Sabtu, 19 Jun 2010

Keindahan Alam Semulajadi






Jumaat, 18 Jun 2010

Jumaat - 18/June/2010


Seluruh tubuhku menggeletar kesejukan... Angin bertiup kencang sekali.. Aku semakin ketakutan di dalam rumah yang baru sahaja kegelapan disebabkan kabel elektrik terputus. Aku semakin takut. Aku menjerit meminta pertolongan. Namun, jeritan itu hanya didengar oleh sanubariku sahaja. Aku semakin gusar.. Otakku ligat memikirkan perkara2 aneh yang akan berlaku.

Tiba-tiba....

Satu ketukan kuat dari arah pintu dapur kedengaran. Aku semakin pucat. Langkah kakiku tidak bergerak lagi.. Aku hanya duduk diam diri di hadapan laptop kesayanganku itu. Hanya memerhatikan sahaja apa yang akan berlaku.

Kemudian, aku merasakan ada satu tiupan angin di telinga kiriku. Aku pantas menoleh ke kiri. Tiada apa yang berlaku di situ. Aku pantas bangun dan melarikan diri ke tandas. Aku kunci dan duduk di situ.

30 minit berlalu.

Aku masih di dalam tandas. Apa yang sedang kulakukan di situ?? hehe.... Perutku terasa sakit saat angin bertiup tadi.. Lantas aku menuju ke tandas untuk menunaikan hajatku itu. Usai dari itu, aku keluar dan memerhatikan kisah seram di laptopku sudah tamat.. Aku mendengus kerana terpaksa menontonnya sekali lagi dan terpaksa melalui kejadian2 seperti tadi.. hehe...

Aku sebenarnya sedang menonton kisah seram di laptop ku dan semua yang berlaku adalah cerita tersebut bukannya aku.. Aku bosan di kala cerita itu telah selesai dan aku membuka laptop kesayanganku untuk menulis satu kisah di blog aku ini..

paparan kisah di atas adalah rekaan aku yang mana aku memang suka berkhayal dan menulis cerita. Sudah banyak cerpen yang kutulis namun tidak satupun yang aku hantar ke program2 atau apa2 yang berkenaan dengan penulisan. Ianya semua hanya tersimpan kukuh dalam satu koleksi aku di dalam bilikku yang punya banyak kenangan..

Sekian sahaja coretan aku kali ini. aku minta maaf seandainya ada tersalah kata.

Selasa, 15 Jun 2010

4 Format burn yang perlu difahami

Assalamualaikum dan Apa Khabar.

Terdetik untuk menulis setelah membaca blog2 komputer & perniagaan.

Terlalu teruja membaca segala cerita di dalamnya. Dan, aku ingin menulis tentang beberapa pengetahuan komputer yg aku ada selama 5 tahun lebih aku belajar dalam bidang ini.

Untuk pertama kalinya ingin aku kongsikan pengetahuan tentang maklumaT 4 kategori utama dalam format burn:

“nak burn CD tapi tak berapa reti. just masuk CD dan klik perkataan burn. tetapi tak boleh pula nak pasang di TV”

1) Data CD
2) Audio CD
3) Video / Picture CD
4) Image CD

dan seterusnya boleh memahami situasi di atas boleh terjadi.

Note: Kategori ini ditulis berdasarkan perisian Nero.


Apa itu Data CD?
Anda ingin burn fail ke dalam CD, yang akan digunakan di komputer sahaja. Contohnya, anda ingin backup fail-fail kerja anda seperti fail Word, Excel dan lain-lain.
Apa itu Audio CD?
Anda ingin burn CD untuk dimainkan pada pemain MP3 atau CD Audio, contohnya pada radio kereta anda. Juga boleh dibaca dengan komputer anda.
Apa itu Videos/Pictures CD?
Anda ingin burn movie atau gambar-gambar untuk dimainkan pada pemain VCD. Juga boleh dimainkan pada komputer anda.
Apa itu Image CD?
Anda ingin burn fail yang berformat .iso ke dalam CD. Fail ISO ini boleh jadi data CD, Audio CD atau Video/Pictures CD. Fail ISO atau Image fail adalah satu proses yang menukarkan keseluruhan isi CD kepada satu fail sahaja.
Begitulah 4 jenis kategori utama format burn CD atau DVD. Semoga anda memahami kenapa CD yang diburn tidak boleh dipasang pada pemain VCD. Anda perlu menggunakan format burn yang sesuai, walaupun fail yang anda burn itu adalah format video sekali pun.



Khamis, 6 Mei 2010

Terima Kasih Kerana Bagi Award

First, nak ckp sorry sbb lmbat update blog ni...huhu...

Second, pada Mrs. LoveSick...terima kasih tak terhingga ngan award ni.. sayang kamu jugak...


Selasa, 23 Mac 2010

Rintihan hati ini...

Petang yang dingin membuatkan ku sepi seketika.. Apatah lagi setelah berlaku kejadian semalam.. Hati masih sedih dan sunyi ketika ini... Hanya Tuhan yang tahu betapa luhurnya hati seorang bernama wanita seperti aku.. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata itu... Aku sedaya upaya ingin melupakannya namun ia begitu payah sekali...

"Apakah kerna tersalah kata, aku dihukum sebegini rupa? Mengapa ianya terjadi padaku? Kenapa aku tidak dapat bezakan yang mana intan yang mana kaca?"

Argghhh....andai aku yang bersalah, maafkanlah aku.. Memang setiap insan di dunia sering melakukan kesilapan..
Mulianya dirimu disisiku,
Sering muncul diingatanku,
Maafkan saja kesilapan lalu,
Aku terlalu merinduimu.

Namun, keazaman dan kesungguhan aku telah membantu aku dalam mengharungi badai yang datang.. Aku dapat melawan kata hati.. Aku terus berusaha untuk memajukan diriku ke arah yang lebih baik lagi... Aku nekad. Aku tak akan sia-siakan pengorbanan ibu dan ayah yang lebih banyak menghargai dan menyayangi ku.. Ya! Itu yang lebih patut aku hargai dari insan yang belum tentu menjadi milik kita abadi.. Mungkin ianya satu hikmah supaya aku lebih matang dalam memikirkan sesuatu keputusan.

Ibu, ayah, abang dan adik.... insan-insan yang patut aku sayangi dan kasihi lebih dari segalanya.. Aku pasrah kini.. Aku sudah kenal dan tahu yang mana intan dan yang mana kaca.. Tidak perlu khuatir untuk aku bersedih lagi.. Tidak perlu gusar untuk aku terus memikirkannya. Hanya berserah pada Yang Maha Esa. Biar Dia yang menentukan segalanya..


"....kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki...."

Terlerai sudah kekusutan dan segala konflik yang ku pendam selama ini.. Aku kini bersyukur kehadrat Ilahi atas kurniaNya kerna aku tidak melakukan perkara-perkara yang tidak diingini yang dilarangnya.. Aku masih waras dalam memikirkan setiap tingkah laku itu.. Kini, biarlah ia bersemadi di lubuk jiwaku hingga kurasa ia luput di ingataku..


hehe...ni pic aku laa...

Isnin, 22 Mac 2010

Hati kecilku berkata...


Terkesan dengan ranjau yang diharungi hari ini membuatkan aku makin dewasa dalam membuat sesuatu keputusan.. Kehidupan yg dilalui makin hari makin mencabar. Banyak ujian dan dugaan yg perlu aku tempuh untuk menjadi insan yg berguna dan solehah... Hingga kadang2 aku rase bosan dan buntu bila memikirkan semua hal itu.. Namun, berkat kesabaran dan kata semangat dari insan2 yg disayangi, aKu menjadi lebih tabah dalam menempuh ujian-ujian tersebut..

Aku mahu menginspirasikan rasa kagum. Aku mahu kagumi mereka yang mampu menghapuskan duka cita dan kesedihan dengan penuh tabah dan menghadiahkan hari depan dengan semangat juang yang paling hebat. Ya, derita ini akan kubawa berlari. Berlari sehingga aku jejakkan kaki ke garisan penamat. Bendera kejayaan dan kebahagiaan pasti berkibar megah ditanganku. Bendera ini untuk ayah dan ibu yang telah banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar.

**************************************

Aku mendongak ke langit. sang mentari tegak berdiri menerangi alam yang terbentang luas. Aku rasa bersyukur menjadi seorang muslimah dan rakyat Malaysia kerana tidak perlu takut pada peperangan yang dahsyat.. Aku memang bersyukur kehadrat Ilahi dengan kehidupanku sekarang. Kehidupan yang cukup sempurna bagiku... Punya ayah dan ibu yang mengambil berat tentangku, abang dan adik yang sayang akan diriku serta kaum keluarga lain yang juga ambil berat tentangku ini.. Tidak dilupakan juga rakan-rakan yang banyak membantu dalam menempuh ujian yang kulalui...

Angin bertiup kencang.. Langit gelap. Sang mentari sudah tidak kelihatan. Tebal awankah yang sembunyikan cahayanya? Entahlah. Yang pasti, di langit, masih kelihatan burung-burung berkicauan. Mungkin ingin pulang ke sangkarnya..

Aku berlari ke arah bilik untuk menutup jendela.. Hujan turun mulai lebat membasahi muka bumi. Aku jadi tidak keruan pabila guruh berdentam dentum di luar sana. Walhal, aku masih lagi menghadap laptop kesayanganku ini dengan mencipta satu kisah kehidupanku ini tanpa memikirkan bahaya jika laptop dipanah petir.. Aku tidak peduli.. Yang pasti, aku ingin siapkannya agar hatiku tidak sepi... Aku sudah biasa dengan keadaan itu.

Aku mengakhiri kisah ini dengan satu kesyukuran yang tidak terhingga kerana memberi aku ujian yang mencabar dalam menempuh kehidupan di dunia. Dengan ujian itu, aku dapat hidup sempurna di bumi bertuah ini.