seremban...hehe...
House of Perth...huhu...

Sabtu, 19 Jun 2010

Keindahan Alam Semulajadi






Jumaat, 18 Jun 2010

Jumaat - 18/June/2010


Seluruh tubuhku menggeletar kesejukan... Angin bertiup kencang sekali.. Aku semakin ketakutan di dalam rumah yang baru sahaja kegelapan disebabkan kabel elektrik terputus. Aku semakin takut. Aku menjerit meminta pertolongan. Namun, jeritan itu hanya didengar oleh sanubariku sahaja. Aku semakin gusar.. Otakku ligat memikirkan perkara2 aneh yang akan berlaku.

Tiba-tiba....

Satu ketukan kuat dari arah pintu dapur kedengaran. Aku semakin pucat. Langkah kakiku tidak bergerak lagi.. Aku hanya duduk diam diri di hadapan laptop kesayanganku itu. Hanya memerhatikan sahaja apa yang akan berlaku.

Kemudian, aku merasakan ada satu tiupan angin di telinga kiriku. Aku pantas menoleh ke kiri. Tiada apa yang berlaku di situ. Aku pantas bangun dan melarikan diri ke tandas. Aku kunci dan duduk di situ.

30 minit berlalu.

Aku masih di dalam tandas. Apa yang sedang kulakukan di situ?? hehe.... Perutku terasa sakit saat angin bertiup tadi.. Lantas aku menuju ke tandas untuk menunaikan hajatku itu. Usai dari itu, aku keluar dan memerhatikan kisah seram di laptopku sudah tamat.. Aku mendengus kerana terpaksa menontonnya sekali lagi dan terpaksa melalui kejadian2 seperti tadi.. hehe...

Aku sebenarnya sedang menonton kisah seram di laptop ku dan semua yang berlaku adalah cerita tersebut bukannya aku.. Aku bosan di kala cerita itu telah selesai dan aku membuka laptop kesayanganku untuk menulis satu kisah di blog aku ini..

paparan kisah di atas adalah rekaan aku yang mana aku memang suka berkhayal dan menulis cerita. Sudah banyak cerpen yang kutulis namun tidak satupun yang aku hantar ke program2 atau apa2 yang berkenaan dengan penulisan. Ianya semua hanya tersimpan kukuh dalam satu koleksi aku di dalam bilikku yang punya banyak kenangan..

Sekian sahaja coretan aku kali ini. aku minta maaf seandainya ada tersalah kata.

Selasa, 15 Jun 2010

4 Format burn yang perlu difahami

Assalamualaikum dan Apa Khabar.

Terdetik untuk menulis setelah membaca blog2 komputer & perniagaan.

Terlalu teruja membaca segala cerita di dalamnya. Dan, aku ingin menulis tentang beberapa pengetahuan komputer yg aku ada selama 5 tahun lebih aku belajar dalam bidang ini.

Untuk pertama kalinya ingin aku kongsikan pengetahuan tentang maklumaT 4 kategori utama dalam format burn:

“nak burn CD tapi tak berapa reti. just masuk CD dan klik perkataan burn. tetapi tak boleh pula nak pasang di TV”

1) Data CD
2) Audio CD
3) Video / Picture CD
4) Image CD

dan seterusnya boleh memahami situasi di atas boleh terjadi.

Note: Kategori ini ditulis berdasarkan perisian Nero.


Apa itu Data CD?
Anda ingin burn fail ke dalam CD, yang akan digunakan di komputer sahaja. Contohnya, anda ingin backup fail-fail kerja anda seperti fail Word, Excel dan lain-lain.
Apa itu Audio CD?
Anda ingin burn CD untuk dimainkan pada pemain MP3 atau CD Audio, contohnya pada radio kereta anda. Juga boleh dibaca dengan komputer anda.
Apa itu Videos/Pictures CD?
Anda ingin burn movie atau gambar-gambar untuk dimainkan pada pemain VCD. Juga boleh dimainkan pada komputer anda.
Apa itu Image CD?
Anda ingin burn fail yang berformat .iso ke dalam CD. Fail ISO ini boleh jadi data CD, Audio CD atau Video/Pictures CD. Fail ISO atau Image fail adalah satu proses yang menukarkan keseluruhan isi CD kepada satu fail sahaja.
Begitulah 4 jenis kategori utama format burn CD atau DVD. Semoga anda memahami kenapa CD yang diburn tidak boleh dipasang pada pemain VCD. Anda perlu menggunakan format burn yang sesuai, walaupun fail yang anda burn itu adalah format video sekali pun.



Khamis, 6 Mei 2010

Terima Kasih Kerana Bagi Award

First, nak ckp sorry sbb lmbat update blog ni...huhu...

Second, pada Mrs. LoveSick...terima kasih tak terhingga ngan award ni.. sayang kamu jugak...