Memaparkan catatan dengan label CITTA Mall. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CITTA Mall. Papar semua catatan

Isnin, 29 Mei 2017

Jom Berbuka Puasa dan Shopping Raya di Citta Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terdahulu, LeYa ada ceritakan satu lokasi menarik untuk dinikmati ketika bulan Ramadhan ni. Kalau korang dah lupa, boleh tengok semula di sini, Nikmati Makanan Sedap di Restoran Onde-Onde, Citta Mall

So, kali ni LeYa nak bawak sekali lagi korang ke Citta Mall untuk merasai menu masakan lain daripada lain dan juga bershopping sempena Raya menjelang tak lama lagi.

Malam tu selera nak makanan masakan Jepun. Ni antara masakan yang memang LeYa suka. Dah lama juga tak makan masakan Jepun ni. Dijadikan cerita, jalan-jalan dengan En Suami, Otomen Taro dan rakan-rakan, terus sahaja kami melangkah kaki ke Restoran Iyakimono ni. 

Makan-Makan di Iyakimono, Citta Mall








Antara menu yang dihidangkan adalah:-
  1. Super Value Set C (Teppanyaki Salmon, Sanma, Chicken, Takoyaki, Salad, Soup, Rice & Green Tea for 2 and 3 pax)
  2. Australian Slice Beef Udon
  3. Grill Salmon Set
  4. Grill Yakitori
  5. Grill Squid
  6. Takoyaki Abalone
  7. Takoyaki Octopus
  8. Takoyaki Chicken Cheese
  9. Iced Peach Tea
  10. Passion Fruit Drink
Terbaik kan hidangan yang kitorang nikmati malam tu. Memang LeYa rasa sangat lah kenyang. Bagi peminat masakan Jepun mesti kecur liur tengok ni. Jangan kecur-kecur air liur, cepat book tarikh dan pergi untuk nikmati makanan di Restoran Iyakimono ni.

Shopping Buku Resipi di Times Book Store


Perut dah kenyang. Hati pun girang. Ke mana pula lokasi seterusnya. Dan kami pun naik ke Tingkat 1 untuk jalan-jalan di Times Book Store. Hah!! Dah masuk pun bulan Ramadhan kan. Pasti selepas tu adalah Syawal. Ramailah kaum wanita akan bertungkus lumus di dapur untuk menyiapkan pelbagai aneka juadah berbuka untuk keluarga dan tidak lupa juga biskut-biskut dan cookies untuk raya. Tapi... bila dah lama sangat tak buat pasti terlupa. So... Jangan Risau. Dekat Times Book Store ni, terdapat banyak pilihan buku resepi masakan untuk korang semua dapatkan sekarang.


Selain daripada buku-buku resepi masakan, ada juga buku-buku lain seperti novel, majalah, buku jahitan, buku kanak-kanak, buku motivasi dan banyak lagi. Part bahan bacaan adalah part yang LeYa sangat minat. Dari kecil lagi LeYa dan buku memang tak dapat dipisahkan. Habis satu buku, buku lain pula LeYa cuba khatamkan. Sehingga dah beribu-ribu naskhah koleksi buku di rumah. Yang pastinya, LeYa memang minat membaca. Yeah!!


Kekusyukan LeYa bila dapat berjumpa dengan koleksi-koleksi buku yang banyak

Yeah!! That's my favourite book. Bukan setakat buku je, tapi koleksi CD dan aksesori Harry Potter ni LeYa ada simpan di rumah.. Hahahaha... Nampak tak addict sangat dengan fiksyen Harry Potter ni..

Cukup-cukuplah dengan buku fiksyen kan. So..tiba masanya untuk LeYa mencari buku resepi menjelang raya ni. Kot2 terajin nak buat chocolate cookies ke nanti.. Hehehehe..
Shopping Perabot di Maju Homes


Selesai membeli belah di Kedai Buku, LeYa dibawa pula ke tingkat 5. Apa yang menarik di situ? Satu lagi lokasi menarik buat peminat dekorasi rumah atau ruang pejabat. Kedai Perabot Maju Home yang terletak di tingkat 5 itu membawakan anda untuk membuat pemilihan dekorasi rumah, lebih-lebih lagi nak menjelang Aidilfitri ni. Siapalah tak nak kan bila hiasan rumah kita kelihatan kemas dan cantik. Especially, kaum wanita sekali lagi. Golongan-golongan kami ni memang obsess untuk nampak hiasan rumah cantik dan kemas. Bila tetamu hadir, tak lah rasa malu kan.


Penggayaan perabot yang moden dan kontemporari membuatkan LeYa teruja untuk memilikinya. Ye lah!! Raya dah nak tiba. Nanti sanak saudara nak berkunjung ke rumah. Tak salah lah LeYa nak melengkapkan susunan perabot di rumah. Kalau dipuji cantik sekali pun, nama Otomen juga yang dapat. "Cantik rumah Otomen tu kan... Suka tengok..." Hehehehe... Kebiasaannya memang nama para suami akan tertera.. ekekeke..

Selain dari dekorasi perabot rumah, terdapat juga dekorasi perabot untuk ruang pejabat. Mana lah tahu di kalangan korang ni nak ambil mood di pejabat. Nak buat pengubahsuaian ruang pejabat korang. Tak menjadi masalah pun. Korang datang je singgah di Maju Home, Citta Mall ni. Macam-macam ada. Memang best sangat-sangat.





Rasanya dah banyak tempat juga kan LeYa bawak korang jalan-jalan di Citta Mall ni. Jadi, sebelum LeYa pulang dengan perut yang kenyang dan hati gembira, jom ikut LeYa pula untuk berhibur sesekali bagi meringankan bebanan di fikiran. Sesekali nak berhibur dengan keluarga atau rakan-rakan tak salah pun. 

Berhibur di Fire Zone Family KTV


Lama juga LeYa dan Otomen tak pergi ke pusat hiburan karaoke sebenarnya. Jadi, bila ada peluang ni memang tak lepaskan peluang lah kan. Sound system yang sangat baik dan cukup selesa ruang bilik yang disediakan. LeYa rasa seronok dan terhibur. Rasa lupa seketika masalah-masalah yang menimpa.


Fuyyooo.... agak-agak lepas menjalani ibadah sunat, solat Terawih, pasti ada juga di antara korang nak berhibur kan. Ala.. berhibur sekadar suka-suka je. Bukan over pun. So... korang yang memang kaki karoke mesti suka ni. Sepanjang Ramadhan ni, ada promosi untuk korang berhibur bersama keluarga atau rakan-rakan di Fire Zone Family KTV ni. Jadi...apa tunggu lagi. Cuba lah dapatkan tawaran menarik dan murah ini.

Antara Promosi Di Bulan Ramadhan ini adalah:-
  1. Dari hari Isnin hingga Khamis, jika anda beli 2 jam, anda akan dapat PERCUMA 1 jam. (1 jam percuma hanya digunakan untuk pembelian selama tempoh 1 bulan).
  2. Pihak Fire Zone juga menyediakan makanan ringan secara PERCUMA (kuih-muih dan lain-lain lagi) semasa berbuka puasa setiap hari di bulan Ramadhan bagi yang ingin berhibur.



Untuk ke lokasi Citta Mall, boleh lah kunjungi seperti maklumat di bawah:-

CITTA MALL
No. 1 Jalan PJU 1A/48
Pusat Perdangangan Dana 1
47301 Petaling Jaya
Tel: +603-76625000
Instagram :  @cittamall

#OndeOnde #iyakimono #TimesBookStore #MajuHome #FireZone #CittaMall

Khamis, 18 Mei 2017

Nikmati Makanan Sedap di Onde Onde Citta Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wah!!! LeYa sekarang ni dah macam Food Blogger pulak kan. Sana sini jalan-jalan cari makan. Entry pasal makan pun laju je menaip. Hehehe...

Okay lah... Kali ni LeYa nak bawak korang semua ke suatu tempat makan yang sangat unik dan memang best ni. Malam sempena Hari Guru tu, pulang sahaja dari pejabat, LeYa sekali lagi dijemput untuk Preview Buffet Ramadhan di Restoran Onde Onde, Citta Mall, Ara Damansara. Dari pandangan nama sahaja dah boleh terfikir kan semestinya masakan yang dihidangkan adalah masakan Melayu. Jadi, LeYa, Otomen dan beberapa rakan lagi masuk ke dalam untuk menikmati hidangan yang ada di situ.


Apa yang menarik tentang Restoran Onde Onde ni? 

Jom LeYa kongsikan sedikit. Onde Onde adalah 'Sharing Malaysian Flavours' untuk dinikmati oleh etnik dan bangsa yang berbeza. Matlamat Onde Onde adalah untuk membawa semua pengunjung yang hadir merasai kembali rasa nostalgia dengan setiap pengalaman makanan yang dihidangkan.

Jadi, Onde Onde meletakkan pengharapan kepada penyediaan rasa makanan yang hebat dan berkualiti untuk kepuasan pelanggan demi menaikkan kejayaan perniagaan mereka. Onde Onde juga percaya bahawa sajian makanan tempatan kepada rakyat Malaysia adalah memberi satu jangkaan tidak ternilai di mana rakyat Malaysia akan seronok dan bangga dengan makanan tempatan mereka sangat hebat. 

Masakan dari sumber bahan-bahan di seluruh Malaysia dapat membantu industri pembekal menghasilkan dan membekalkan secara ekslusif kepada mereka. Antaranya seperti 'Cincaluk' dan 'Gula Melaka' diperoleh dari tidak lain dan tidak bukan daripada negeri Melaka.


Konsep ruang yang santai untuk para pengunjung berehat sambil menikmati hidangan makanan yang dipesan, lebih-lebih di bulan Ramadhan ni. Berehat dan makan-makan bersama keluarga tersayang. Selain dari menu masakan Melayu, Onde Onde juga ada menyediakan makanan ala Barat yang menepati citarasa pelanggan untuk dinikmatinya.


Variasi pelbagai makanan yang dihidangkan untuk LeYa dan rakan-rakan menikmatinya. Antara makanan yang LeYa sangat suka untuk menghabiskannya adalah Curry Laksa Seafood dan Tauhu Bakar. Rasa kelainan di setiap masakan yang LeYa suka kan itu memberi  satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sehingga hari ini. Tidak dilupakan juga hidangan kuih-muih seperti Pisang Goreng cicah kicap nya yang menarik tu. Walaupun ia boleh didapati di mana-mana sahaja, namun bagi LeYa, Restoran Onde Onde mengetengahkan kelainan dalam setiap masakannya. Korang pasti cuba singgah ke sini untuk menikmati juadah Buffet Ramadhan kali ini.

Inilah antara menu yang sempat kami makan sehingga kenyang. Alhamdulillah...

Chicken Briyani 

Emmm...jap3x..LeYa dah lupa nama minuman ni. Rasanya memang ummppphhh... Menyegarkan!!


Melihatkan suasana di restoran ni, korang boleh pilih untuk makan di bahagian dalam mahupun di bahgian luar. Di mana-mana sahaja korang boleh duduk. Dekorasinya sangat unik dan menarik seperti berada di kedai kopi zaman dulu. Pinggan mangkuk yang digunakan juga sebahagiaannya dari barangan lama yang rasa LeYa agak payah juga la untuk ditemui.

That's It!! Tauhu Bakar yang LeYa cakap sangat sedap tuh! Korang kena cuba tauuu...




Kalau korang nak singgah menikmati hidangan di Restoran Onde Onde ni, bolehlah follow step di bawah ni ye:-

Alamat:-

Onde-Onde Restaurant
G-49, Ground Floor, CITTA MALL,
No. 1, Jalan PJU 1A/48 Jalan PJU 1,
Ara Damansara.
GPS: 3.112670, 101.578494

(ikut jalan nak ke Subang Airport, nanti nampaklah Citta Mall sebelah kanan)


Onde-Onde Restaurant ni dibuka dari jam 7.00pagi hingga 11.00malam setiap hari. Kadang-kadang kalau weekend, Onde Onde ni buka sehingga 1.00pagi. memang ramai orang akan singgah dan keluar masuk ke restoran ni. Korang yang belum pernah cuba, mesti kena cuba tau... Jom!!! book tarikh dan masa yang sesuai untuk menikmati hidangan BUFFET RAMADHAN kali ini bersama keluarga atau rakan-rakan di Onde-Onde Restaurant.